SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, February 25, 2009

Lahirnya Seorang Jutawan Senyap!

Oleh, Umar al-Longobi http://geomotivator.blogspot.com/
Saya rasa tertarik apabila melihat gambar peniaga-peniaga jalanan di Tamu Pekan Kota Marudu yang diambil oleh Sdr. Nazri al-Dusuni. Tertarik kerana fikiran saya tiba-tiba diterjah dengan kenangan manis bersama peniaga jalanan hampir 5 tahun lalu. Baik, apabila melihat gambar-gambar itu, apa persepsi pertama anda? Mungkin ada di antara kita yang kasihan, malu, pandang rendah, bangga, geram dan bosan? Apapun persepsi anda, secara peribadi ada dua perasaan yang menggoncang kalbu saya. Pertama, kasihan. Kedua, bangga. Kasihan kerana peniaga-peniaga kecil ini tidak dibimbing. Kemudahan asas tapak perniagaan tidak disediakan. Dan, tidak ada sebarang pengiktirafan diberikan kepada mereka. Saya berasa bangga kerana mereka berani dan terpilih terjun dalam dunia perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Impak daripada pengabaian terhadap peniaga-peniaga jalanan ini, tanggapan masyarakat khususnya golongan belia/beliawanis di Kota Marudu terhadap perniagaan jalanan adalah negatif dan meleset sama sekali. Mereka lebih bangga menjadi `penanam anggur` daripada cuba berniaga walaupun secara kecil-kecilan dahulu. Mereka lebih rela menjadi sampah masyarakat. Mereka lebih selesa dinodai dengan kebejatan-kebejatan sosial. Hentikan semua ini orang muda! Jikalau orang bertanya, saya akan jawab "... majukan segera peniaga-peniaga jalanan ini. Bimbing mereka. Sediakan prasarana yang komprehensif. Bela mereka. Dan, angkat martabat mereka!".
Saya amat yakin, jika jawaban ini dilaksanakan tidak mustahil akan lahir Jutawan Senyap tidak lama lagi, sekaligus mengangkat ekonomi bumi Marudu ke satu tahap yang lebih baik. Siapa itu jutawan senyap? Mereka tidak terbilang, mereka tidak terpandang tetapi mereka jutawan. Ya, mereka adalah peniaga-peniaga jalanan yang sedang kita bicarakan. Berdasarkan pengalaman saya sebagai salah seorang kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dulu, saya amat memahami rintihan rasa peniaga-peniaga ini. Kebetulan saya juga dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Hanya si miskin akan faham penderitaan si miskin.
Saya masuk ke kampung mereka, saya cari mereka di kebun, saya berkongsi keperitan mereka dan saya ajak mereka menyertai Seminar Motivasi di bawah kendalian saya. Saya katakan kepada mereka, "... kamu sebagai petani dan peniaga kecil harus bangkit dari kemiskinan. Kamu mempunyai kemahiran dan produk. Ayuh! bangkitlah, gunakanlah kemahiran dan produk yang kamu ada untuk terjun dalam dunia perniagaan. Sebagai permulaan, jadilah peniaga jalanan. Saya cukup yakin insyaAllah, kamu salah seorang calon jutawan senyap!"
Mereka tercengang... akhirnya, mereka berbondong-bondong mendaftarkan diri sebagai calon jutawan senyap. Selepas itu, kami bimbing mereka. Kami berikan modal. Dan, Kami sentiasa memotivasikan mereka. Saya cukup bersyukur... kebanyakan di antara mereka mencapai kemajuan. Sedikit demi sedikit. Hari demi hari. Saudara, sebenarnya frasa `jutawan senyap` ini bukanlah sesuatu yang bersifat fantasi. Sudah ramai yang telah berjaya. Hanya seorang penjual minyak urut tetapi jutawan. Hanya seorang penjual aiskrim tetapi jutawan. Hanya seorang penjual ikan masin tetapi jutawan. Hanya seorang peniaga pasar malam tetapi jutawan. Hanya... hanya... dan hanya... tetapi mereka jutawan. Merekalah jutawan senyap!
Kesimpulannya, pertama janganlah mentang-mentang kita berjawatan, kita memandang rendah kepada peniaga jalanan. Ya... mungkin kita ada kereta besar, rumah besar dan isteri/suami besar. Tapi hutang pun besar juga, ha ha ha! Kedua, kita minta sesiapa sahaja yang berkemampuan agar dapat membimbing mereka. Tidak perlu jemput pakar ekonomi. Ajar mereka perkara asas dalam perniagaan sudah memadai. Ketiga, Berikan mereka pembiayaan modal dan sediakan kemudahan asas yang cukup. Keempat, bantu mereka di dalam pembikinan dan pemasaran produk. Terakhir, sentiasalah memotivasikan mereka.
Siapa yang perlu buat semua ini? Semualah kena bekerjasama. Wonder Pets dalam lagunya (Siri televisyen kanak-kanak di TV9) pun ada menyebutkan, "... kami tak besar dan kami tak kuat. Bila bekerjasama semua jadi mudah. Hei, Wonder Pets!". Kemudian disambung lagi, "... apa yang penting, kerjasama. Apa yang penting, kerjasama...". Jadi, siapa lagi kalau bukan kerajaan, badan berkanun, swasta, pembangkang, NGO, persatuan/kelab dan orang persendirian. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ayuh kita mulakan!
Nota: Kita berharap Jutawan Senyap yang bakal lahir itu adalah yang taat pada perintah Tuhan, merendah diri dan dermawan.

5 comments:

SANGURU said...

nasib peniaga jalanan ini sudah lama dan acap kali sanguru sentuh dalam "SUARA ANAK SABAH". Dan yang prihatin memang perlu KERJASAMA memperjuangkannya, sebagaimana nukilan PERMATA BANGSA. Teruskan menulis.

Umar al-Longobi said...

ya,sanguru. `peniaga jalanan` ini merupakan permata bangsa yg dipinggirkan. tahniah atas kelantangan sanguru berbicara membela mereka dlm SOS. pd mulanya sy terfikir nak hentam si anu dan si anu,hehe. apb fikir balik, demi SAM `kerjasama` itu mungkin lebih baik ditonjolkan. wonder pets!

Anonymous said...

Tapi bole buatka. Manada orang mau buat itukalau indada masyuk. taukan apa itu masyuk. Sakarang ini jaman IT. Itu montiri kita pun adasuda plen projik iT di KM. Kirim salam sajalah sama aman dan kinan yang bajualan ditepi jalan. inda kana paduli itu.

Aku Bah,

BADUS

Umar al-Longobi said...

sdr. badus,

tq atas komen yg membina. itulah sebabnya kita mesti terus bersuara. sehingga `mereka` betul2 faham dan melaksanakan kehendak akar umbi. kalau tidak dipedulikan juga, tidak mengapa. kita tidak menolak projek IT dlm era globalisasi kini. tapi, adakah itu keperluan yg paling mendesak skrg?

Anonymous said...

BAGUS ENTRY INI. BUKAN MENGHENTAM SAJA TAPI ADA SADANGAN OR ALTERNATIF. BIKIN BOSAN JUGA KALAU PULITIK SIJA. BOSAN BOSAN BOSANNNN. KOTOLUADAN. TRIMA KASIHHH!

BABA LANGKON
muhdbaba_77@yahoo.com.my