SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 16, 2009

SALAM DARI PERANTAUAN(SAVE THE BORNEO)

Kelmarin 15hb Feb..seorang kenalan telah mengundang saya untuk sama-sama meraikan harijadi kawan dia.Dalam majlis ini saya terkejut apabila mereka adalah ajk-ajk NPO(Non-profit Organization) yang ketika ini amat aktif dalam aktiviti-aktiviti memelihara alam sekitar.Lebih mengejutkan saya apabila mereka memberi penerangan,kumpulan ini memberi tumpuan untuk memelihara hutan di Sabah.NPO ini amat sedih dengan keadaan hutan di Sabah.Penanaman kelapa sawit yang berleluasa serta penebangan kayu-kayu yang tidak terkawal mengancam hidupan-hidupan liar hutan. Sebagai anak tempatan Sabah,saya amat malu dengan kerakusan individu tertentu sehingga pihak luar boleh nampak dengan jelas.Apa yang menghairankan saya,mengapa tidak ada pihak dari kerajaan yang tampil untuk membawa isu ini.Mengapa pihak luar pula yang bertungkus lumus memelihara hutan di Sabah?apakah orang-orang Sabah tidak mampu untuk menjalankan tugas ini? NPO ini telahpun memulakan projek mereka iaitu penanaman semula hutan yang diterokai.Saya difahamkan sekitar tahun 1970 Sabah diliputi dengan hutan hijau sebanyak 80% tetapi pada tahun 2005 hanya tinggal 60%.Mungkin negeri kita akan kehilangan khazanah alam sekiranya tidak ada pengawalan.Penanaman kelapa sawit adalah contoh,syarikat2 terbabit dengan rakus meneroka kawasan-kawasan bukit tanpa menghiraukan masalah alam sekitar..haiwan2 terlindung turut menerima tempias dengan kerakusan ini. Saya sendiri sebagai wakil penduduk negeri Sabah,telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Borneo Conservation Trust(badan NPO) kerana usaha mereka memberi perlindungan kepada hidupan2 lindungan dan memelihara alam semulajadi negeri Sabah.Mereka tidak sangka ada orang Sabah di Osaka dan paling menggembirakan apabila BCT telah mempelawa saya untuk menganggotai pertubuhan NPO ini.Sudah tentu saya tidak menolak,mungkin dengan cara ini saya boleh berbakti kepada negeri Sabah.Bulan depan 13hb Mac,saya akan menghadiri persidangan BCT sebagai ahli NPO. Semoga usaha murni ini akan berjaya demi negeri kita yang tercinta.Saya sebagai wakil SAM berjanji akan berusaha untuk membantu badan NPO ini dalam apa jua aktiviti mereka di Sabah. sebagai rujukan sila klik link ini http://www.bctj.jp/index.html tapi semua dalam tulisan Jepun ..hehehe .

11 comments:

JMimie Mabin said...

Tahniah Illie! seluruh warga Kota Marudu/SAM khasnya dan Sabah amnya sangat berbangga kerana mempunyai wakil anak tempatan yg menjadi ahli NPO di negara maju spt Jepun. Semangat dan niat murni seumpama ini utk memelihara hutan/flora & fauna negeri kita yg tercinta patut dicontohi oleh semua warga desa dan kota..pendek kata seluruh dunia patut sukung! SAVE THE BORNEO!

Umar al-Longobi said...

tahniah bro!

teruskan... save borneo! save earth!

SANGURU said...

bagus. NPO/NGO biasanya lebih telus, tulus dan mulus.

ming2elly said...

illie, ada ka badan NGO yang kasi save ni ikan hidupan ni ah? ko tulung2 gia sya tinguk2 kalau ada... thanks!

ison said...

Teruskan usaha murni ini. Jangan risau Illie, SAM sentiasa di belakangmu.

ILLIE said...

ming..sia inda tau samada ada pertubuhan NGO yang melakukan aktiviti memelihara ikan..tapi sia rasa usaha NPO Osaka untuk memelihara hutan di Sabah mungkin boleh menyelamatkan ikan2..

Anonymous said...

Hi perantau,FYI as far as I am concern, in less than 10 years from now, there will be lodging activities around Tandek, Kota Marudu. The area has been left around 20 to 30 years ago and when I went there last year, lodge are still small. A company have sent few mens to tell villagers to scale only 20 acres per each family. Other than that this company said it is belong to them. It is so weird that no black and white given, I was confirm that directors and profit holders of this company are politicians.

Little Mike said...

illie,

we're proud of you... SAVE THE BORNEO

ILLIE said...

Hi, Anonymous..Thank you very much for taking your time for sharing that information!It is very much appreciated.I think this is very serious problem but who can stop this illegal activity?We will face difficult situation to solve this problem since the directors of the company is politicians.YA.. CORRUPT POLITICIANS CAN DO ANYTHING BECAUSE THERE IS NOBODY STOPPING THEM!!

I wonder why this stupid politicians choose to do what they do.Maybe logging because they can't find work anywhere else and need money for their family...maybe they don't care about trees..maybe nobody has ever told them why it is important to preserve these beautiful trees.Whatever the reason,trees in the Tandek,Kota Marudu rainforest are disappearing rapidly and in the next fifty years our people MULI KAMPIS BARAIT.

What should we do.. just send me email and give me the full detail about the company and who is the crazy politicians..i will report to BORNEO CONSERVATION TRUST.

My email: logot.logoton@gmail.com

Thanks!!

ison said...

What the heck this poor lodging company and stupid politicians! Maybe they were aliens from mars who don't need oxygen. Kalamas yaalo dino.

Little Mike said...

this is absolutely crazy!! We have to do something to protect our land. KICK 'EM OUT!!