SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 2, 2009

Ilusi Vs Halusinasi

Jika seseorang melihat, mendengar atau merasa sesuatu yang baginya adalah nyata padahal 'benda'2 itu sebenarnya tidak wujud, itu dinamakan halusinasi (perceptions without stimulus).
Jika seseorang melihat, mendengar atau merasa sesuatu yang sebenarnya wujud, tetapi tafsirannya salah, itu dinamakan ilusi (misperceptions/wrong perceptions).
Seseorang yang mengalami halusinasi merupakan seseorang yang mengalami penyakit mental seperti kemurungan dan skizofrenia.
Seseorang yang mengalami ilusi merupakan seseorang yang mudah risau/takut (anxious), kurang pengetahuan dan kurang keyakinan diri.
Kedua2 keadaan mental ini tidak baik dan perlu dicegah daripada berlaku dan perlu dirawat jika sudah berlaku. Amalkan gaya hidup yang sihat; salah satunya ialah 'bijak menangani stress'.
Nota: Seseorang yang selalu mengalami ilusi, jika tidak dikawal lama-kelamaan boleh mengalami halusinasi. Pesanan kepada yang berkenaan; segera dapatkan nasihat doktor anda.

8 comments:

SANGURU said...

Salam tn. Dr., ada tiga kemuskyilan saya:1. Mampukan mikroskop melihat sesuatu yang "HALUS" (wujud tapi tidak kelihatan oleh orang lain) perbuatan manusia dan bukannya mikroorganisma? Kedua, pandangan tn ttg "mencegah lebih baik dari merawat" dalam konteks kemanusiaan? Ketiga, dalam perubatan moden, apakah yang perlu dilakukan/rawatan kepada sel-sel kanser?
***Palan2 jawab bah, maa...lammm pun ok.

Umar al-Longobi said...
This comment has been removed by the author.
Umar al-Longobi said...

tuan dr.,

ilusi vs halusinasi, 1 kupasan yg menarik. "jika seseorang melihat, mendengar atau merasa sesuatu yang baginya adalah nyata padahal 'benda'2 itu sebenarnya tidak wujud...". betulkah tidak wujud? boleh dibuktikan secara saintifik kah bhw `benda` itu memang x wujud? bagaimana pula dgn org2 yg ada gimbaran? bolehkah dikaitkan dgn halusinasi? tq

***Palan2 jawab bah, ari aaaaaaanam pun ok.

STAFF SAM said...

bagaimana dengan org yg penah selalu melihat sesuatu yg 'nyata' tapi tidak dilihat oleh org lain?

contohnya melihat orang yang berbadan tegap dan tinggi yang hanya boleh dilihat dengan ekor mata sahaja (sudut pandangan sisi)?

kalau itu ilusi, apa kaedah utk mengatasinya?

palan2 juga dr.. mingu daaaapan pun buli.. hehe

Little Mike said...

aiyaaa.. dr.. 'bingkuk' hati sya tengok gambar lelaki menangis di entry ko... haha

inda siuk pula rasa tingu, walaupun kadangkala lelaki juga perlu menangis. Tapi paparan ini? aiyaaa.. haha

SANGURU said...

sy mudah mengalirkan air mata...tapi sy mmg lelaki. hehehe..hmm, soalan kwn2 power2 belaka. NDA PAYAHLAH BAH DIJAWAB TN. DOKTOR. TUTUP KES/SOALAN. HEHEHE....teruskan menulis...

Little Mike said...

setuju dengan SANGURU.. soalan2 seperti ini cuma perlukan pertimbangan akal... sains perubatan tidak pernah bersikap mistikal... hehe... tapi mau juga tau apa reaksi dr dengan soalan tu.. haha

saya juga mudah mengalirkan air mata.. itu semulajadi.

JMimie Mabin said...

hahaha..bah ka..sya pun tertunggu2 jwpn dari DR kita jga ni..jgn dulu tutup kes ba Sanguru..balik2 sy tingu ni ruangan komen mnunggu kemunculan tuan DR ni..