SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 5, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM

Kelmarin saya cuti khas untuk menjelajah beberapa daerah untuk menemui ketua-ketua NGO Sabah, jadi memang puas minum kopi. Mungkin lebih sepuluh cawan...setiap cawan ada banyak cerita, jadi secara matematikalnya, sepuluh cawan? - ada bannnyaakkkkk cerita. Bukan SULIT cuma TERHAD, jadi tidak ngamlah dipaparkan di dalam SAM. Apapun ianya benda baik untuk manusia dan negara.

Di beberapa lokasi yang ada "WLAN" (talian wireless free, sempat juga saya jengok SAM melalui Nokia E71 saya. Saya nampak header sudah berubah tambah mantap. Tadi, bila saya masuk "ofis" SAM dan periksa ruang chating, banyak betul cerita bagus, petanda SAM semakin membesar dan berkembang. SAM sekarang umpama bayi yang sudah mulai boleh berjalan! Cepat sangat? Ya. Tak mustahil lepas ini boleh berlari...mula-mula perlahan lepas itu laju dan memecut lajuuuu...

Hmm, inilah berkat komitmen, iltizam dan didikasi semua staf SAM. Inilah berkat sepakat. Inilah kunci kecemerlangan SAM. Kepada semua sidang redaksi SAM, teruskan menulis, kita mantapkan ruangan masing-masing. Kepada semua pembaca, terima kasih atas sokongan dan komitmen anda sebagai pembaca tetap. Kepada blogger KM yang baru "follow" , saya belum ada masa untuk menerokai blog sdr/i. Akan saya terokai dan akan ada yang menerima jemputan menjadi penulis tetap SAM. Kepada para politikus...jangan ikut rasmi tikus membaiki labu...CINTAILAH RAKYAT...

2 comments:

Umar al-Longobi said...

tahniah sanguru! NGO merupakan satu wadah yg amat baik utk berkhidmat kpd rakyat. sy juga pernah berjuang dlm NGO. tapi, sebagai kulilah, hehehe. sy puas kerana, melalui badan itu sy berjaya membangkitkan org2 kg yg miskin di keningau agar bangun segera dr kemiskinan melalui perniagaan. NGO yg sy maksudkan adl Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). syabas AIM! engkau dekat di jiwa org2 marhaen...

SANGURU said...

sy ni nama saja ketua tapi mcm "kuli" juga. hehehe...ya, perjuangan ikhlas - membahagiakan.