SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 7, 2009

Jalak dengan gewang TOP WATER.

gewang ini lebih dikenali sebagai " katak terbang "
kecil saja saiz jalak ini. di JEPUN, jalak dipanggil dengan nama " RAIGYO" / jalak jepun hampir serupa dengan ular sawah kulitnya. serta saiznya boleh membesar sehingga 5 kg ke atas!
setelah hampir seminggu tidak dapat hasil dengan jalak, cuma dapat strike saja, akhirnya petang tadi saya telah berjaya menaikkan seekor jalak kecil, walaupun kecil cukup memuaskan hati saya, sebab di tempat saya casting ini masih ada jalak menghuninya. selepas hook di buka dengan cermat, dan selesai sesi photo jalak ini, saya lepaskan semula ia ke habitat asalnya. Dengan harapan ia akan membesar dan menambah populasinya. PRACTICE CATCH & RELEASE WHENEVER POSSIBLE. ini adalah slogan saya kepada mereka yang baru menceburi bidang casting ini ( mengilat ). sebab melalui cara ini sahaja kita akan dapat melihat stok ikan yang banyak serta tidak pupus di suatu tempat. malah jika dipelihara habitat ikan ini, kita semua dapat juga melihat persekitaran yang baik dan cantik. usah lah digunakan cara meracun / "mengaran" untuk memperolehi hasil mudah dan banyak. kes-kes seperti meracun ini sudah banyak saya lihat di kawasan Kota Marudu. sedih juga bila melihat tali air dan parit besar yang tidak tercemar airnya, tiba-tiba menjadi pusara ikan. kes ini saya pernah lihat di jalan radu, jalan damai, jalan langkon pitas ( dari simpang 3 ) di kolam sebelah kiri betul2 di selekoh. walaupun tanah tersebut dibawah hak milik borneo samudera, saya masih terkilan dengan cara mereka membuka laluan untuk air keluar dari kolam semulajadi tersebut, sehingga menyebabkan kejadian meracun oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab. mereka ambil kesempatan sebab air di kolam itu sudah surut lepas dibuka saluran keluar. Saya sendiri pernah dan ingin tertanyakan kepada pihak borneo samudera, adakah mereka tidak prihatin terhadap hidupan air didalam kawasan mereka? saya telah ambil gambar akibat dari kejadian itu dan laporan saya telah saya hantar kepada pihak jabatan perikanan kota marudu. namun, sehingga ke hari ini saya masih belum dapat jawapan walaupun semua info dan contact no. saya telah saya berikan juga didalam surat tersebut. bayangkan bagaimana dashyatnya perbuatan itu, boleh menyebabkan ikan jalak yang saiz 1 kg boleh mati juga! dikirakan ikan jalak ini adalah ikan yang tahan lasak, namun masih menjadi mangsa akibat racun yang digunakan, saya sendiri turun dekat dengan air untuk menghidu bau air tersebut, sah! racun digunakan! air pun bertukar warna menjadi hijau pekat. sekarang tiada lagi harapan bila semua pokok sawit yang tua telah ditumbangkan dan ditanam dengan yang baru. malah dari pemerhatian saya di kawasan simpang 3 ini, tong2 racun yang digunakan untuk menyembur racun, kadang2 dicuci di dalam kolam yang saya maksudkan diatas. pada pandangan saya, tidak kah menjadi satu kebaikan jika pihak borneo samudera menjaga kualiti air serta ekosistem aliran air didalam kawasan tanamannya. sebab, jika kawasan tali air ini mereka jaga dan di pantau sebaiknya, kita mungkin akan dapat lihat kawasan tanaman sawit yang environmental friendly! saya juga amat berharap agar jabatan perikanan dapat memainkan peranan dalam menjaga stok ikan kita.

2 comments:

AIRMAS said...

Dulu-dulu di Sungai Tandek banyak ikan 'lontong' dan 'Pangal'. Masih adakah ikan 'Lontong" sama 'Pangal' di Sungai Tandek dan Rasak? Itu 'Kabili' sama "gulupu' dan 'Tuntul' mungkin sudah pupus kan?

SANGURU said...

lontong msi ada, kadang-kadang. pangal macam nda suda. kabili, gulupu dan tuntul masi ada tapi SUSAH jumpa. kalau jumpa pun...yang saiz "s" punya. bikin rindu2 bah dulu2...