SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 27, 2009

INDAHNAYA DAERAH KOTA MARUDU DI MATA TOMPINAI

Pemandangan indah kawasan ladang kelapa sawit Teluk Marudu Bunga Liar Bunga liar Puncak Bukit Pemancar/Pancaran Kota Marudu 27 Feb, 2009: Petang kelmarin (26 Feb 2009) saya membawa para 'atlit' saya membuat larian mendaki. Lokasi kami ialah Bukit Pancaran yang terletak di kawasan Langkon. Lokasi ini memang menjadi tumpuan para pejogging kerana ia mempunyai laluan yang baik (beraspal) hingga ke puncak. Laluannya juga agak jauh, lebih kurang dalam 3 kilometer. Walaupun agak penat tetapi kepenatan itu hilang apabila melihat keindahan alam sekelilingnya.
Semasa kami sampai, keadaan agak berkabus kerana hujan turun rintik-rintik. Dari puncak, kelihatan di hujung sana, terbentang luas pemandang seluruh kawasan Kota Marudu. Teluk Marudu juga kelihatan dengan jelas. Walaupun kawasan itu di kelilingi oleh ladang-ladang tetapi di bahagian puncak jelas masih dalam keadaan terpelihara. Melihat panorama itu, hati bertanya kenapa pihak-pihak yang 'berkenan' tidak berusaha untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pemerhatian. Rasanya kalau ia dimajukan pasti akan menjadi tumpuan kerana tempat itu amat strategik. Keindahan alam flora dikawasan tersebut boleh dijadikan sebagai daya tarikan dan ia masih lagi boleh diperbanyakkan.
Mungkin ramai orang bertanya-tanya, apa lagi yang boleh dijadikan sebagai daya tarikan untuk daerah Kota Marudu. Sebenarnya soalan atau pertanyaan itu merupakan satu soalan yang diajukan oleh orang-orang yang hanya melihat dari luar sahaja atau pun yang tidak kenal langsung tentang daerah ini tetapi pura-pura kenal. Banyak tempat-tempat yang menarik di daerah Kota Marudu antaranya Taman Negara Sorinsim dan Gunung Tambuyukung (Gunung tertinggi di Malaysia), Taman Negara Nalapak, Kawasan Teluk Marudu , Air Terjun Kinumawali dan banyak lagi (sekadar menyebut yang diingat).
Kalaulah pihak yang berkenan ingin melihat Daerah Kota Marudu terkeluar dari senarai terbawah, ambillah inisiatif untuk memajukan dan mempromosikan tempat-tempat tersebut. Ini tidak, balik-balik pesta yang berkaitan dengan kebudayaan yang pengisiannya sama saja setiap tahun. Salah satu lagi pesta yang saya rasa tidak begitu menarik adalah pesta yang berasaskan sejenis tanaman. Sambutan orang ramai semakin lama semakin kurang. Kalau kawasan-kawasan yang dimaksudkan itu dimajukan, pasti ramai pengunjung yang akan datang ke daerah Kota Marudu. Secara tidak langsung ia akan dapat membantu meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga di daerah ini.
Selain itu, kenapa tidak diwujudkan satu tempat atau Pusat Budaya Kota Marudu atau Pusat Karftangan Daerah Kota Marudu? Pasti kewujudan tempat seperti ini juga akan menjadi daya tarikan. Kalau rasa susah sangat menarik pelabur-pelabur untuk membuka Kilang-kilang di sini, majukan saja tempat-tempat itu. Pasti ramai yang berminat dan kalau boleh minta bantuan dari agensi yang berkenan. Tak kan itu pun susah, Orang pasti akan dengar kerana ada kedudukan. KFC boleh buka cawangan di sini hanya kerana pelawaannya. Gunalah dengan sebaiknya keindahan alam sebagai pemangkin kepada kemajuan daerah ini, Daerah Kota Marudu yang tercinta.

9 comments:

Nazri Aldusuni said...

km memang cntik ....
cuma ada urang2 yg kasi inda cantik

TOMPINAI said...

Ya, betul tu bro.nazri...klulah mata mereka tidak 'dicantikkan' oleh RM,pasti KM tidak kalah dengan Daerah lain cthnya ranau.....

Umar al-Longobi said...
This comment has been removed by the author.
Umar al-Longobi said...

tahniah sdr tompinai,

entri yg amat penting utk dijadikan sbg buah fikir para reformis KM. tidak dinafikan, KM memang berpotensi besar utk dimajukan agar betul2 menjadi `kota`. dari pertaniannya sehinggalah kpd pelancongan. 16 sept ini, 46 tahun sudah sabah merdeka. sayanglah kalau rakyat MASIH memberikan `bunga` kpd seekor `monyet` (rujuk kamus peribahasa melayu utk mengetahui maksudnya). nescaya hancur bunga itu dikerjakannya. alangkah baiknya kalau `bunga` itu diberikan kpd `sumandak` kimaragang/bajau/dll. lagi bermanfaat..

TOMPINAI said...

sdr. umar al-longobi,

Rasa2nya sekarang ini, org2 km tidak mau lgi melihat keadaan ini berterusan. Jdi biarlah mereka membuat pemerhatian mereka sndiri. SAM hanya akan berfungsi sebagai penyalur maklumat....pencetus fenomena baru atau 'aura pengubah minda peringkat tertinggi'.....

Little Mike said...

suram senja sepi bersahut
bersuara hiba merona di mata
KM indah hati terpaut
airmata juga yang tumpah

Tanak Gouton said...

Banyak aspek pembangunan yang diperlukan di Daerah Kota Marudu ni..Contohnya pembangunan dalam bidang sukan.. begitu banyak altit dari kalangan pelajar dari daerah ini yang telah sampai ke peringkat kebangsaan, mengharumkan nama Kota Marudu diarena dunia tetapi apa penghargaan yang atlit2 Daerah ini dapat dari pemimpin?..sekurang-kurangnya binalah kompleks sukan seperti di Kudat itu.
Sekurang2nya dapat juga Kota Marudu ini peluang menjadi tuan rumah sukan peringkat Zon dan seterusnya negeri..ini saja sudah cukup membawa nama Kota Marudu. Tapi...entahlah..

ison said...

Sesungguhnya KM 'bumi bertuah'.

Anonymous said...

Jika 'dia' benar2 berjiwa rakyat dan cintakan marudu ini, tidak patut begini saja status kita...NAMA BUKAN MAIN GAH! cehhhh..."TAK GUNALAH DIA TUUU..."