SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, February 12, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
Baru sebentar tadi pihak pentadbiran sekolah (SMK Tandek) bermesyuarat dengan AJK PIBG. Sesudah mesyuarat adalah makan minum sikit. Minum kopi. Antara yang mustahak untuk diketahui pembaca ialah kesukaran anak-anak kita mendapatkan pendidikan akibat kemiskinan dan faktor geografi. Tahun demi tahun, SMK Tandek menerima ratusan orang pelajar dari kawasan perbukitan. Kumpulan pelajar ini sangat memerlukan kemudahan asrama dan bantuan kewangan. Apa yang menyedihkan pihak kami, khususnya saya yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mengurus hal ehwal pelajar ialah - limitasi kemudahan asrama. Dengan kapasiti yang terhad, kami berhadapan dengan permintaan yang agak tidak terhad bahkan semakin meningkat. Saya terpaksa memperkenalkan sistem quorta untuk setiap kampung di perbukitan, sehinggakan ada pelajar yang tidak dapat tinggal di asrama. Memang menyedihkan, tapi apa daya.
Sehubungan dengan itu, dalam mesyuarat tadi saya ada mengusulkan kepada ahli PIBG khususnya yang ada "kapasiti" dalam parti-parti politik BN agar mengemukakan isu dan permasalahan ini kepada pihak yang berkenaan. Kemudahan asrama perlulah ditambah dan pada masa yang sama pembinaan sekolah menengah juga harus disegerakan. Pembinaan SMK Tandek II dan SMK Bandau seharusnya menjadi keutamaan. Inilah yang rakyat N5 Tandek mesti minta, kerana inilah jantung masa depan orang-orang Tandek. Dan inilah yang seharusnya menjadi keutamaan oleh para pemimpin kita. Tidak boleh dinafikan bahawa PENDIDIKAN adalah HARAPAN warga pribumi. Kalau bukan kerana PENDIDIKAN, saya pasti semua sidang redaksi SAM tidak akan menjadi seperti sekarang ini...

23 comments:

Dr. Nellson Maisin said...

Kami merupakan batch pertama yang rasmi tu bangunan SMK Tandek sekarang. Masa tu ramai juga yang mau masuk asrama termasuk saya, tapi tidak dapat kerana masalah tiada air.

Sekarang asrama tu tidak mencukupi sudah untuk pelajar2 yang memerlukan. Sampaikan ada pelajar yang berhenti sekolah. Saya tau tu, ramai yang begitu saana di Samparita.

Tak tahulah samada 'mereka' memang tidak dapat buat apa2; bukan sahaja masalah asrama tapi juga masalah sekolah yang macam acuh tak acuh saya untuk dibina di kawasan KM, khususnya Tandek, atau mungkin 'mereka' sengaja supaya pendidikan warga KM tidak akan ke mana. Takut 'otoliban' (kita lebih pandai dari 'mereka').

Siapakah 'mereka2' itu?

Fuh! Ini yang membuatkan saya tambah rimas ni!

ILLIE said...

'mereka' haruslah memandang serius perkara ini..mustahil 'mereka' tidak tahu masalah yang berlaku di SMK Tandek..'mereka' ada kelebihan daripada kita..sia butul2 simpati dengan nasib pelajar kawasan perbukitan..kalaulah sekarang ini kita hidup zaman 70-80an..mangkali bulih dipertimbangkan...tetapi kita sekarang hidup dalam zaman millenium!! apakah 'mereka' tidak punya idea untuk mencari jalan penyelasaian?

tekong..kalau perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan segera..sia sedia menyediakan tempat tinggal pada murid2 dari kawasan perbukitan..mereka boleh tinggal di rumah peninggalan bapa sia di Tingkalanon...rumah itu tidak ada yang tinggal kecuali sia balik kg..itu pun setahun sekali....sebagai pemilik,sia dengan ikhlas mengizinkan rumah kosong itu digunakan sebagai tempat tinggal mereka..demi masa depan pelajar2 berkenaan..buatlah tindakan segera..

sia pun butul2 "rimas" bila membaca entri ini..

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Respect la dengan semangat Bro Illie. Dan memang semangat ini yang patut ada terutama dikalangan pemimpin orang2 tempatan. Siapa tidak bangga kalau urang tempat sendiri berjaya. Mungkin urang yang penting diri sendiri saja kali itu yang begitu.

Lt M Muss (PSSTUDM) said...

Respect la dengan semangat Bro Illie. Dan memang semangat ini yang patut ada terutama dikalangan pemimpin orang2 tempatan. Siapa tidak bangga kalau urang tempat sendiri berjaya. Mungkin urang yang penting diri sendiri saja kali itu yang begitu.

Carl S. Adun said...

Betul Sanguru,
Pendidikan merupakan "catalyst" yg sudah terbukti telah membantu merubah taraf hidup urang-urang kita; & pada masa yg sma 'expediting' kita punya 'social mobility'.

Dr. Nellson,
Pandangan Dr rasanya ada kebenaran...

Dr. Nellson Maisin said...

Ades... Kalau sayalah itu YBkah PKRkah atau siapa sajakah yang 'berperanan', turus saya teduduk oh baca ni komen2 kitaurang sini. Saya puji betullah kau Illie. Kalau ada 5 org lagi yang ada rumah macam kau dan sedia 'berkhidmat', saya ingat salasailah bah itu masalah samantara waktu.

Atau PIBG berusaha mencari dana untuk bina bangunan asrama sementarakah, atau ada orang2 berkemampuan yang tinggal dakat2 sana kasi tumpang itu budak2kah, atau macam mana sajakah caranya. Yang penting budak2 kita dapat sekolah.

Nota: Masam saya mau manangis pula ingat tu budak2 kita yang indada sikulah tau...

Little Mike said...

susah sangat ka 'mereka' yg berkenaan menjalankan kerja2 membangunkan anak bangsa... kenapa tidak digunakan bekas tapak lama pekan tandek terbakar itu.. sebahagin daripada peruntukan 400k boleh bina sebuah asrama.. Bhgian pendidikan pun adaa salurkan bantuan. papan pun papan la. kayu kaa.. biar pun beratap rumbia.. (sebagai permulaan-nanti kemudian rukut-rukut kasi baik. Kalau bahasa saya ni rukut2 pun org politik tidak tau buat, tidak tau la) bambu kaa janji kasi turun semua budak sekolah di kawasan pedalaman.. KASI SEKOLAH DIORANG!!!!...

diorg punya perasaan ('pihak berkenaan-orang politik senang cakap') mcm rumput tinggi berserabut menyemak di kawasan tapak pekan tandek lama terbiar... kalau tidak pandai fikir, semak saja la tu tempat.. memanjang seeemak!!... - Dr.. mangkali takut orang kita pintar...

sudah tau ada kekangan budak sekolah di pelusuk pedalaman ada masalah menyekolahkan mereka kerana masalah penempatan, semak dibiarkan merimbun tanah kosong..

adedede... tiba2 geram pula hati ni...

ini pun tidak ka org politik dapat fikir? kalau perkara BASIC pun dorang tdak tau kerjakan akal, apa lagi hal2 besar bersangkut paut masa depan rakyat....

JMimie Mabin said...

sama spt komen kawan2 di atas.. macam2 rasa hati yg dtg menerpa bila mbaca entry ini.. rimas + geram + marah dan huh.. kalamas bilang c nong! bukan kpd penulisnya tetapi kpd 'mereka2' yg lambat btindak utk mengatasi masalah asrama/tempat tinggal pelajar2 dari perbukitan. bayangkan saja kalau pelajar2 dari kg. samparita atau bombong 1 & 2 tpaksa bjalan kaki ke SMK Tandek.. ai naa..pergi-balik suda brpa jam? lama lagi berada di atas jalanraya daripda berada di sekolah. mana lagi masa mau ulangkaji pljrn, mau tolong ibu bapa, mau rehat..last2 tpaksa bhenti sekolah! amat menyedihkan!

mana bah 'diorang2' yg bertanggungjawab ni? 'mialung-alung' btindak.. atau mungkin 'diorang' terlampau byk tingu aksi movie yg 'slow-motion' bah ni sampai lupa apa makna bertindak cepat, tangkas dan efisien???

SANGURU said...

ok, illie, nanti kita atur rumahmu jadi "hostel". Rumah bapa saya pun selalu kosong sebab bapa saya (sedang sakit) berada di rumah saya. Saya larang bapa saya tinggal sorang2 di rumah itu.

SANGURU said...

mmg kasihan, ramai adik2 kita kandas kerana faktor miskin dan tiada tempat tinggal. Banyak kes daftar lewat saya terima. Banyak kes lebih umur/cicir saya terima. Bayangkan, ada kes paling lucu(?), umur masuk 18th, sekolah tertinggi darjah 6, mau sekolah balik! Atur punya atur...dapat diatur masuk terus tingkatan 4. alalala...

SANGURU said...
This comment has been removed by the author.
ILLIE said...

atur sija sanguru... mungkin dengan cara ini 'mereka' terbangun dari tidur panjang..tapi kalau 'mereka' masih dibuai mimpi indah..susah laitu...kalau rancangan ini berjaya..jangan lupa kasi tau..ini adalah usaha SAM untuk membantu pelajar2 ini..

mungkin sanguru boleh berhubung dengan abang saya Jaywan sabap dia mengajar di samparita tu dan takawin urang sana..mungkin dia boleh membantu memberi penerangan pada keluarga2 pelajar..

hubungi sia kalau sanguru suda bersedia untuk bertindak...sia akan menghantar surat rasmi sebagai tanda kebenaran dari pemilik rumah.

malay-machista said...

salam hormat,
saudara, barangkali harus diambil satu pendekatan yang berbeza, sekadar untuk mencuit pihak berwajib agar bersegera menyelesaikan masalah yang dihadapi. mungkin boleh juga saya panggil anjakan paradigma. mengambil contoh sekolah2 jenis kebangsaan Cina, mereka biasanya mengaturkan satu kempen kutipan dana untuk menambah bangunan dan sebagainya. apabila kempen bermula, biasanya pihak berwajib akan mula memberikan respons yang positif, maka mudah seterusnya untuk kita mendapat perhatian dari mereka. lagi baik kalau publisitinya luas.... ruang ini sangat terbatas untuk saya bincangkan lebih lanjut. maybe di ruang lain. terima kasih

Little Mike said...

malay-machista..

saya bersetuju dengan saudara. Memulakan alternatif yang boleh mencuit perhatian pihak berwajib. Seperti saudara kata mengumpul dana. Selain daripada itu boleh mengambil langkah mendirikan asrama sekalipun berdindingkan bambu, beratap nipah.. usaha ini pasti dapat 'membangunkan' kerjasama. Pihak berwajib pasti mengambil langkah proaktif, jika tidak, akan dikecam...

Abu Ainulyasin said...

tahniah atas pemdedahan!

1. sy copy & paste komen2 di atas.

2. bukan niat memuji tempat lain, tapi sekolah rendah orang asli di pedalaman Kelantan hampir sama cantik/lengkap dgn SMK Tandek. itu belum cakap sekolah menengah lagi.

bagi sy, asasnya adalah pemimpin dan pendesak (terutama yg diberikan ammanah menjaga kebajikan rakyat). kalau sylah, kalau sy... tidak salah kita mengadakan demonstrasi aman berpermit. sudah sampai masanya, pddk marudu mengubah paradigma. sensitiflah, jaga hati si anulah dan bermacam2 lagilah. sampai bila? kita mesti agresif sikit. tidak salah kan? ikut law maaa..

SANGURU said...

adehhhh....nda la bah pula sampai demonstrasi sebab pendekatan berhemah belum habis digunakan oleh orang2 marudu. silap orang kita juga sebelum ini,, dan KITALAH yang perlu menyedarkan semua pihak dengan cara berhemah. "...jangan tampar sebelum cubit, jangan cubit sebelum sindir, jangan sindir sebelum minta, jangan minta yang bukan keutamaan!"...

Dr. Nellson Maisin said...

Ya, saya fikir tidaklah kita perlu sampai begitu (buat demonstrasi). Masih ada banyak perkara lain yang boleh kita usahakan untuk memperbaiki keadaan. Tak perlu ikut macam orang lain. Kita ada cara yang lebih baik.

Kita di KM ni memang terkenal dengan sikap toleransi sesama kita. Walau banyak perbezaan fahaman dan pendapat. Bermacam kaum dan agama. Walau banyak rintangan, kita masih hidup aman damai. Saya fikir itulah kelebihan dan kebanggaan kita.

Nota: Kita bukan tidak aggresif, tetapi kita buat pendekatan yang lebih bijak. Kita bukan mahu menjatuhkan sesiapa. Kita cuma mahu 'mereka' buat apa yang perlu dibuat supaya akhirnya semua mendapat manfaat.

Anonymous said...

butul itu. aku sokong. kita ada cara yang lebih baik. toleransi,aman damai dan bijak. disababkan kobijakan kita, KM kakal sabagai yang termusikin di malaysiya. bagus. kitaorang baru mau minta, bukan sija kana sindir malahan `ditampar` oleh label `termiskin`. itulah bijak namanya. itu pomimpin bijak, kitorang pun bijak, heee. butul kata CM musa aman lapas manang pru12. dia sakap, rakyat sabah bijaaaaaaaaaaaaaaak!

~pakcik lotong~

Dr. Nellson Maisin said...

Aik! Makin panas ini serita ni. ;)

Baguslah. Itu tandanya kita 'concern' dengan nasib kita sendiri. Terima kasih kerana turut memberikan pendapat yang berguna untuk mendidik pemikiran orang2 kita.

Semoga dengan ulasan2 kita di sini, 'mereka' yang berperanan akan dapat mengambil langkah bijak ke arah kemajuan rakyat dan daerah KM.

KiLaU PoDoS said...

bah apa itu 2 ekor YB mau buat? Tandek dari zaman BERJAYA lagi mengalami masalah air sampailah sekarang, konon rakyat Malaysia sdh sampai ke angkasa!, berapa ratus juta itu dihabiskan?, kalau RM itu digunakan untuk buat paip dan jalanraya di seluruh kawasan Tandek alangkah gembiranya mereka yang selama ini taksub dan menyokong tidak berbelah bagi kepada BN - Barisan Najis!, patutlah sekarang yb. datuk dr. maximus dapat beli rumah dengan kos RM15 juta puyooooooooohhhhhhhh kalah lagi itu rumah si Angku @ Thien Guan -:)

Anonymous said...

Jelas yang kita hanya di beri ala kadar saja. Kalau semasa PRU, di laungkan usaha untuk memberi peluang pendidikan kepada setiap lapisan masyarakat, segala prasarana akan diwujudkan dan 1001 macam lagi janji tetapi janji tetap janji. Sekolah bandar tambah cantik,sekolah luar bandar terus terpinggir. Kita harap YB yang kita pilih untuk membantu tetapi jawapan sekadar pemanis...Ya,kita akan usahakan. Rasanya tidak menjadi satu masalah kepada YB untuk melihat permasalahan ini. Apa yang ingin kita lihat adalah tindakan pantas dan bukannya sekadar janji. Sebenarnya keadaan kita masih lagi seperti di zaman penjajah dulu. Kerajaan penjajah british dahulu pun memberi pendidikan ala kadar saja. Ia itu mengubah sedikit saja taraf pendidikan, sekadar boleh jadi kerani. Sebabnya, Pihak penjajah british tidak mahu ada anak tempatan yang lebih berpendidikan dari mereka. Cerita sama cuma dalam zaman yang berbeza..

Keikhlasan saudara Illie dan Sanguru menjadikan tempat mereka sebagai penempatan sementera amat mengharukan.. Dimana sudah para pemimpin yang sering ke hulu ke hilir dulu semasa PRU? Jangan hanya PRU akan datang baru muncul...Selagi luka itu belum bernanah, cepat-cepatlah ubat takut nanti ia tidak boleh di ubat lagi terpaksa potong..betulkah DOK...

Dr. Nellson Maisin said...

Ya, anonymous. Kalau sudah 'napasa' buat apa lagi simpan. Lebih baik 'putung' saja. Tapi mau 'putung' pun mesti orang yang tepat dengan cara yang tepat juga.

Okoni ko songko puputung i. Milom po tu, waro mongorugi. Om amui milo dot ponuri gata ot momutung (okon ko puku gata po gima). Subai ko dokutur i om ngam nogi 'mangaraja' dino. Hehe...

SANGURU said...

inilah bah bagusnya blog ini, dapat kenalan baru, dapat kongsi2 cerita dan belajar dari rakan2. Bah, asal nampak susah, cuba tolong, kalau kita2 yg ok2 sikit ini berpegang pada prinsip ini, pasti ada perubahan sikit orang kita...