SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 19, 2009

Jalak Tandek Masih ada harapan.

masih ada jalak di Tandek ni...
saiz 700 gram...
Catch & Release
Setelah beberapa hari saya menaikkan jalak di parit besar di Tandek ini, sampai ke hari ini masih lagi saya dapat jalak di sana walaupun hanya seekor atau 2 setiap kali berkunjung ke sana. Harapan masih ada, dan saya tidak bawa balik seekor pun jalak tersebut, kerana saya ingin jaga populasinya di sana dan dengan harapan saya juga agar kawasan tersebut boleh dipenuhi semula dengan ikan - ikan dari spesies yang lain. Saya juga amat berharap agar tiada lagi orang yang datang ke sana dan meracun parit tersebut. sebab dari info yang saya terima, parit tersebut pernah diracun oleh orang - orang dari kampung berdekatan. ikan yang telah diracun tidak juga di ambil kesemuanya, lepas orang kampung tersebut tidak lagi mampu ambil yang lain, mereka tinggalkan begitu sahaja dan ikan - ikan yang tertinggal itu mati begitu sahaja. Cukup lah dengan merambat dan memukat atau menahan rawai, jangan lah di racun parit besar tersebut. Harap orang - orang kita jangan lah lagi menggunakan racun yang boleh memusnahkan terus sesuatu habitat.

3 comments:

Little Mike said...

ini la ba yg inda siuk MERACUN ini... habis pupus habitat. Sudah la penggunaan racun untuk pertanian menganggu kitaran sumber alam... mau cari rezeki pun pakai racun jg ka?

cuba-cuba la ingat 15 tahun akan datang... selagi ada peluang menjaganya sekarang, buat la dengan kesedaran menjaga alam kita.

ILLIE said...

kalu suda talampau rakus..sumua mengambil jalan mudah tanpa berfikir akan masalah yang bakal menimpa..apa salahnya pigi tangkap pakai pancing..saluk pakai tangan..pasang jala,merambat,pasang bubu...

Kalu ikut..ini juga tugas pemimpin2 tempatan untuk menyedarkan rakyat dan memberi peringatan kepada rakyat mengenai masalah meracun ikan..tapi macam si nong cakap..pemimpin sendiri pun inda mau berucap..susah lah mau komen..

RumbiaMasolog said...

betui-betui-betui...blg c Upin&Ipin... dulu2 masa sya kicik lg.. buli katakan semua sungai di tandek masih hidup dan boleh di minum.. Masa tu selalu sya p 'diving' kunun smbil tingu2 ikan di sungai...sungguh seronok sekali. Tapi sekarng oleh kerana aktiviti meracun dan pertanian hampir semuanya sudah musnah... sadis2...