SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, February 3, 2009

Nuggets Of Inspiration

"Read, not to contradict or confute, nor to believe and take for granted, nor to find talk and discourse, but to weigh and consider. Some writings are to be tasted, others to be swallowed, and some few to be chewed and digested." - Sir Francis Bacon. Ke Arah Mengangkasakan Minda Warga Marudu "….Kalau boleh kita mahu menjadi bangsa yang berminda kelas pertama. Tetapi harus diingat, ini tidak mungkin dapat dicapai jika kita tidak mencintai ilmu!" Sudah lama daerah tercinta kita, Kota Marudu dikenali sebagai antara daerah yang terpencil dan miskin di Sabah. Saya masih ingat waktu belajar di IPTA beberapa tahun yang lalu, setiap kali sesi memperkenalkan diri dan bila saya cakap “I’m from Kota Marudu, Sabah”, pensyarah mesti tanya balik “Kota Belud?” atau “Kota Kinabalu?” (Kebetulan nama daerah kita pun bermula dengan ‘Kota’…ironik betul!) , mungkin kerana mereka ingin memastikan saya tidak ‘tershasul’ sebut Marudu di hujungnya. Implied meaning – Kota Marudu hampir2 tidak disedari benar wujudnya oleh orang2 luar sana. Mengapa dan kenapa? Sudah pasti antara sebabnya adalah kerana taraf sosioekonomi daerah kita yang masih amat rendah dan atas sebab itu agak mustahil untuk ‘menonjolkan’ diri berdiri sama tinggi dengan tempat2 lain yang telah lebih dahulu maju dan menjadi pelopor dalam melahirkan generasi yang cendekiawan, intelektual, outspoken, outstanding etc. Biarpun disebut sebagai ‘Kota’ tetapi kita semua tahu bahawa nama Kota Marudu sebenarnya sangat sinonim dengan kemiskinan. Jangan cari Maybank atau Public Bank atau KFC di KM (oopss…ada sudah pula, itupun baaru wujud tahun ini setelah tempat lain sudah hampir ‘nobobos’ (puas) makan KFC). Dan baanyak lagilah kemudahan, prasarana dan sebagainya yang tempat lain sudah ‘nobobos’ menikmatinya tetapi kita di sini masih tertanya-tanya apa rasanya kalaulah memandu kereta dari Singgahmata ke Salimandut, Nolotan, Tingkalanon, Tandek di atas ‘jalan karpet’. Mesti syok tu…hehe. Absorber kereta pun tidaklah seksa sangat mengawal hentakan akibat jalan yang amat tidak sekata. Mungkin tuah tidak memihak kepada kita kerana kita dilahirkan di daerah yang miskin tetapi jangan biarkan keadaan yang unfortunate ini menjadi alasan untuk kita terus menjadi bangsa yang tetap stuck di bawah tempurung macam katak. Kita mungkin miskin harta (setakat ini) tetapi bukan ilmu. Tiada batas dan tiada kompromi dalam usaha menggali ilmu. Perubahan bermula dari minda. Isikan minda dengan segala ilmu yang terbaik dan pastkan ‘halal’ agar kita mampu membuat pertimbangan yang wajar dan bebas dari korupsi dalam semua tindak-tanduk kita. Cintailah ilmu dunia dan akhirat. Kepada golongan muda terutamanya, gunakanlah tenaga muda anda untuk berusaha memiliki minda yang tajam, bijaksana dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh aliran pemikiran yang rapuh. Salah satu kaedah yang efektif ialah dengan mengamalkan budaya pemikiran/pembelajaran glokal (global + lokal). Maksudnya, luaskan pemikiran/pembelajaran seluas dan selebar capaian dunia globalisasi tetapi pada masa yang sama tetap mempertahankan nilai-nilai budaya lokal dan jati diri sebagai ‘anak kampung’ Marudu. Jangan pernah lupa asal usul sendiri. Ingatlah bahawa kekuatan mahupun kelemahan seseorang terletak pada kuasa minda. Begitu juga kekukuhan mahupun kerapuhan sesebuah bangsa/negara terletak sepenuhnya kepada kuasa minda yang mengawalnya. Oleh itu, fikir-fikirkanlah. Apakah kita terus mahu kekal setakat kenal huruf ABC seperti segelintir datuk nenek kita dulu atau sekadar boleh menjawab ‘yes & no’ bila harus berdepan dengan dunia internasional atau…hemm...you decide..

7 comments:

Little Mike said...

artikel yg sangat baik.. kita perlukan suara-suara seperti ini untuk memangkin Kota Marudu..

Kuasa minda menentukan bentuk hala tuju- sangat setuju dengan kenyataan ini

well said..

Umar al-Longobi said...

well done mimie!

1 tulisan yg matang dan mempunyai maksud yg kuat bagi menganjakkan setapak lagi paradigma anak-anak marudu. smlm sy ada tengok diskusi di tv1, dipengerusikan oleh sdr syed munawwar. mebincangkan soal k-economy. menurut ahli panel, pencapaian m`sia dlm k-economy masih rendah. kalau m`sia rendah, apatah lagi kita di KM kan, kan, kan...(meminjam `kan` cikgu sy di smk tandek, hehe. siapa tu ah mimie cikgu kita). perkara ini berlaku kerana k-economy tidak seiring dgn pertumbuhan k-workers. masih byk ruang utk kita memperkasakan k-workers. asas yg sy kira penting adl minda spt yg sdri mimie huraikan. sy setuju!

JMimie Mabin said...

TQ LM & Umar...hemmm...siapa bah cikgu kita tu ah Umar...bukan org kuat SAM juga ka tu? dia ajar kita fizik ka kimia tu dulu? To whom it may concern..langsung tiada niat kami mpersendakan tuan guru malah kami sbnrnya respek bangat sama cikgu kami ni sbb dia mgajar best, enjoy dan sangat mbuka minda! Kan..kan Umar? Hehe..

Umar al-Longobi said...

ya... mcm org kuat SAM saja tu, hehe. betul tu mimie, bukan mengampu tapi realiti. seorang cikgu yg berdedikasi, kreatif dan produktif. tajuk yg susah pun kalau dia ajar, jadi mudah. dan, rasa tidak sabar dia masuk ke kelas kita. lebih 10 tahun pun, kita masih ingat lagi, hehe. terima kasih cikgu...

SANGURU said...

mmg bagus artikel ni. Kemiskinan itu boleh buka pintu kejahatan. Org terpksa jd jahat. Tutup pintu kemajuan, dll. Syabas mie. Inilah entry yg pembaca suka. Sy pun suka. Mmg tugas sosial kita spt yg sdr little mike tulis. Anda antara permata bangsa, spt yg sdr umar tulis. Sama spt yg sanguru selalu tulis. Teruskan. Kitorang berjauhan, so tepuk bahumu bg pihak kami semua...

Carl S. Adun said...

Terlalu lama untuk saya sedar dari lamunan dan kealpaan ini...uii na serius pla sia nie.
Apa2 pun Saudari Mimie telah menulis article yg cukup memotivasikan saya (plus bila dengar soundtrack blog nie dgn iringan kulintangan -teringat pla Saudara Majiun di Kg Longob).Ya, betul tu Mimie, ilmu tu penting - proses pembelajaran ini adalah lifelong process - cthnya sia; skrg bru terkial-kial ambil postgraduate/ masters paper - which I should have been done long time ago when I was in my 20s.SEkarang nie/ tahun baru nie, sedang praktis "memperkasakan minda"(Mimie 2009).Thank u for the inspritional piece.

JMimie Mabin said...

Wow! Respons kawan2 smua sgt memotivasikan sya..inilah hakikat yg tdk dpt disangkal dlm SAM..kita saling memotivasikan antara satu sama lain..thank u Sanguru & bro Carl! Thank SAM..