SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 15, 2009

Coret Kimaragang:Kota Marudu Miskin Kerana Kita Gagal Bersikap Ekstrem?

Saya sudah memikirkan perkara ini dalam diam dan dalam waktu yang cukup lama. Saya halusi lipatan sejarah mana yang mencatatkan bentuk perjuangan yang memilih sikap radikal dan menggunakan akal.

Ada sebahagian kita melihat ada keperluan untuk mengadakan demonstrasi sebagai satu bentuk luahan tidak puas hati kepada pihak tertentu yang gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Terus terang, anda dan saya berkongsi ketidakselesaan yang bersumberkan rasa tidak puas hati. Kita gagal menyembunyikan beberapa kata-kata keras kepada pemimpin kita. Kita gagal untuk menyembunyikan emosi kita terhadap kemelut prestasi buruk orang politik. Pemimpin tukar pemimpin tapi jejak politik mereka masih kontang idea, maka harga yang perlu dibayar ialah kebuntuan masa depan daerah tercinta .

Ada yang berpendapat kita terlalu bersikap baik. Tidak berani melakukan perubahan. Tidak tahu bertindak radikal dalam menyatakan bantahan. Masih memilih cara berhemah tanpa sikap ekstrem. Maka ada yang berpendapat, hasil daripada sikap ‘berlembut’, Kota Marudu menerima tamparan terlalu hebat kerana telah dihadiahkan dengan label daerah miskin. Fakta jelas merekodkan demikian Label ini menyakitkan. Benarkah Kota Marudu miskin kerana kita gagal bersikap ekstrem/radikal?

Fenomena kekerasan selalu menjadi senjata terbaik untuk memenuhi cita-cita perjuangan Ada yang berjaya tapi berdarah! Kerana kita semua tidak dapat memberikan jaminan sejauh mana keupayaan kita mengekang dan mengawal kuasa emosi. Kebijaksanaan dan keberanian kita tidak perlu ke arah itu. Minda intelek kita tidak kekurangan cara. Bukan memilih untuk terus ‘berlembut’ tapi kita tingkatkan keupayaan. Daripada perasaan BERSATU kepada BERSEPADU.

Saya masih memilih pendekatan bijak dan berhemah. Perlu ingat, masyarakat adalah agen perubahan kepada susunatur sistem politik. Inilah kuasa sebenar yang perlu kita sedar. Era milenium mencetus pemikiran baru anak tempatan. Kita sudah lebih tahu menilai. Semakin celik dalam hak-hak sebagai rakyat. Anak-anak muda mula berani bersuara menggerakkan kekuatan minda mereka. 3 perkara fokus: PEMIKIRAN, KEMATANGAN POLITIK dan TANPA KEKERASAN

PEMIKIRAN- membangun kesedaran memaksimakan idea melalui pelbagai opsyen sedia ada, mencambahkan kematangan minda kepada pelbagai reaksi menjadi tunas bangsa.

KEMATANGAN POLITIK- memperkasakan pemikiran menjadi satu pertarungan idea yang lebih kritis, sarat dengan pelan perlaksanaan termasuk bagaimana kita mengupayakan kekuatan kita membongkar dan memelihara kebijaksanaan intelektual yang terpendam di kalangan anak tempatan.

TANPA KEKERASAN- yakni tanpa melibatkan sebarang bentuk tindak-tanduk ekstrem. Kita usah tawar-menawar dengan cara yang tidak ‘harmonis’ kerana sekali kita memulakannya, kita akan dipertanggungjawabkan melahirkan satu kelompok baru yang tidak memberikan ruang kepada proses diplomasi melalui kekuatan akal.

Mungkin, kita boleh menjadikan sikap radikal (dalam konteks rasional) sebagai salah satu daripada pilihan reaksi kita kepada pemimpin yang tidak tahu ‘begruna’ kepada masyarakat. Namun kita perlu menterjemahkan pernyataan sikap sebegini melalui konsep matang, politik bistari yang tanpa kekerasaan yang dengan sendirinya kita memelihara perasaan harmoni bermasyarakat.

Fikirkan. Susah benarkah kita membuat penilaian 5 tahun pertama perkhidmatan mereka sebagai YB? Jika mereka gagal, mengapa terus ‘buta’ memberikan undi? 5 penggal perkhidmatan mereka lagikah kita terkapai-kapai membuat pertimbangan? Yang peliknya, mereka terus diangkat melalui peti undi. Jika demikian, apakah undi yang kita ‘setia’ berikan terdahulu berbaloi disudahkan oleh aktiviti berdemonstrasi? Kita sebenarnya bukan berdemonstrasi kepada pemimpin berkenaan tetapi terhadap diri kita sendiri! Pemimpin politik bukan lantikan yang boleh disamakan dengan kriteria Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. TANGAN kita yang MENGIZINKAN mereka berkuasa!! Tangan kita yang sebenarnya membenarkan kemiskinan terus membelengu Kota Marudu. Kita bukan setakat perlu bersatu tapi perlu BERSEPADU untuk singkirkan mereka yang tidak cintakan kemajuan.

Usah membalas kekerasan dengan kekerasan. Semua elemen kemasyarakatan harus kekal, kita sepakati dari bahu ke bahu, sama-sama tekad membangun tanpa merosakkan moral dan etika kehidupan kerana kekerasan itu bukan SATU-SATUNYA cara mengemukan pendapat. Dialog dan ‘pertarungan’ idea lebih menjadikan kita sebagai masyarakat kompetetif. Banyak sebab perjuangan, kita sanggup mati, tapi kita tiada sebab untuk melakukan perjuangan berdarah. Perjuangan begini sudah lama berlalu. Dulu kita mempertahankan tanah air. Demonstrasi sana sini untuk menunjukkan perpaduan bangsa. Era itu kita sudah lalui. Kini, yang kita perjuangkan ialah MASA DEPAN rakyat yang hidup di negara merdeka. Kekuatan LUARBIASA yang kita miliki sekarang ialah KITA SUSUN dan ATUR organisasi politik orang kita. Jika yang baik maka kekalkan kebaikan. Tukar jika perlu tukar. Angkat golongan yang berfikiran jelas terhadap aspirasi rakyat. Angkat dan kita pacu semangat ke cakerawala, beritahu kepada mereka yang sudah lama ‘berkuasa’ bahawa kita tidak kekurangan individu yang memiliki idea lebih baik daripada orang politik ini.

Mahatma Ghandi pernah mengatakan ‘KEBENARAN adalah senjata paling ampuh daripada apa jua senjata kemusnahan’.

6 comments:

Umar al-Longobi said...

tahniah atas kupasan yg bagus!

sy rasa terpanggil utk mengucil sedikit entri ini. pertamanya, kita kena faham kerangka demonstrasi. demonstrasi tidak semestinya ekstrim. kalau ekstrim, sesiapapun yg berakal waras pasti tidak akan membenarkannya.

sy percaya, demonstrasi aman & berpermit (yg sy sebutkan dalam komen sebelum ini) itu sesuatu aktviti yg bukan ekstrim. malah, sihat dalam sebuah negara yg mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

pada masa sama,sy tidak menafikan pendekatan yg dikatakan berhikmah itu (pada sy demonstrasi aman juga berhikmah, he he.). apapun, dlm kondisi KM yg spt sekarang alangkah baiknya, kalau pendekatan berhikmah + demonstrasi aman berpermit. lagi berkesan.

sampai bila kita hanya `berhikmah`? sabah sendiri sudah hampir 46 tahun merdeka, KM masih di tangga tercorot! dlm negara dari segi pencapaian ekonominya.

Nota: itulah pasal, `mereka-mereka` ini masih dan mungkin akan tetap nyenyak tidur.

Little Mike said...

sdr umar,
jika berpermit, itu lebih baik. cuma Kebanyakan sejarah demonstrasi yang pernah berlaku dalam negara kita selalu gagal mematuhi undang-undang.

Saya menulis bukan kerana tidak bersetuju dengan demonstrasi berpermit tapi berdasarkan pengamatan harian saya yg betul2 berada lokasi demonstrasi 'rakyat' kawasan 'panas' Kuala Lumpur yang sangat tidak bersesuaian dengan budaya kita di Kota Marudu... Saya merasa risau amalan demonstrasi ala Kuala Lumpur mengorientasikan kerangka demonstrasi kita. anak-anak muda kita ada menyelit di sana, bersatu dengan emosi kritikal mereka yang lain. Mereka ini nanti kalau berpeluang balik ke KM, akan menyerap juga elemen sebegitu.

tujuan saya menulis ini pun atas sebab merasa terpanggil takut2 kalau2 di tempat kita ada potensi penganjuran 'keras' sebegini...

jika berdemonstrasi secara aman pastikan melepasi prosedur undang2.. ada permit umpamanya... ini pun sebahagian daripada cara.

jika ada perhimpunan secara aman dan BERPERMIT, saudara juga pasti akan melihat kelibat saya di sana juga... :)

Dr. Nellson Maisin said...

Hee... Bagus ulasan2 kamu ni. semuanya masuk akal.

Nota: Bagi saya, apa saja, asalkan cara dan tujuannya baik. Boleh saja. ;)

Nazri Aldusuni said...

apa sja cara utk mencapai mtlmat perjuangan pd sya ngam sja, pasal kalau kta tdk buat org lain buat kta .... lihat km n tandek kerana kita 'ya .. ' sja org lain ambil hak kita ... lembut ada masanya, keras juga ada tempatnya, panas juga ada tempatnya, ringkasnya dlm dunia perjuangan semua ada ....

yg penting mtlmat perjuangan itu utk menang, berjaya ... Km n Tandek seharusnya membaca sejarah d luar sana .... bagai mana mereka mendaulatkan bumi mereka.

Umar al-Longobi said...

ok LM, kalau ada demo aman & berpermit kita turun ah! he he he... kalau ada yg main kasar kita ikat saja antar sana balai. mungkin sdr. al-dusuni ngam jadi pemidato utama dlm demo kita nanti, hehe... teruskan perjuangan!

SANGURU said...

menurut peninguan saya, orang marudu belum pun guna hak-hak demokrasi, hak-haknya sebagai individu/manusia dan segala macam hak-haknya. Mereka pun belum guna semua saluran BIASA, so saluran 'LUAR BIASA" rasanya belum perlu...
apapun, entry sdr umar tatap boleh buat anjakan paradigma, atau sekurang@nya "memandang ke hadapan" ...SO, well done la.