SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 7, 2009

MEREKA YANG TERPINGGIR - BAHAGIAN 2

Petang kelmarin saya balik kampung bersama anak2 melawat emak.Sekitar jam 3 lebih saya sudah sampai di kampung dan memang berhajat mahu jumpa ibu kepada adik James yang saya paparkan dalam posting saya kelmarin tu tapi malangnya kalau awal2 petang begini agak susah untuk bertemu dengan makcik ini kerana dia bekerja ambil upah untuk menanam padi (menusui) di sawah orang yang memerlukan pertolongan beliau.
Saya berpeluang jumpa dengan makcik ni pun sekitar jam 6 lebih lewat petang sudah.Check2 kamera digital Sony Cyber-Shot dalam beg tak jumpa.Rupa-rupanya kamera tu saya tertinggal di rumah.Nasib baik hp Sony Ericsson Cyber-Shot 2.0 MP saya ada.Dapat juga saya mengambil gambar Makcik Sutiah dan rumahnya dari dekat walau tak jelas sangat kerana hari sudah mula ditelan remang senja.Tapi syukurlah ba dapat juga saya ambil gambar.
Makcik Sutiah merupakan seorang ibu tunggal berusia 47 tahun yang menerima bantuan kebajikan sebanyak RM90 sebulan.Pada mulanya bantuan itu hanya RM70 sebulan tetapi telah dinaikkan RM20 kepada RM90.
Tanpa saya tanya, Makcik Sutiah menjelaskan bahawa rumah yang beliau dan anak-anaknya duduki ini adalah hasil ehsan Umat Gereja Roman Catholic (RC) dan Umat Gereja Seventh Day Adventist(SDA) beberapa tahun yang lalu, walau hanya berdindingkan bambu yang semakin uzur dan usang. Beliau berkata lagi bahawa sudah banyak kali dia memohon bantuan rumah tetapi tidak pernah dapat-dapat sejak dari dulu.Sudah berusaha Pengerusi JKKK berurusan tetapi hasilnya tetap sama.Pun begitu, beliau tidak pernah melahirkan rasa marah dan kesal kepada pihak berwajib yang terlepas pandang mereka ini.Cuma katanya"Kalau ada bantuan, kami terima.Kalau tiada pun apa boleh buat.Hidup harus diteruskan".Malah beliau tetap mengharapkan agar mereka dapat bantun rumah juga nanti(HARAP2LAH).
Tiada lain yang mampu mereka lakukan melainkan sentiasa mensyukuri setiap apa yang mereka miliki malah sentiasa mengajar dan mengingatkan anak-anaknya supaya sentiasa bersyukur dan menghargai hidup yang mereka miliki.
Bagi menampung kos sara hidup dan perbelanjaan anak-anaknya, Makcik Sutiah mengerjakan sawah padi milik orang dengan hasil yang dibahagi dua dengan tuan tanah.Selain itu, Makcik Sutiah juga mengambil upah bagi kerja2 lain di sawah orang lain untuk mencari wang. Begitu tabah ibu tunggal ini mengerah tulang empat keratnya untuk mencari rezeki halal bagi keluarganya.Satu usaha yang harus dicontohi oleh semua orang.
Bercakap mengenai penyakit anak keduanya James, Sutiah berkata penyakit anaknya ini bermula sejak kecil lagi.Menurut doktor, penyakit ini berpunca dari masalah urat dan akan membesar dan terus membesar jika tidak dibedah.Dan implikasi yang paling besar ialah kerosakan pada deria penglihatan James..Tengok saja gambar adik James pun sudah cukup derita yang ditanggungnya..Kesian sangat. Sesungguhnya, berat mata yang memandang,berat lagi bahu yang memikul.
Menurut Makcik Sutiah pembedahan sepatutnya dijalankan pada tahun 2000 tetapi masalah kewangan yang mencengkam memaksa beliau untuk terus diam.Sekali lagi pembedahan sepatutnya dibuat pada bulan Oktober tahun 2008(tahun lalu) pun terpaksa dilepaskan juga ekoran masalah kewangan..Timbul pesoalan dalam fikiran saya, tak bolehkah doktor bantu berurusan dengan pihak kebajikan berhubung kos rawatan dan pembedahan ini? Bagaimana harus kita dapat membantu Adik James ini?
Bacalah luahan Adik James bila saya tanya apa perasaannya bila sakit begitu.
"Saya sedih ba..dari kecil lagi saya jadi bahan ejekan.Kanak mengatakan mata saya ni macam mata yang mau mengurat perempuan sebab sebelah mata saya sentiasa tertutup.Saya orang cacat.Tapi sekarang saya sudah lali dengan semua tu.Dan sudah tiada lagi kedengaran suara2 sedemikian kerana mereka sudah faham bahawa saya sakit.Syukurlah kalau saya masih hidup sama2 mama dan abang saya.." .Bertakung air mata saya ba masa dngar kata2 ini.Pura2 saya tunduk.Saya tidak mahu mereka nampak selemah itu saya.
Justeru itu..SUARA ANAK MARUDU (SAM) mohon kepada sesiapa yang berkepentingan dengan pihak berwajib yang mengakses blog dan melihat paparan ini, titipkanlah paparan ini kepada mereka.Mungkin 'Mereka' tidak sengaja terlepas pandang perkara ini kerana mungkin mereka tiada sumber yang menyalurkan maklumat kepada mereka.Inilah antara peranan Blog Suara Anak Marudu. Sumber penyaluran maklumat diluar keupayaan mereka.
SUARA ANAK MARUDU mohon kepada semua yang berwajib agar dapat mengambil berat kisah2 hidup masyarakat di Kota Marudu ini.Kalau kita boleh kutip tabung untuk GAZA di luar negara, kenapa kita tidak boleh kutip derma untuk tabung bagi membantu rakyat kita yang lebih memerlukan? THINK IT!..
Saya percaya bukan keluarga Makcik Sutiah saja yang mengalami perihal seperti ini di Daerah Kota Marudu ini.Dengan itu marilah kita sama2 tampilkan mereka2 ini untuk dibantu.

5 comments:

SANGURU said...

sybas atas paparan realiti kehidupan. harap jiran-jiran dapat batu membantu. selanjutnya, individu luar yg dermawan sila bantu, dan seterusnya pihak yang berkenaan sila prihatin dan ambil tindakan. sepakat bawa berkat.

Umar al-Longobi said...

sy setuju dgn sgn sanguru. syabas nong! yg berkenaan silakan bertindak. para dermawan, silakan meringankan beban mereka yg berkenaan. sy faham benar perasaan dan penderitaan keluarga ini. kerana, sy juga pernah melaluinya. cuma saja, Allah bagi sedikit kekuatan utk bangkit sendiri tanpa bantuan kjaan. teruskan berusaha!

Umar al-Longobi said...
This comment has been removed by the author.
Little Mike said...

apa yang boleh dilakukan dengan RM90 sebulan? tidak masuk akal. Sekurang2nya bantuan perlu naik kepada RM150-RM250 sebulan, melihat kepada keadaan keluarga ini... itu pn masih dalam jumlah yang tidak banyak membantu... mungkin sebaik-baiknya RM250-RM350..

pihak berwajib juga perlu pantau masalah ini...

Terima kasih Nong atas paparan yg menyentuh rasa.

SAYA said...

Satu posting yang betul2 saya TABIK..
Paling bagus kan kasi banyak paparan cerita yang begini ba supaya bila2 masa diakses pun jumpa ini entri..
Kalau sudah banyak entri,payah juga o mau jumpa ini cerita ini kalau inda ngam2 kena klik..