SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, February 6, 2009

RUANGAN :SYYY...JAGA BODYY

Salam semua,
Posting saya kali ini lebih menjurus kepada pasangan suami isteri. Pun begitu,boleh juga dibaca oleh semua peringkat umur
Puisi ini merupakan puisi soal jawab di antara sepasang suami isteri..Mungkin lucu tapi besar maksudnya.Cuba fahami dan hayati.
"Bacalah. bukan untuk menyanggah dan mengeliru;
Pun bukan untuk terus mempercaya dan kemudian tidak ambi endah;
Dan bukan juga untuk semta-mata mencetus perbualan dan wacana;
Sebaliknya untuk menilai dan mempertimbang"
(PUISI DARI SUAMI UNTUK ISTERI)
Isteriku...
Jikalau emgkau bumi,
akulah matahari
aku akan menyinarimu keranan engkau mengharapkan sinaran dariku.
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa,
TUHAN mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga
mengharapkan sinaranku.
Lalu..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku
kerana sudah takdir Illahi sinaranku
diperlukan diplanet lain..
(PUISI JAWAPAN ISTERI KEPADA PUISI SUAMI)
Suamiku..
Andai kau memang mentari,
Sang suria yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu,
kepada planet yang telah Tuhan ciptakan
kerana mereka juga sepertiku
perlukan cahaya
dan..
aku pun juga tidak akan merasa
kekurangan dengan sinaranmu.
AKAN TETAPI!!!!...
Jika kau hanya setangkai lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
janganlah bermimpi untuk menyinari
palnet lain!!!
kerana kamar beradu kita pun
belum sanggup kau terangi.
Lihatlah dirimu pada cermin kaca
disudut kamar kita,
ditengah-tengah remang pancaran cahayamu
yang telah aku mengerti..
Cuba lihat siapa dirimu..
MATAHARI atau lilin?
atau jangan-jangan..
cuma mancis saja!!!
pleaselah....!!!
NOTA: Cari nilai moralnya.

11 comments:

Sang Kancil said...

puisi yg dpt merangsang minda, sgt baik tpi klu ia lahir dari sudut hati,nmpknya anda memandang rendah pada pasangan anda.

Anonymous said...

wow....cukup dalam maknanya...good,teruskan berpuisi kak

NONG said...

Sang Kancil yang bijak...hehe
puisi ini lahir dari laut fikir melalui pengalaman dari pendengaran dan pemerhatian untuk dikongsi bersama.
Jauh sekali memandang rendah pada pasangan atau mana2 pihak yang rasa tercabar kemampuan mereka.
Ambil moral dari puisi ini..

NONG said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

betul itu sang kancil ... puisi ini penuh makna tapi ia lebih kepada cuba merendah-rendahkan pasngannya..tak tahu lah..kesian pasangannya kalau terbaca...

Anonymous said...

Bagi saya, moral ceritanya ialah dalam kehidupan bersuami isteri, kalau mahu tempat beradu terang benderang, pasanglah dua batang lilin dan kalaulah ditakdirkan pasangan itu tidak seberapa dari segi kemewahan, usahakanlah supaya ada dua batang mancis yang boleh dinyalakan.

tidak perlulah hina mancis hanya kerana dia bukan matahari...

yang benar,
mancis serama

NONG said...

Thanks kepada semua yang sudi melempiaskan ulasan di sini..
Ya..setiap orang PASTI punya pengertian dan rumusan tersendiri tentang entry ini.
Saya minta maaf banyak2 jika ada yang terguris jiwa dan tercabar minda dengan entry ini.. tiada maksud untuk merendah-rendahkan mana2 pihak..heheee

Salam hormat.

ILLIE said...

macam mana kalu kekuatan sehingga 100 MW dan sehingga mengalahkan sinaran lampu stadium?

NONG said...

Itungo no pogi dikoo nunu ot korotiyon diti.. hehee

Little Mike said...

Saya mengerti apa maksud sebenar sajak ini... fokusnya lebih besar

konsep 'matahari' dan 'menyinari planet lain'.. saya faham maksud dia... hehe. Terpulang kepada persepsi pembaca. jika santai saja baca puisi ini, pasti dapatan mungkin berbeza... adakalanya kita lebih terfikirkan tentang 'konotasi' yang ada pada mancis... yg jika tidak dimengertikan betul-betul, seolah-olah merendah-rendahkan gender/pasangan...

untuk matahari, mancis atau lampu pelita, atau lilin sekalipun... bercahaya la di rumah anda...

SAYA said...

Hahaahahaaa....
mungkin kebanyakan yang baca ni puisi penuh makna ni tidak baca betul2 ba ni..

Pada pengertian saya kan, c suami mau 'magapid/manapil' ba ni. heheee
Memang ngamlah apa c isteri jawab tu..

Entri yg bagus, gaya bahasa dipergunakan sepenuhnya..