SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 2, 2009

SALAM DARI PERANTAUAN ( Mari Belajar Bahasa Jepun)

Kali ini saya akan ajar mengenai HARI DALAM SEMINGGU (DAYS OF THE WEEK)..iaitu dari hari ISNIN hingga AHAD. CONTOH: Hari ini hari apa= 今日は何曜日ですか。KYOU WA NAN'YOUBI DESU KA? jadi jawapannya ialah: Hari ini....... kamu cuma perlu letakkan mengikut hari tersebut seperti AHAD,ISNIN dan sebagainya. Kalau dalam bahasa jepun ia seperti ini: "............. desu"- letakkan hari sebelum perkataan desu. SUIYOUBI desu ( HARI RABU ). Sila ambil perhatian apa yang saya tulis di bawah: - MONDAY = ISNIN =月曜日 GETSUYOUBI - TUESDAY = SELASA =火曜日 KAYOUBI - WEDNESDAY = RABU =水曜日 SUIYOUBI - THURSDAY = KHAMIS =木曜日 MOKUYOUBI - FRIDAY = JUMAAT= 金曜日KIN'YOUBI - SATURDAY = SABTU =土曜日 DOYOUBI - SUNDAY = AHAD = 日曜日NICHIYOUBI - DAY = HARI =日 HI - TODAY = HARI INI =今日 KYOU - TOMORROW = ESOK =明日 ASHITA -YESTERDAY=KELMARIN=昨日KINOU Sekarang kamu boleh berlatih menyebut hari mengikut kesukaan masing-masing. CONTOH: -HARI INI HARI JUMAAT = 今日は金曜日です KYOU WA KIN'YOUBI DESU. -ESOK HARI SABTU = 明日は土曜日です ASHITA WA DOYOUBI DESU. Subjek akan datang ialah sebutan BULAN(MONTH) dalam bahasa Jepun.

5 comments:

Lt M Muss said...

今日は月曜日です KYOU WA GETSUYOUBI DESU.

Hari ini hari isnin. Ngam ka ini Bro?? Saya pun main copy past saja ini. Bagus betul tau ini pelajaran.Harap dapat diteruskan.TQ shifu..

ILLIE said...

ngam suda tu muss..jangan susah..kalu ada yg berminat..sia tatap berkongsi..sekurang-kurangnya warga SAM dapat pengetahuan serba sedikit bahasa asing..

Cherry said...

aiya inilah kelemahan saya ni tau sensei Illie, saya tidak boleh ingat hari la... napaitu aa? kin paning.. hahaha..

ooo sensei buli ajar ka tu kanji? itu pun saya paling lemah.. hahahah

Carl S. Adun said...

Azam sia mau ikut balajar nie bahasa jipun, Mr. illie keep on posting...

Little Mike said...

mo pi kedai mamak dulu makan sambil belajar cakap jipun.

iiiitadakimaasssuuu!!!... hehe