SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 12, 2009

Rimas

Semenjak dua menjak ini, kita dapati keadaan sosiopolitik di Malaysia agak kucar-kacir. Sejak berakhirnya PRU ke-12 yang lalu, BN dan PR tidak henti2 saling bercakaran satu sama lain. Ada ketikanya BN kelihatan menang, dan ada waktunya PR yang menang. Siapa yang menang secara keseluruhan? Saya pun tidak tahu. Apa yang jelas, perbalahan ini menyseksa rakyat. Dalam PRU yang lalu, BN menang dengan kelebihan beberapa kerusi parlimen sahaja, tetapi jika dikira undi majoriti rakyat seluruh negara, PR yang menang. Kalau sistem pemilihan presiden di AS diamalkan di negara kita, mungkin wakil rakyat dari PR boleh jadi PM. Malangnya Malaysia bukan dan tidak sama dengan Amerika.
Kita di Sabah khususnya di KM, mungkin tidak begitu merasakan kehangatan suasana sosiopolitik tanahair, tetapi mereka yang berada di Semenanjung Malaysia, keadaannya semakin runcing. Apakah gelora di Semenanjung akan turut menghasilkan tsunami di Sabah? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Apa yang jelas bagi saya, kekusutan ini akan berterusan sehingga PRU yang akan datang. Inilah kelemahannya sistem berpolitik di negara kita. Jika kerajaan lemah dan pembangkang kuat, pentadbiran negara tidak terurus dengan baik. Jika kerajaan kuat dan pembangkang lemah pula menyebabkan 'mereka' goyang kaki dan mendabik dada. Lebih kurang sama juga. Saya fikir keadaan ini akan berterusan begini melainkan sistem perlembagaan di Malaysia berubah.
Ketaksuban terhadap perkauman dan agama juga turut menjadi minyak yang menyemarakkan api persengketaan di antara kaum dan parti. Ada yang berkata, "Ini Malaysia hak kami, kalau kamu tidak suka, kamu boleh lari." Tapi kalau difikir2 semula, siapakah yang lebih berhak di Malaysia? Orang2 Asli di Semenanjung pun hanya membisu seribu bahasa, atau mungkin mereka dibisukan, atau tidak tahu kepada siapa dan bagaimana untuk menyalurkan suara mereka. Kita, rakyat di negeri Sabah juga tidak begitu berminat dengan ungkapan2 seperti itu kerana kita sudah belajar lebih dulu erti perpaduan antara kaum. Kita sudah tahu awal2 lagi bahawa bumi ini hak kita bersama.
Tapi yang lebih merimaskan saya fikir ialah ada para pemimpin di negeri kita ini yang turut serta dalam gelangggang 'mereka' seolah2 (samada mereka sedar atau tidak) mahu membawa 'masalah perpaduan kaum' itu ke mari. "Come on man, what are you doing?" Tidak cukupkah dengan masalah kemiskinan di Sabah yang memalukan (sehingga YB Dr. Mohamad Khir Toyo sendiri pun muatkan artikel khas kemiskinan di Sabah dalam blog beliau)? Di 'sana' mahu berlagak seperti hero pula? 'Lebuhraya' KM ke KB pun tidak siap2 dari dulu. Sepanjang jalan melalui Kinabatangan pun tidak ada stesyen minyak. Projek keretapi di Tenom pun hangat2 tahi ayam. Malaslah senaraikan semuanya.
Semua ini buat saya rimas. Kamu tidak rimaskah? Kenapa para pemimpin kita (samada kerajaan mahupun pembangkang) begitu susah untuk duduk bersama dalam dewan parlimen dan DUN masing2 untuk membincangkan masalah rakyat dan bagaimana untuk menyelesaikannya, daripada sibuk untuk menaikkan nama dan kedudukan sendiri? Sifat manusia yang sukar dipuaskan begitu merosakkan fikiran mereka. Padahal semua itu boleh dikawal. Kenapa mereka sukar untuk mengaku kelemahan diri dan saling tolong-menolong satu sama lain? Egoistik manusia telah membutakan mata hati mereka. Padahal mereka tidak rugi apa2 kalau berlaku jujur, malah akan menerima pahala di bumi dan di akhirat.
Nota: Inilah yang buat saya rimas untuk turut serta dalam kancah politik tanahair.

10 comments:

SANGURU said...

aik, hampir serentak kita post, dan hampir sama nada kita. Bah, sehati sejiwa selangkah kita semua memperjuangkan kebaikan bersama.

Dr. Nellson Maisin said...

Ya, cuma mungkin ada masalah sikit kali ni blogger ni coz saya cuba upload pic dan kasi jarak tu pharagraph tapi tidak dapat. Nanti saya cuba lagi.

Hehe... inilah bah yang merimaskan saya ni bercakap pasal politik. Tapi apa boleh buat, kena cakap juga sekali sekala. Moga2 dapat menyedarkan mereka yang berkenaan.

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Itulah definisi Politik bagi diorang mengkali itu. Ampu sana ampu sini. Pun begitu, di antara mereka yang kuat mengampu itu saya yakin mesti ada yang ikhlas memimpin. Tapi siapa??

Takut2 juga kiranya masyarakat faham politik itu bertujuan semata-mata untuk kedudukan, wang, nama dan populariti. Harap di Sabah akan lahir pemimpin yang betul-betul pemimpin, nda kiralah bangsa apa sekalipun.

Kalau ada dikalangan pembaca adalah dari kalangan pemimpin atau urang kuat pemimpin berkenaan, jangan salah anggap pasal entry2 dalam SAM ni. Niat kami ikhlas untuk menegur setiap kelemahan yang dikira boleh diperbaiki. Bukan sikit2 "Ikut Suka Aku laa".. Pemimpin apa ini!!??

Carl S. Adun said...

Ini leinie politik.Talampau banyak sandiwara & retorik - dalam suasana kegawatan nie, "political movie" di Malaysia nampaknya lebih benyak tertumpu pada isu2/theme yg kwn2 sebutkan itu - sampai terlupa pula mo kasi seriously restore economy kita...

NONG said...

Kesimpulannya,semua ni adalah disebabkan oleh sifat tamak. Kalau tidak tamak, inda baini jadi begini. Mangsanya kita semua rakyat Malaysia..Kalamas dot tulang bo..

Dr. Nellson Maisin said...

Itulah bah saya bilang kangku, bikin rimas...

Little Mike said...

jadi orang politik kalau tidak sabar hati... 'bergoncang' keperibadian.. saya percaya, menjadi orang politik perkara PERTAMA yang diorang nampak ialah JALAN KEMEWAHAN yang terhidang depan mata... mula2 ya, ada kesedaran tanggungjawab. Tapi lama2.. semakin banyak jalan 'berharta' ditempuhi, lain sudah senyuman. Senyuman jenis ini tidak kita nampak, kerana senyuma jenis ini di belakang2 kita.. atau tengah2 malam bila banyak sudah pikiran... lupa denai kampung

KiLaU PoDoS said...

ini lah bah politik Malaysia Boleh Land macam kerajaan Israel, selagi UMNO - BN (Barisan Najis) memerintah selagi itu lah rakyat menanggung derita terutamanya rakyat di pedalaman Sabah, sekarang mula sudah menteri2 dari KL menabur janji2 kosong di negeri Sarawak dan Sabah sbb hanya 2 negeri ini saja harapan untuk menyokong BN, kita tunggu dan lihatlah PRU di Sarawak nanti apakah BN masih memerintah atau Pakatan Rakyat, dengar2 rakyat Dayak dll di Sarawak sdh bersatupadu menentang BN, hidup Pakatan Rakyat!

TOMPINAI said...

Dunia politik adalah dunia yang penuh dengan dusta... Setiap kata yang keluar dari mulut hanya hiasan saja...Selalunya dalam politiklah baru kita kenal baik buruk seseorang. Politik masa kini di negara kita sudah sedikit demi sedikit kembali ke 'real politik'.. kata2 ' saya berkhidmat untuk masyarakat' sudah lapuk dan di ganti dengan ' Saya berkhidmat untuk diri saya dan kroni2 saya...

Dr. Nellson Maisin said...

Kalamas iti ka di o nong...