SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 5, 2009

RUANGAN : SYYY...JAGA BODYY

SECEBIS BICARA UNTUK INSAN BERNAMA WANITA "..JIKA ENGKAU BERDUKACITA, RENUNGKANLAH KE LUBUK HATI DAN KAU AKAN TEMUI BAHAWA ENGKAU SEDANG MENANGISI SESUATU YANG PERNAH ENGKAU SYUKURI.."
..kujie..
Salam hormat untuk semua warga SAM dan juga kepada semua pembaca SAM walau di mana juga berada. Syukur kepada TUHAN kerana masih mengizinkan saya untuk bernafas dan celik di dunia fana penuh misteri namun cukup indah ini.Sudah TERLALU lama saya tidak posting apa2 dalam ruangan khas saya dalam blog SAM ini.Kalau ada penilaian prestasi kan memang GAGAL o..hehe.Namun begitu,saya tidak pernah dan tidak akan lupa komitmen dan tanggungjawab saya sebagai ahli SAM...CHAYO SAM..
Sejauh mana wanita benar2 mencintai tubuh badannya? Adakah cukup sekadar menjaga bentuk tubuh dan menjaga paras rupa agar sentiasa tampil anggun, menawan, cantik, menggoda dan segala yang sewaktu dengannya?
Saya akui sejujurnya bahawa dunia saya terlalu kecil untuk mengenal dunia luar saya dari zaman kanak2, zaman remaja sehinggalah zaman isteri kini. Tetapi syukur kepada kebesaran TUHAN kerana memberi saya peluang melihat ragam kehidupan sebahagian wanita normal di sekeliling saya lewat usia saya ini.
'KISAH INI..
terlalu panjang untuk diucap
terlalu dalam untuk dikupas
terlalu rumit untuk diingat
terlalu indah untuk dibiar tanpa erti'
Justeru mohon pengertian lebih dalam kerana saya sampaikan seringkas yang boleh untuk mengelakkan spekulasi dan gossip..
Begini ceritanya..saya mengenali seorang kawan perempuan yang layak digelar wanita bila mengetahui usianya yang sudah mencecah lewat 42 tahun.Seorang ibu tunggal beranak 1 yang begitu anggun dan mempersona. Saya sendiri terbeliak biji mata (nasib tidak tersembul keluar) bila mengetahui usianya sudah 42 tahun.Seksi jangan cakap aah..matai..matai. Mengalahkan perempuan cantik dan seksi yang jatuh dari tingkat 80 pada entri saya yang lalu tu..hehee
Tapi sayang seribu kali sayang, kecantikan yang dimiliki disalah gunakan(saya tahu pembaca semua faham apa yang saya maksudkan dengan perkataan 'disalah gunakan' ini)
Kenapa? Mengapa? Saya sendiri tidak mengerti. Kalau cakap tiada duit,ada bisnes sendiri.Ada kemahiran yang mendatangkan income setiap hari. Dan sebagai seorang yang jauh lebih matang dalam melayari kehidupan ini di tambah lagi dengan status ibu kepada seorang anak, mengapa tidak menyedari kehidupan ini harus dilayari dengan sebaik dan seinsaf mungkin? sedangkan 'manusia tidak seperti ukiran dibatu, manusia boleh berubah'.
Saya bukan menitip kisah ini untuk mendabik dada atau rasa diri sempurna kerana saya sedar bahawa saya hanya manusia kerdil yang tidak sempurna juga bukan yang baik kerana ada yang lebih baik malah terbaik dari saya.
Kepada semua,saya mohon maaf seribu ampun jika entri saya pada kali ini menyinggung sesetengah pihak.Sesungguhnya saya tidak berniat serong melalui kisah ini sebaliknya mengajak semua untuk menginsafi kisah ini.Jangan bila sudah betul2 tersungkur baru tersedar kerana sesungguhnya tangisan dikemudian hari adalah tidak berguna sekalipun mengalirkan air mata darah.
Hargailah dan sayangilah diri dan tubuh kita sebaik-baiknya..menjaga tubuh bukan sekadar mahu supaya bentuk tubuh kekal solid dan punya paras rupa yang cantik tetapi juga harus disertai dengan pembawaan diri di tengah2 masyarakat dengan baik.
Sedarlah selagi minda waras masih terlekat dikotak fikir.
Salam.

4 comments:

SAYA said...

artikel yang cukup padat walau ringkas..
isi yg diasmpaikan pun mudah difahami.memang sukar kita meramal tingkah seseorang.Pun begitu mari kita sama2 menginsafi diri dan hidup ini agar kita tidak tersasar jauh dari landasan yang sebenar..

Sang Kancil said...

hanya kita yang tahu apa yang bermain dalam fikiran kita, hanya kita saja yang tahu akan bergolakan jiwa kita.

Anonymous said...

setuju dgn sang kancil n saya 2...lain org lain sifat & sikapnya...itu semua dari diri kita sendiri,apa yg ada di dlm fikiran n hati kita,itulah yg akan kita lakukan kn...hehe..apa2pn good story tuk di kongsi semua

SAYA said...

good entri..
mangajak kita untuk insaf.Dunia sekarang ni seakan semakin hilang jaminan untuk keamanan.Jadi berTAUBATlah awal2 sementara masih sempat.