SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, February 8, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
Tadi petang saya menziarahi sahabat saya sdr Charles di Sulap Piandaman. Selepas habis minum susu kacang yang saya bawa, kami minum kopi panas "3 in 1". Terlampau panas sampai tidak boleh diminum. Terpaksa tunggu jadi suam. Terus saya dapat ilham: JANGAN LAMPAU PANAS, YANG SEDAP JADI TAK SEDAP...yang suam-suam itulah yang paling bagus. Lampau sejuk pun tak bagus untuk kesihatan. Ada orang pantang minum lampau sejuk/ais.
Cerita punya cerita, sampailah bab politik. Tersebutlah pasal lompat melompat macam katak. Saya bilang, katak kalau tak melompat-lompat akan mati katak kerana katak memang sifatnnya melompat-lompat. Simple saja : kalau tidak mahu ada yang melompat-lompat, jangan pilih katak, pilihlah sang kancil ka atau apa ka....tapi jangan terpilih ular atau buaya. Lagi naya.
Kemudian kami cerita tentang kisah dulu-dulu. Tentang tanam padi, tumbuk padi, masak nasi pakai kayu api, makan nasi campur ubi, belajar pakai "babang" dan sebagainya. Cerita punya cerita tidak sedar sudah gelap, terpaksa nyalakan pelita. Dah lama saya syorkan sahbat saya sediakan "babang" tapi kata beliau; "babang bahaya, nanti budak-budak main minyak, terbakar!". - ya, jangan main API...nanti membakar DIRI dan ORANG LAIN.
Panjang cerita kami, tapi saya suka menulis pendek-pendek saja. Bukan tidak pandai, tapi saya lebih suka kalau pembaca yang berfikir sendiri untuk "memanjangkan" cerita. FIKIRKAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI, KELUARGA, BANGSA, AGAMA DAN NEGARA...

Salam sayang dari saya. Dan...FIKIRKAN tulisan ringkas ini...

5 comments:

Umar al-Longobi said...

katak? memang betul, kalau eja terbalikpun bunyinya tetap `katak`. tapi, apabila sebut perkataan katak.. memang bunyinya kurang digemari dek rupanya yg hodoh dan menggelikan. lain pula bagi sesetengah org. bagi mereka, katak umpama seorang sumandak yg rupawan sesuai dengan nama glamournya cik Effarogy (F-R-O-G) @ Effa. ha ha ha! org skrg ini bijak2 belaka. bila mana mereka tidak perlukan katak itu, mereka akan gambarkan kehodohannya. tapi, apb mereka perlukan katak... mereka akan terbayang wajah cik Effa. aduh... katak oh katak, kenapa engkau panggil hujan? sampai di perak sudah hampir ditenggelami banjir...

Nazri Aldusuni said...

katak ada juga yg baik ooooo buli d makan kasi rabus hahah dulu2 sya ikut bapa sia cari katak Saai d sawa padi n spnjang sungai togomongis. pakai babang n papasut .... tapi katak tsbt suda pupus ... yg katak lompat2 ini katak inda bagus d makan .... bikin mati kalau d makan. pasal silap2 kta yg d makan ( renung2 tenung2 ... )

Little Mike said...

jangan bermain api.. nanti membakar diri.. itu kata orang tua-tua yang bijak...

1 orang main api, habis rumah rakyat terbakar nanti lagi susah... hehe

SANGURU said...

ongg...ongggg...ongggg...bunyi itu katak owo.

KiLaU PoDoS said...

bkn pasal soal katak bah tu tapi RM!, dalam dunia ini siapa yang tidak mau DUITTTTTTTTTTTTTT!, kamu fikir Datuk Pairin tiada kena BOMB RM kah semasa BN merampas kuasa semasa pemerintahan PBS tempoh hari? fikir2lah saudara TUSIN bah itu Haro TUSIN apa pun boleh buat! -:)