SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 9, 2009

Ilusi Vs Halusinasi Part 2

I'm back. Setelah menyepi seketika (Bukan bertapa, tetapi masalah line not clear. Hee...), saya sambung balik cerita ni. Thanks komen kawan2 dalam posting yang terdahulu. Ada beberapa soalan power yang telah dikemukakan dan saya meresponinya di sini. Bukan sebagai jawapan yang mutlak. Cuma sekadar perkongsian untuk kita sama2 renungkan.
Walau pun sebelum ini saya katakan bahawa kedua2 ilusi dan halusinasi adalah gangguan dalam fikiran seseorang, tetapi ilusi tidaklah seserius seperti halusinasi. Contoh ilusi ialah seperti seseorang yang penakut, apabila di nampak tabir yang bergerak ditiup angin pada waktu malam, dia ingat dia nampak hantu. Sedangkan halusinasi seperti yang saya katakan, orang lain yang 'normal' tidak nampak (merujuk kepada halusinasi penglihatan) atau dengar (merujuk kepada halusinasi pendengaran, tetapi orang yang mengalami halusinasi tersebut 'betul2' melihat atau mendengarnya.
Berkenaan dengan kewujudan makhluk halus mengikut kepercayaan masing2, sebenarnya hal itu memang benar dan di sinilah trick itu timbul, samada seseorang itu memang mengalami halusinasi atau gangguan 'halus'. Orang yang tidak percaya Tuhan dan tidak percaya kepada kewujudan makhluk2 halus akan menganggap semua hal seperti itu ialah halusinasi. Orang yang terlalu taksub kepada alam mistik pula beranggapan bahawa semua halusinasi itu adalah gangguan makhluk halus. Orang yang beragama pula percaya kewujudan kedua2 kemungkinan itu.
Kita sebenarnya baru bercakap tentang satu 'fenomena', bukan penyakit. Halusinasi bukanlah kriteria mutlak untuk copkan seseorang itu mengalami penyakit mental. Ada banyak kriteria lain yang perlu diselidiki juga (Saya akan postkan kemudian apabila berbicara tentang penyakit yang berkaitan).
So, kepada sesiapa yang pernah mengalami keadaan ini, atau mungkin ada kawan2 atau saudara-mara yang mengalami keadaan ini, bolehlah dirujukkan kepada doktor untuk mendapatkan pandangan, serta rawatan jika berkenaan. Boleh juga dirujuk kepada pemimpin2 agama masing2 untuk tujuan yang sama.
Kanser (menjawab soalan sanguru) terjadi akibat pertumbuhan sel2 yang tidak normal. Ia akan merosakan sel2 normal di sekitarnya dan juga tempat lain apabila ia merebak melalui sistem limfa dan peredaran darah. Seperti juga penyakit2 fizikal yang lain, kadang2 ada orang yang copkannya sebagai 'perbuatan orang'. Tidak ada jawapan yang mutlak untuk pendapat itu kerana sekali lagi ia dipengaruhi oleh kepercayaan masing2. Namun dari segi perubatan, itulah kanser dan rawatan bagi penyakit ini ialah samada secara pembedahan, kemoterapi, atau dan radioterapi.
Okay, kawan2 sampai di sini dulu perkongsian kali ini. Berjumpa kembali dalam entry yang akan datang. 'Dari kaca mataku' menyusul selepas ini. Hee...

9 comments:

NONG said...

Hai Eson..
i wanna be the 1st to give a comments ka dit urang putih.Iti no bobombor diti.Aso no posunduran. hehe..
Ya..sya pn kadang2 bingung2 juga pasal halusinasi ni. Macam mana yang "sakit jiwa" bo tu Eson. Tekanan jiwa..kuang obih(kurang lebih) juga baitu kan.
Ini pasal kanser ba, betulkah khabar yg sya dengar bahawa rawatan seperti kemo dan hidro ni boleh membunuh kalau badan tidak cukup kuat untuk menerima rawatan tersebut?
Ogumu no gima keluarga daton nakajag diti rawatan diti dan kebanyakannya 'PERGI' tapi yang PASTI ajal sudah sampai baitu yg numbur 1.

Dr. Nellson Maisin said...

Penyakit jiwa dan penyakit mental sebenarnya merujuk kepada perkara yang sama.

Seseorang pesakit jiwa/mental tidak semestinya mengalami halusinasi (eg. Depresi), tetapi ada penyakit mental/jiwa tertentu (eg. Skizofrenia) yang halusinasi adalah salah satu kriteria utamanya.

Penyakit kanser juga ada banyak jenis dan peringkat. Ada penyakit kanser yang boleh dirawat hanya dengan pembedahan. Ada juga yang hanya dengan kemoterapi atau radioterapi, dan ada juga yang kombinasi 2/3 sekali.

Rawatan dengan kemoterapi dan radioterapi bukan hanya membunuh sel2 kanser, tetapi juga sel2 normal yang lain. Memang benar kejayaan kaedah rawatan ini bergantung juga kepada tahap ketahanan seseorang untuk menerima rawatan ini.

Contoh yang paling dekat ialah mendiang YB Saibul Supu. Beliau meninggal kerana NPC (nasopharyngeal carcinoma); Kanser dalam rongga hidung dan tekak. kanser tersebut boleh dirawat dengan radioterapi, tetapi mungkin kerana ia sudah berada di peringkat yang teruk (advanced stage) dan tubuh badannya juga tidak mampu bertahan terhadap rawatan yang diterimanya, maka akhirnya dia meninggal kerana kanser tersebut.

Namun, betullah apa yang kau cakap tu Nong. Kita hanya mampu berusaha, tetapi Tuhan yang mementukan. Kalau sudah ajal, tiada manusia yang boleh lari daripadanya. Penyakit hanyalah salah satu cara Tuhan 'menjemput' manusia.

NONG said...

Betul itu Eson..
Saya ingat arwah abg Sanusi Ondu kita.Doktor mengesahkan dia sakit kanser(Sya tak pasti sangat kanser apa sebab isteri arwah ni susah sangat mau bekerjasama).Arwah diberi rawatan kemo melalui suntikan(sebanyak 7 suntikan) nga baru 5 suntikan,arwah meninggal. Sampai rambut arwah pun gugur bo. Banyak lagilah keluarga kita macam arwah anak c Yusuf sana Damai, arwah sepupu c Nazri Al-Dusuni pun sama juga.
Paling no tawasi dara'ai ong tad matai e koni.Amu no asansara momurimon toruol.

NONG said...

Eson..kalau selalu kena suntik ubat tu ba, indada juga kesan sama tubuh or rambut kaitu?

Dr. Nellson Maisin said...

Mimang rambut mau gugur, warna kulit berubah, badan pun akan susut, tapi bila sudah siap tu rawatan, keadaan akan kembali pulih seperti biasa. Cuma persoalannya, macam yang saya cakap di ataslah. Samada seseorang itu boleh bertahan sampai mengalami kesembuhan atau tidak.

SANGURU said...

bagus jg dpt belajar sikit2 perubatan moden.

AragangTandik said...

Entry yang baik, informative n useful. Keep it up.

Anonymous said...

salam perkenalan semua...saya sangat tertarik mengenai cerita kanser yang dibincangkan didalam ruangan ini.tp sebelum itu saya minta maafla coz saya tidak berapa pandai menulis dusun ni jd saya kc melayu jala.bercerita pasal kanser ni memang penyakit yang sangat bahaya mala ia merupakan pembunuh no 1 di kalangan kaum wanita.Punca dan penyebab sebenarnya tidak dapat kita ketahui dengan tepat kerana banyak faktor-faktor penyebabnya.Becerita mengenai rawatan kanser pula,kanser boleh dirawat mengenai beberapa kaedah iaitu surgery(pembedahan),kimoterapi dan radioterapi.kimoterapi adalah kaedah rawatan dengan kaedan suntikan terus ke badan pesakit manakala radioterapi adalah kaedah rawatan dengan menggunakan pancaran radiasi.kadangkala rawatan kimo dan radioterapi akan dilakukan bersama.Namun demikian kaedah rawatan ini hanya boleh didapati dibeberapa hospital sahaja.Sabah sendiri pun belum ada cuma SMC sahaja yang ada setakat ini.Ba smpi sini dlula untuk kali ini a...saya minta maaf klu ada terkasar bahasa...

Jey said...

APABILA menyebut “kanser”, pesakitnya pasti hanya terbayang kematian terutama di kalangan mereka yang disahkan sudah ke tahap lanjutan rawatan standard seperti kimoterapi atau radioterapi.

Pada peringkat itu, kebanyakan pesakit pasrah dengan dugaan menimpa dirinya dan tidak kurang ada yang berputus asa terhadap kehidupan dilalui.

Namun, tidak semestinya apa yang dijangka akan berlaku kerana pada akhirnya, Yang Maha Esa saja berkuasa menentukan ajal maut setiap individu.Tanggapan salah pesakit kanser terhadap kehidupan mereka menyebabkan hidup pesakit ini sering murung.

Masih ramai beranggapan kanser sama maknanya dengan kematian dan salah anggap ini menyebabkan sesetengah pesakit mudah terpengaruh dengan pemikiran negatif hingga menjadikan mereka tidak bersemangat meneruskan hidup.

Kebanyakan pesakit mudah putus asa apabila disahkan menghidap kanser kerana penyakit yang boleh membawa maut itu cepat merebak dalam tubuh mereka dan tiada ubat.

Sebenarnya, jika pesakit memandang penyakit ini dari sudut positif ia membantu pesakit melawan kanser dalam badan. Disebabkan itu, sokongan moral dari keluarga dan sahabat sangat membantu.

Pesakit kanser yang dapat bertahan lama kebanyakan mendapat sokongan keluarga dan mengikut nasihat doktor selain tidak memikirkan bahawa mereka menghidap penyakit berkenaan.

Kita tidak mahu mereka memikirkan sangat yang mereka di ambang maut kerana kemerosotan semangat bakal memberikan kesan sangat besar pada tubuh pesakit.

Selain perlu kekuatan, pesakit perlu mengikut aturan diet bersesuaian. Jangan anggap apabila menghidap kanser boleh makan apa saja, sebaliknya perlu mengikut jenis dan kuantiti bersesuaian dengan tubuh.

Pesakit tidak perlu malu dan jangan sesekali mengehadkan pergaulan hanya kerana mereka mempunyai penyakit.

Sikap ini perlu dikikis kebanyakan pesakit. Menjauhkan diri daripada masyarakat bukan jalan penyelesaian sebaliknya ia memburukkan lagi keadaan.

Apa pun penyakit, ia bukan pengakhiran kepada hidup KITA dan berjuanglah selagi termampu, paling penting sentiasa memandang positif segala perkara.