SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 7, 2009

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ' Akhbar '

Kereta Raja Muda, Raja Di Hilir dibaling batu - Utusan Malaysia

PENYOKONG pembangkang menghalang kenderaan rasmi kerabat Diraja Perak di luar Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam. - REUTERS

IPOH 6 Feb. - Polis kesal dengan perbuatan penyokong pakatan pembangkang menganjurkan perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah hari ini bagi menghalang majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, walaupun polis berulang kali memberi amaran supaya perhimpunan haram itu tidak diadakan namun kumpulan perusuh tetap berdegil dan berhimpun bermula pukul 2.30 petang.

Kata beliau, apa yang sangat dikesalkan ialah kira-kira 600 penunjuk perasaan turut menghalang kenderaan orang kenamaan termasuk kereta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Di Hilir, Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa serta Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

''Penyokong pembangkang menggunakan alasan untuk solat Jumaat di Masjid Ubudiah tetapi selepas itu mereka berhimpun dan bertindak biadap menghalang upacara yang sangat penting iaitu Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak, di hadapan Sultan Azlan Shah.

''Masjid adalah tempat untuk beribadah dan polis sangat kesal mereka menjadikan tempat suci itu sebagai permulaan melakukan jenayah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulkifli berkata, ekoran tindakan tidak bertanggungjawab itu, polis terpaksa menahan sembilan lelaki termasuk seorang warga asing dan seorang pelajar kolej berumur antara 22 hingga 55 tahun.

Katanya, mereka akan disiasat di bawah kesalahan merusuh dengan menggunakan senjata mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut beliau, ini kerana mereka telah menggunakan senjata seperti batu dan kayu serta membalingnya ke arah Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) serta kenderaan orang kenamaan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan cermin beberapa buah kereta pecah namun sehingga kini tidak dapat dipastikan pemilik kenderaan berkenaan.

''Sudah pasti kita akan siasat kejadian membaling objek ke arah kereta Raja Muda Perak dan Raja Di Hilir," katanya.

Menurut Zulkifli, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan perhimpunan haram tersebut kerana ada kalangan mereka sanggup duduk dan berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan ke istana.

Katanya, mereka juga pada mulanya berarak menuju ke Istana Iskandariah dan merempuh barisan FRU yang ditugaskan tetapi dapat disuraikan selepas terkena gas pemedih mata.

Kata beliau, polis hanya menggunakan kekerasan paling minimum dan langsung tidak memukul para penunjuk perasaan terbabit.

''Kita akan siasat siapa yang menjadi dalang kepada perhimpunan haram ini. Polis sangat kesal kerana mereka turut menggunakan wanita dan kanak-kanak sebagai benteng mempertahankan diri.

''Sudah pasti selepas ini, polis tidak akan bertolak ansur lagi terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan huru hara dan mengganggu ketenteraman awam," tegasnya.

15 comments:

Anonymous said...

Sila delete entry ini. Ruangan ini bukan untuk... Perak..?? Kerajaan BN haprak.. Bangang, sanggup beli adun perasuah... Bangang tak bangang Pak Jib?? Rakyat mahukan keadilan dan kebebasan. Sultan sendiri pun sudah tidak berdaulat, sanggup di rasuah. Mentang2 ada kuasa, rakyat diketepikan.. Sekali lagi padam entry ini....

Anonymous said...

This is a free country men, we do what we like, why do u bother us? This is our blog, if u don't like it don't see it. (fullstop)

Anonymous said...

Free country apenyer man?? Takpelah korang calarkanlah sendiri blog dengan copy paste yang kotor..

Saya pun nak gak negara aman, namun apalah gunanya keamanan kalau dalam landasan yang salah..

Anonymous said...

Anonymous said tahaniah anda berani... tapi sayang anda tidak perknalkan diri anda laku saya sifatkan anda sebagai penakut. Blog SAM di lahir ada 3 kekuatan;
1.infomatif 2. kreatfi 3. berani .. jadi anda tersilap minta di padamkan berita tersebut ... atau kenapa anda tidak minta utusan malaysia padamkan berita yg mereka keluarkan ini ?

akhir sekali, blog SAM lahir di malaysia perak juga dalam malaysia .... anda orang malaysia ... ?

Little Mike said...

Sebagai rakan sidang redaksi SAM, izinkan saya mencelah dengan ikhlas tanpa bias;

1. Saya akui pilihan entry oleh penulisnya mungkin 'keluar sekejap' daripada objektif SAM.. saudara penulis tidak menyatakan moral artikel sehingga menjurus kepada pertelingkahan ideologi yg tidak harmonis.

2. Mungkin Penulis mempunyai sebab tertentu menyiarkan artikel yang dipetik daripada akhbar tempatan. Mungkin penulis ada penjelasannya

3. Dengan tersiarnya artikel ini dan reaksi komen yang tidak bersetuju kerana tidak sejajar dengan penampilan blog SAM, maka harus kita mengambil sesuatu iktibar dengan maksud bahawa pembaca mahu sidang redaksi SAM bertahan dengan konsep SAM iaitu bersuara untuk KOTA MARUDU.Saya antara Staff SAM dengan rendah hati ingin membuat rayuan, sementara kita mungkin mempunyai beberapa pandangan yang jauh ke depan melangkaui keterampilan SAM, Pembaca juga mungkin mempunyai sebab tersendiri. Buat waktu ini, SAM diperlukan untuk mengetengahkan isu Kota Marudu. Bukan bermaksud membelakangkan penulis dan juga pembaca..

4. Mahu tidak mahu, saya terpaksa juga memberikan sedikit pandangan terhadap artikel ini. KEKALUTAN politik jadikan IKTIBAR. SAM bukan badan politik tapi SAM boleh juga mengambil sedikit pengalaman politik luar dengan cara berhemah yg bermaksud 'JANGAN APLIKASIKAN kekhuatiran' politik seperti ini di tempat kita. Hanya itu yang kita perlu sedar. Kepelbagaian ideologi tidak bermaksud Kota Marudu perlu bertelingkah sesama sendiri... Selebihnya SAM tidak boleh berfungsi sebagai 'mengkondemkan' perjuangan ideologi berbeza... Perbezaan itu kita jadikan sebagai satu keunikan yang membawa erti keseronokan bermasyarakat.

5. Walau bagaimanapun, SAM perlu kembali kepada ASAS iaitu 'menghambakan' objektif secara total kepada tanah kelahiran kita yakni seluruh air mata Kota Marudu yang tidak diendahkan tangisan mereka. SAM lebih diperlukan untuk mendekati suara2 yang terbiar sejak zaman-berzaman...

6. Akhir sekali, kita sudah melihat satu batu tanda yang jelas apa bentuk artikel yang lebih dikehendaki oleh pembaca sesuai dengan konsep SAM. Artikel ini boleh diteruskan siaran dengan maksud hanya untuk entry ini sahaja. Kerana kita perlukan 'SEJARAH' yang mematangkan SAM. Apa yg sudah berlaku biarkan berlaku. Jika ada tulisan seirama dengan nada entry seumpama ini boleh disiarkan di blog sendiri atau jika adapun 'keperluan' siaran, perlu juga menjalani proses persetujuan sidang untuk diteliti kandungannya. sebenarnya kita mengutamakan keselesaan pembaca agar seharmoni dengan penulis artikel. Apapun jadikan pengalaman ini sebagai tanda aras suara SAM.

Besar harapan saya agar kita perlu memiliki sikap tenang, kerana ketenangan itu mempunyai kekuatan untuk mengurangkan risiko ketidaksefahaman.

Kepada penulis artikel, maaf jika tulisan saya ini tidak mengambil kira pandangan saudara. Kepada pembaca, mohon maaf juga jika tulisan ini menyinggung pendirian anda. Kami tetap akan belajar juga daripada teguran saudara.

jika komen saya perlukan teguran, anda sangat2 digalakkan untuk menyuarakan pendapat anda.

Terima kasih.. SALAM SAM!

Carl S. Adun said...

Teguran haruslah bersikap profesional, matang dan tidak menggunakan bahasa "vulgar" dan "slang samseng" - ini mencerminkan pemikiran yg "sempit" dan "Chauvinist" dan tidak menggambarkan kita sebagai "satu" "Bangsa Malaysia".

Paparan saudara Nazri hanya sebagai perkongsian maklumat tentang senario politik semasa - pada pengamatan saya, tiada apa2 pun komentar beliau berkaitan dengan siaran artikel berkenaan.

Little Mike said...

setuju dengan carl... bahasa melambangkan jiwa bangsa..

JMimie Mabin said...

Ya betul..apa2 komen mahupun kritikan sepatutnya 'facilitative' bukannya berbentuk 'debilitative'. Pada saya, jika dipandang secara positif tidak ada yg 'terlalu salah' dgn entry copy n paste ini cuma mungkin tempat, konsep dan keadaannya yg kurang sesuai dan ditambah pula penulis mungkin terlupa memasukkan 'moral of the story' yg mbuatkan penampilan artikel ini kelihatan tergantung tanpa tali dan menimbulkan pelbagai tanggapan negatif.

Apa2pun, saya yakin setiap ahli SAM cukup matang dan mampu mengendalikan rasa hati yg barangkali 'agak tercuit' bila menerima kritikan2 yg seumpama ini dari pembaca/pengomen kerana kita tidak mahu bertindak bedasarkan emosi tetapi dengan akal yg celik. Walaupun hakikatnya, mustahil untuk menyenangkan hati semua orang. Biarlah apa yg baik kita jadikn teladan...yg kurang baik tu pandai2lah kita handle..terima kasih semua.

SAYA said...

Bagi saya..tiada masalah ba posting ni.Besar2 tulisan warna merah di atas tu bertulis "BERITA" tak kan tak nampak..

Pun begitu, saya cadangkan agar lebih banyak gambar tentang Kota Marudu dimuatkan dalam blog ni...
Kasi tunjuk sama dunia siapa Kota Marudu.

Nazri..i proud u atas posting2 ko ni.Tpi jgnlah terlampau banyak itu gambar ba..hehee

Anonymous said...

rambut sama hitam, ati lain2 ... jari jemari inda sama panjang.luuuu pikirlah sandiriii

Anonymous said...

nazri teruskan perjuangan kamu. Kami kenal siapa kamu dan siapa mereka yang berkata benar.

Anonymous said...

nazri teruskan perjuangan kamu. Kami kenal siapa kamu dan siapa mereka yang berkata benar.

AIRMAS said...

Nazri saya sokong kamu. Kita hanya memaparkan berita terkini, kesimpulannya ? - "Lu pikirlah sendiri Nabil".

ILLIE said...

saya tidak mau komen apa2..cuma kalu buat komen..tidak perlulah main tapuk2 atau inda payah pakai Anonymous..kita2 juga baini

Umar al-Longobi said...

bah... sudahlah kamurang tu. pigi minum secawan kopi di rumah sanguru dulu. lepas tu bulih bersurai. hehe... tutup kes ah!

Nota: mimie, sabar...sabar, hehe.