SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 19, 2009

Nuggets Of Inspiration

"Don't fool yourself that important things can be put off till tomorrow; they can be put off forever, or not at all." ~Mignon McLaughlin, The Neurotic's Notebook, 1960 Tangani Sikap Suka Menangguh-nangguhkan Kerja
Agak lama saya tidak post apa-apa entry sini SAM. Agak lama juga kerja-kerja saya yang lain dibiarkan terbengkalai. Inilah dia akibat suka tangguh-tangguh, suka berlambat-lambatan dan membiarkan diri alpa, lalai dan leka dengan pelbagai perkara yang ‘lebih remeh’…lantas minda bisa hilang fokus. Hemm…siapa kata ‘motivator’ tidak perlukan nasihat dan motivasi dari orang lain…kan…kan…dan sesungguhnya, salah satu sikap yang ternyata sangat menguntungkan kepada psikologi kita ialah sikap berani mengakui kelemahan diri dan seterusnya terbuka dan tidak bersikap skeptikal mahupun prejudis terhadap teguran membina, nasihat dan apapun bentuk penambahbaikan dari sumber-sumber lain selain diri sendiri. Lagipula, proses pembelajaran adalah lifelong learning dan boleh berlaku di mana-mana. Semua orang pasti bersetuju bahawa sikap suka menangguh-nangguhkan kerja apalagi kalau itu sangat penting dan urgent amat dan teramatlah merosakkan diri, bangsa dan negara. Sikap ini membawa kepada kelalaian dan membuatkan kita suka berselindung di sebalik kata-kata “tunggu dulu bah”, “kejap lagi”, “lambat atau cepat, siap juga bah itu..” dan segala macam penangguhan lain yang seangkatan dengannya. Pemanjaan kepada sikap suka melengah-lengahkan kerja ini menjadikan kita masyarakat yang malas, terlalu banyak membuang waktu dan banyak dalih bodoh. Lebih membahayakan lagi kalau kita terus membiarkan diri selesa dan enak berada dalam kondisi “lama lagi bah itu…pelan-pelan..” sehingga sangat melambatkan malah menghentikan langkah perjuangan. Orang lain sudah boleh berlari, kita pula masih belajar merangkak…adeh…gawat bangat! Oleh itu, kesedaran yang tinggi dan membuang sikap suka menangguh-nangguhkan kerja haruslah diterapkan, diaplikasikan, dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat, warga Marudu khasnya, jika kita mahu memperkasakan dan mengangkasakan tamadun bangsa. Ini terutama sekali kepada golongan-golongan pemimpin (siapapun anda samada tinggi atau rendah pangkat anda dalam organisasi kepimpinan) kerana kalau pemimpin sendiri pun suka bergerak slow-motion, rakyat pula menjadi-jadi ‘alamas’(lemas) dan silap haribulan mati sebelum waktu yang sepatutnya. Cepat, tangkas dan efisien…ini yang kita mahu!

10 comments:

SANGURU said...

setuju betul. ngam. teruskan "mengurut" yang "kelemasan" itu, kasi bangun. Posikno! bangun noh! (tapi bukan: four six four, two one eight seven ATAU posik poh tuwan et sibon...)

SANGURU said...
This comment has been removed by the author.
ison said...

Hee... mogot no pomosik dit songodop2 po om isai2 it nalamas (cukup untuk membangunkan mereka yang masih tidur dan mengingatkan mereka yang terleka). Good job!

Little Mike said...

good entry!

i enjoyed reading it... SPOT ON!. Jangan tanguh2 kerja. hehe.. kalau mcm sya nie bukan tangguh kerja tapi tangguh2 melawat 'halaman orang' macam mana nie? hahaha....

naaa.. yang nie kena ada entry khas nie.. haha sbb melambat-lambatkan kapasiti/kuantiti bangsa..

ison said...

Ai mike, kada pogi mialung2 mogimbalai. Isai suul kalabai (no translation). Hee...

JMimie Mabin said...

Bah ka..dapat green light dari Sanguru kena suruh "mengurut" yg "kelemasan" oh..hehe.. apalagi...mari kita ramai2 kasih "urut2" durang supaya mungkalat tantu om mosik babanar(buka mata luas-luas dan betul2 terjaga)..kalau tidak biar si duktur kasih suntikan jarum..mesti lagi terjaga...sakit bah itu kalau jarum..tajam.

Adeeh LM...you better take urgent action or else...kalabai ka bo di ison...hahaha

Terima kasih semua!

Umar al-Longobi said...

tahniah mimie!

kupasan yg bagus. `kerja yg bertangguh tidak akan menjadi`. sy juga tidak terlepas drp sindrom bertangguh ini. ada 1 petua utk mengelak drp menjadi org suka bertangguh, iaitu gunakanlah sebaik2nya 2 perkara. 1. masa sihat, kita tidak tau bila kita akan sakit. 2. masa lapang, kita tidak tau bila masa kita sibuk. tq

ILLIE said...

kalaulah Malaysia meniru sistem kerja di Jepun..sia pikir dalam masa 20 tahun negara kita akan menjadi kuasa ekonomi dunia..kerana negara kita cukup segala-galanya..setelah bekerja disini..sia tidak berani untuk menangguh-nangguh kerja..kalau kerja lebih dari masa..tidak ada seorang pun yang merungut..kadang2 sia pernah kerja dari jam 8.30am sampai 11.00pm..jika keadaan ini berlaku di Malaysia..mangkali ribut laitu..sia mula berfikir,apa kerajaan contohi sehingga ada motto DASAR PANDANG KE TIMUR?kalau sekadar mencontohi kegigihan orang2 Jepun..sia rasa belum cukup..sepatutnya kerajaan belajar bagaimana orang2 Jepun bekerja..orang2 Malaysia juga rajin tetapi.....inda payah lah sia ulas..kamurang bulih lihat dengan mata sendiri...

Little Mike said...

hal-hal yg boleh memajukan masa depan bangsa, kita harus ada sikap gigih... di jepun mereka gigih kepada dua perkara. 1. mengangkat nama negara 2. menjaga prestasi kerja

kerja- kena buat betul2 dan harus ada 'aim'... yang keuntungannya kita tidak fikir untuk diri sendiri.

Saya mula-mula kerja dulu ofis hour. 9am-5pm... kemudian majikan saya request jam 8am-6pm untuk kawalselia kawasan pembinaan. Saya kerja saja. Selepas beberapa tahun. orang yg kerja malam buat masalah. Majikan minta saya pantau staff keselamatan malam. Mereka tukar schedule sya lagi kepada jam 2pm-6pm utk kawalselia site dan 12tnghmalam -6.30am untuk pantau org keja malam... gaji tidak juga naik.. Sya keja saja... awal tahun nie saya diminta keja kerja dari 12am sampai 12pm.. 12jam bekerja. Dengan sedikit suntikan bonus dan kenaikan gaji, saya teruskan kerja saya tanpa merungut kerana saya SERONOK bekerja... mereka tanya saya berapa gaji saya request. tapi saya tidak demand, saya serahkan saja kepada pihak pengurusan utk nilai prestasi saya.

kerja jangan bertangguh dan hendak la dibuat bersungguh2 serta dinikmati dengan perasaan SERONOK dan mempunyai aura 'sense of belonging to the company'....

NONG said...

Woi oboh..nunu kangku.Agayo to pengaruh diti perkataan ALAMAS diti..Madada e Tekong nga ka'ambat e momoros ot alamas.Terlalu banyak pengertian. dan paling bagus untuk mengkritik 'mereka2' yang lamas dan pura2 lamas..
Bagus Mimie..posoliwano no it tongo ilmu 'mengurut' nu supaya oposik tokou kiawi terutama yaalo.. elaan nu beri.Subai kiakal ka diri..hehehehee