SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 2, 2009

BICARA IKHLAS DARI TOMPINAI: kekuatan dan kelebihan warga Tandek

Salam SAM kepada rakan-rakan SAM dan juga para pembaca SAM. Tompinai merasa sangat teruja dengan jemputan untuk menjadi salah seorang ahli keluarga SAM. Besar ertinya bagi Tompinai sebab sebenarnya Tompinai bukan berasal dari Tandek. Tompinai berasal dari Kota Belud. Bagaimanapun Tompinai rasa hubungan Tompinai lebih kuat ke arah Tandek dan daerah Kota Marudu. Apatah lagi, Tompinai telah menjumpai pasangan hidup yang berasal dari kawasan Tandek.
Apa yang ingin Tompinai jelaskan disini berkaitan dengan satu Komenter Tompinai, yang telah mencetuskan banyak persoalan. Semua itu adalah pandangan ikhlas dari Tompinai. Jauh sekali untuk mewujudkan satu lagi bentuk kewilayahan. Tompinai berpendapat warga SAM harus peka dengan satu kelebihan yang ada pada warga Tandek. Kelebihan ini sebenarnya yang akan menjadi asas kepada perubahan yang akan diterajui oleh SAM.
Tompinai pernah bertanya kepada warga SAM berkaitan dengan satu kelebihan warga Tandek. Daerah Tandek merupakan satu daerah yang amat unik. Unik kerana di Daerah Tandeklah kita boleh melihat satu perpaduan yang sangat erat. Intergrasi di kalangan penduduknya sangat jelas. Bayangankan, dalam satu keluarga terdapat pelbagai anutan kepercayaan atau pun ahli keluarga itu terdiri daripada pelbagai kaum. Perbezaan ini tidak menjadi masalah. Sikap toleransi dikalangan warganya sangat tinggi.
Tompinai percaya kita masih ingat lagi salah satu usaha kerajaan untuk memupuk intergrasi dikalangan rakyat Malaysia. Kebanyakan mereka tidak begitu mengendahkah atau mendengar suara-suara dari sini. Mereka ingat yang keadaan kita sama seperti mereka.Tetapi akhirnya mereka terdiam apabila beberapa pemimpin tempatan menyatakan bahawa contoh terbaik kepada keberkesanan intergrasi ini ialah Sabah dan Sarawak.
Bagi Tompinai, Daerah Tandek adalah contoh terbaik dalam perkara ini. Kenapa Tompinai berani mengatakan perkara ini kerana Tompinai adalah salah seorang yang beruntung merasai semuanya. Keluarga Tompinai terutama sebelah mentua terdiri dari pelbagai kepercayaan dan kaum tetapi penerimaan mereka terhadap Tompinai tidak berbelah bagi. Inilah yang sebenarnya Tompinai maksudkan.
Semangat intergrasi dan perpaduan yang tinggi di kalangan warga ini boleh menjadi aset penting dalam perkembangan pengaruh SAM. Sekiranya SAM menggunakan keunikan dan kelebihan ini pasti lebih mudah untuk SAM mejangkau minda warga daerah ini. Memang benar kita perlu berfikiran besar tetapi untuk mencapai yang terbesar kita mesti melihat kepada perkara kecil dahulu atau pun mengenali asasnya. Kejayaan itu lebih bererti sekiranya ia berjaya mengatasi permasalahan terkecilnya.
Kemampuan warga daerah ini menduduki jawatan tertinggi dalam mana-mana jabatan juga menunjukkan betapa kedepannya daya pemikiran warga tua daerah ini. Daerah ini juga telah berjaya menghantar ramai anak-anaknya melanjutkan pendidikan ke peringkat tinggi. Kalau tidak percaya, cuba buat perbandingan. Walau pun pendapatan tidak tetap tetapi warga tua ini berjaya memotivasikan anak-anaknya. Satu pencapaian yang tidak boleh dinafikan. Semua ini telah menjadi satu perkara yang amat mengagumkan Tompinai.
Inilah sebenarnya maksud Tompinai. Kelebihan warga Tandek yang tidak ada pada mana-mana daerah lain.
Salam SAM

7 comments:

Tanak Gouton said...

Salam semua...
Saya sendiri kagum dengan kelahiran blog Suara Anak Marudu ini yang berbilang kaum dan agama. Jelas perpeduan dan intergasi yang kuat dan mantap.TERUSKAN...

SANGURU said...

Benar kata sdr. kerana sdr telah memaparkannya, maka saya juga paparkan satu kisah. Bapa saya baru masuk Islam dua bulan lepas setelah berbeza agama sejak 1977. Selama itu, PERBEZAAN bukan satu MASALAH untuk berkasih sayang dan bertoleransi. Di Marudu, khususnya di Tandek, PERMUAFAKATAN seumpama ini telah menjadi satu tradisi. UNTUK KITA RENUNGKAN...Harap berkekalan, jangan dibiarkan dicemari anasir-anasir luar. KATAKAN TIDAK KEPADA PERPECAHAN...

Dr. Nellson Maisin said...

You got it ipag Tompinai. Semoga kelebihan yang ada pada kita ini terus menjadi asas yang kuat kepada perpaduan sedia ada. Tq again Tompinai kerana mengingatkan kita semua tentang jati diri KM dan Tandek especially.

Umar al-Longobi said...

tahniah sdr T atas entri yg bagus! sebenarnya kalau kita selak, selongkar dan gali lebih dlm lagi, masih banyak `permata` bangsa Marudu ini yg membuatkan org luar terpegun melihatnya.

Cuma, persoalan yg mesti kita sama2 rungkaikan adalah, bagaimana caranya kita menggunakan `permata` itu utk memotivasi dan membangunkan rakyat dgn menggunakan kekuatan yg sedia ada.

ya, sebenarnya kita ada kekuatan tersendiri. mungkin ramai yg masih tidak menyedarinya. teruskan membongkar!

STAFF SAM said...

artikel yang sangat baik... saya percaya pandangan saudara tompinai ini ada asasnya.. Kota Marudu juga masih kaya dengan nilai intregiti seperti ini...

Terus kekalkan.... SALAM SAM!

LM

Carl S. Adun said...

Ya betul tu tompinai,belia-belia Tandek inilah yg menjadi aset intelek yg akan jadi pemangkin memercu Tandek ke hadapan...tidak kiralah dari suku kaum mana pun - yg pastinya semua hidup harmonis

kyro said...

Tepat sekali tompinai.Bapa saya berasal dari Tawau,bangsa cina peranakan tapi orang Tandek dan Kota Marudu terima dengan baik.Orang bajau kata bapa saya bajau,orang dusun kata bapa saya dusun,orang banjar kata bapa saya banjar.Orang cina tak payah cakap lah tetap saja kata dia cina.Pendek kata semua bangsa terima bapa saya jadi keluarga mereka.Begitulah eratnya hubungan antara kaum di KM/Tandek.