SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 2, 2009

SECAWAN KOPI...

"SULAP PIANDAMAN..." (Teratak Tempat Mengimbau Kenangan) Oleh: Tekong SAM
Tadi petang saya bertandang ke "SULAP PIANDAMAN" milik sahabat saya/kita sdr. Charles Kuminding di Kg. Damai, Tandek, Kota Marudu. Sulap beliau ini direkabentuk khusus untuk mengingati nostalgia rumah tradisi bangsa Kimaragang (dan rungus). Mungkin kerana menghargai seorang sahabat (dan pejuang kecil?), sayalah kononnya yang dijemput merasmi sulap ini pada tarikh 26/1/2009. Dan saya jugalah yang memberi nama sulap tersebut selepas bertukar-tukar pendapat semalam.
Ops...bukan SECAWAN KOPI! Dua cawan kopi juga habis tadi petang. Saya amat kagum dan menghargai komitmen beliau membina sulap tersebut disamping mempamerkan alatan-alatan tradisional suku kaum momogun/dusun. Berada di dalam sulap tersebut boleh merangsang minda untuk mengimbau kenangan masa silam; mengingati kehidupan nenek moyang; merasai suasana "dulu-duluuuu..." sambil menginsafi diri yang kononny sudah "kaya" dan "maju". Pendek kata - "siuk tempat melepakkk..."
Kepada para pembaca, jemputlah ke SULAP PIANDAMAN, kerana inilah jua jemputan daripada yang empunya sulap. Kita boleh sembang panjang di sana sambil "miondom" (ingat-menginngati sejarah dan kenangan silam). Cuma...di sulap itu, tidak pula disediakan "singarung" (tuak/tapai/lihing/kinomol / sagantang/bahar, dll) kerana saya ada cakap pada sdr. Charles..."eloklah kita lupakan kenangan yang tidak terlalu penting untuk terus diamalkan..."
MEMADAILAH SECAWAN DUA KOPI SEBAGAI TEMAN PERBICARAAN...

10 comments:

ILLIE said...

sia pikir 1 projek yang bagus..sekurang-kurangnya ada diantara kita yang masih berjuang demi martabat bangsa kimaragang..

kalau boleh..kasi sedia alat2 tagung,salasak,kulintangan,etc..jadi setiap kali ada pengunjung..turus momiagung..

Umar al-Longobi said...

tahniah kpd sdr charles. selamat mangarasmi utk sanguru. sampaikan salam kami sidang redaksi SAM. bila bercakap ttg budaya ini, tiba2 saya teringat sunan kalijaga (among the wali songo). kebijaksanaan dan ketelitiannya memintal budaya masyarakat di tanah jawa masa itu cukup hebat. berhikmah dan akhirnya boleh diterima oleh semua tanpa memupuskan budaya itu. cuma, slightly modified by sunan kalijaga.

Little Mike said...

menyimpan hasrat untuk melawat ke sana nanti jika berpeluang...

Tahniah kepada charles& co atas keprihatinan...

Tekong, boleh jemput ka charles dan kee sebagai penulis kolum khas mengenai budaya dan sejarah kimaragang tempatan atau menulis apa2 yg berkaitan dengan kepakaran mereka dengan sejarah tempatan...

SANGURU said...

lm, dah lama d jemput tp blum ada talian bilangnya. Baru usaha broadband. Sy cadang kita buat ramah mesra marudu bloggers d sulap itu la. Special ni tempat sb ada laman luas dan ada tempat masak2. Mongogisak no problem bah lie.

SANGURU said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Rindu mengimbau kehidupan di dulu-dulu. Mesti best tu. Bangga dan kagum dengan adanya sahabat seperti Charles (Prof, hehehe) yang membuat inisiatif mengabadikan secara realiti kehidupan dan budaya warisan kita. Jom kita melawat disana.

ILLIE said...

ok tekong..oleh sabap ada sulap piandaman..sia cadangkan kita berkumpul sana pada bulan 10..

SANGURU said...

ok. Lulus. Sdr carl kata lulus. Kita kumpul di sana. Try nyanyi lagu ebit. Hehehe

Little Mike said...

sya mo nyanyi satu lagu ebiet sebagai pembuka kata dari saya... hehe

AragangTandik said...

Wah best ni, nanti saya cari-cari dalam koleksi keluarga apa benda/gambar lama yang boleh disimpan disana.