SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 16, 2009

Lagi-lagi Jalak...

Catch & Release!
jalak ni kicil saja...
saiz ni masih kecil, jika saiz macam ini pun di bawa balik, maka di masa hadapan kita tidak lagi dapat melihat jalak yang berskala besar.
saiz 1.0 kg untuk rekod tahun ini, jalak ini juga saya lepaskan semula agar ia dapat membesar lagi dan membiak lebih banyak lagi.
jalak 1.0 kg, dengan set casting saya.
Hari ni seperti biasa saya pergi ke spot biasa saya untuk casting sekejap selepas waktu kerja. Sampai di tempat tujuan, saya lihat keadaan air adalah in the best time. dengan tidka membuang masa, saya terus melabuhkan gewang Bomber Bushwhacker saya. selepas beberapa minit cast, saya diberikan salam strike yang pertama! Jalak kecil yang naik. selepas photo siap diambil, saya lepaskan semula jalak tersebut ke parit tersebut. kemudian saya sambung lagi casting, kali ini menghala ke hujung parit tersebut. kemudian dalam relaks-relaks casting, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu strike yang kuat! dengan tidak memberikan peluang untuk jalak melarikan gewang, saya strike! kali ini saya ambil masa lebih kurang 2 minit untuk menaikkan jalak ini, berat dan besar! selepas ditimbang, ianya mencapai 1.0 kg! Nampaknya jalak di spot saya ini masih lagi ada dan malah besar. jalak 1.0 kg ini juga saya lepaskan semula setelah siap ditimbang, photo, serta ukuran nya saya ambil. ukuran panjangnya mencapai 18" boleh dikatakan spot ini masih boleh dijaga dan stok ikannya masih ada jika tidak diracun lagi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

2 comments:

Umar al-Longobi said...

lim,

sadap tu kalau dimakan, hehe. teruskan. hobi yg amat bagus. save jalak!

JMimie Mabin said...

Ming,

Rajin o ko cari jalak..hee..terus sya teringat 'crocodile hunter' pula..tidak bosan2 si mendiang Steve Irwin cari buaya, gambar buaya, buat rakaman bersama buaya dan menyiarkan rakaman itu ke seluruh dunia. Mungkin ko pun buli jadi macam dia ni Ming..think big..hee..interesting hobby. keep it up.