SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 6, 2009

MEREKA YANG TERPINGGIR - BAHAGIAN 1

SIAPA DIA? DI MANA DIA?
DIA

RUMAHNYA

Nama : James Vun Tlan Loi
Umur : 13 tahun
Sekolah : SMK.Tandek
Nama Ibu : Sutiah Jamulah
Bil.Bersaudara : 2 orang (lelaki) Bapa : Sudah meninggal lebih 10 tahun yang lalu
Asal : Kg.Salimandut
Entah sudah berapa kali pernah aku niatkan tentang keinginan ku untuk memaparkan kisah hidup insan istimewa ini.Setiap kali aku cuba lari dan lari, ia datang mengejarku, mengundang dan menghidang pelbagai wadah untuk disajikan.
Pada tahun 2005, aku pernah mengutus surat kepada Program BERSAMA MU TV 3 meminta agar kisah hidup insan ini sekeluarga dapat diketengahkan untuk ita semua berkongsi keperitan hidup mereka dalam mengharungi hidup seharian..Namun mungkin surat itu tercicir atau mungkin 'Mereka' tidak tertarik dengan cara penyampaianku yang kurang memuaskan, justeru kisah hidup keluarga ni terabai dan tersorok begitu sahaja...
Kalau di Semenanjung, kisah seumpama ini pasti sudah mendapat liputan meluas seluruh negara.Malah ada kisah yang saya kira lebih baik berbanding kisah keluarga insan ini pun turut dipaparkan dengan meluas sekali.Kenapa?...Mengapa? Mungkin kita terlepas pandang mereka2 ini. Di daerah ini sahaja, saya percaya masih ramai lagi insan2 kerdil yang tersorok di penjuru dunia yang perlu diketengahkan kehidupan merka....
(maaf...air mataku mula bertakung dipelupuk mata, rasanya beri aku masa untuk bertenang dahulu baru aku sambung kembali artikel ini.)
SALAM...

14 comments:

ming2elly said...

nong, bagus ko kasi hantar lagi pigi tv3 tu surat dan cerita ko tu, kesian ni budak ni...

NONG said...

Ya memang kesian budak ni. Belum habis lagi saya cerita pasal kisah hidup budak ni..mau ternangis ba saya ming2elly.

ILLIE said...

semoga pihak2 tertentu dapat mengakses blog SAM dan membaca entri ini..sesungguhnya insan seperti inilah yang perlu dibantu..

SANGURU said...

Kbtln saya jaga hal ehwal murid. InsyaAllah, si malang ini akan dikasihi...

Little Mike said...

Hrp dapat dilakukan sesuatu. Melihat kondisinya, sangat cerah untuk kembali seperti normal jika cukup kos untuk bantuan perubatan..

Nazri Aldusuni said...

kepada
yang bernama YB,

Tolong buat kerja dengan segera sebelum pihak yg berwajib bertanya kpd anda ... kenapa mereka ini di biarkan.

atau rakyat berkata kpd anda, nama sja YB .....

atau sya berkata pd anda semula ....
seperti OKU sya kata anda.


jngan persalahkan blog ini berkata benar, atau siap2 d antara yg berkaitan dlm blog SMS.

carilah sya nazri
yg berkata benar .....

Carl S. Adun said...

Sesuatu harus dilakukan dengan segera untuk membantu pelajar berkenaan - I was really touched & moved...Kg. Salimandut & rata2 penduduknya bukan la orang lain bagi saya - sedang kita lena dibuai mimpi & duduk di kerusi empuk..masih ada urang kita yg merempat..Saya setuju dgn remark saudara Nazri.Cadangkan apa shj tindakan..Rasanya rakan2 di SAM akan sedia menghulurkan tangan..

Carl S. Adun said...

Rujuk kpd:
1. Sudah tentu YB (DUN) & YB (Perliament) kita yg sekarang pigang potfolio penting di Federal (Kalau soal2 kebajikan beginipun susah mau attend..sayapun tida tau la!!!;
2. Jabatan kebajikan;
3. PPRT masih on-goingkan...; rasanya Saudari Nong boleh refer;keadaan rumah mereka sungguh daif...kenapa masih begini?Mana semua program perumahan rakyat termiskin?

Rasanya alternatif utk war-warkan melalui TV3 tu OK jga -tapi bagaimana klu kita bantu dahulu...

Carl 013-8701459

Nazri Aldusuni said...

saya setuju cdngan sdr. Carl S.Adun agar kita bantu dulu.

1. kita lancarkan tabung khas. semua warga SAM wajib menyumbang wang, makanan n sebagainya
2. bentuk AJK bertindak d klngan SAM utk membwa kes ini kpd pihak berwajib.

suda sampai masanya warga SAM berkata, bertindak. biar sedikit yg ptg ikhlas

NONG said...

Carl..sudah bertahun ba ni dorang memohon bantuan rumah tapi inda pernah dapat.Saya pun tidak tahu kenapa ini begini.

Brother Nazri..
Bagus juga cadangan ko itu.Itu sebab dalam blog perbincangan SAM saya ada cadangkan agar wujudkan tabung SAM.

Apa pun..kita tunggu respon TEKONG SANGURU.

Nazri Aldusuni said...

selagi dia manusia tdk kira agama,bangsa,kmpung,daerah n negeri tugasan kita adalah membantu seadanya. sya cdangkan nong bandahari n tikung pngrusi bertindak manakala warga sam semuanya ajk ...

kita tngu bila2 sja buat sumbngan sya ( peribadi ) akan menyumbang

Little Mike said...

Saya setuju, kita bantu dulu...apa saja cara yg SAM mampu... saya akan menyumbang.

Jangan kasi biar...

Srixon said...

untuk makluman saudara dan saudari semua, BOT (Bantuan Orang Tua) peruntukan Persekutuan sudah disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sabah. bantuan RM300 setiap bulan suami dan isteri layak mendapatkanya dengan syarat umur 60 tahun ke atas dan pendapatan tidak melebihi RM920 sebulan. untuk keterangan lanjut sila berhubung ke Pejabat Kebajikan Daerah Kota Marudu

SAYA said...

Srixon..ko orang kebajikan ba ni kan dari cara ko ni saya bule agak..Jadi cuba ko tolong dorang ni.Kesian o ni budak ni sya tengok..