SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, February 17, 2009

SECAWAN KOPI...

"ORANG KAYA DERMAWAN..." Oleh: Sanguru/Tekong SAM
Malam semalam, saya dan seorang kawan minum-minum kopi di Restoran Khamsiah, Pekan Goshen. Bagus tempat ini kerana dapat akses "WLAN" jadi sambil borak sambil tengok internet melalui handphone....uiiinaaa, syokkkk...
Sahabat saya ini mulia cita-citanya. Impiannya mahu jadi orang kaya yang dermawan. Orang kaya yang suka mengembara sana-sini dan bantu orang miskin tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik. Uiiinaaaa....saya ikut teruja kerana pernah juga saya terfikir begitu, bahkan SELALU sebenarnya.
Hmm...tapi Tuhan itu MAHA MENGETAHUI lagi MAHA MENGASIHI, ada orang "ditakdirkan" miskin sebab kalau jadi orang kaya, alamat mati orang miskin dizaliminya. Temberang sana-sini, "makan" itu ini. Demikian juga, ada yang "ditakdirkan" jadi pengikut saja sebab kalau jadi ketua, barangkali tidak mampu ia memimpin atau akan merosakkan organisasi. Demikian juga Kota Marudu jadi macam "begini", pun tentu ada hikmahnya. Jika tidak "begini" brangkali permata-permata bangsa (saya guna istilah sdr. Umar al-longobi) tidak muncul atau tidak digali.
Demikianlah hidup dan kehidupan. Banyak perkara perlu DIRENUNGI. Semua ini - UNTUK KITA RENUNGKAN ...

4 comments:

Umar al-Longobi said...

uiiinaaa... sadap tau kupi kita hari ni. betul sanguru, sy setuju. adalah baitu tujuan si Pencipta buat itu dan ini. jangan sangka yg baik itu baik krn mungkin di dlmnya ada keburukan. dan, jangan sangka yg buruk itu buruk krn mungkin di dlmnya ada kebaikan.

Nota: kalau sanguru ada 2 hpon, bagi bah sia satu, hehe!

Little Mike said...

setuju dengan sanguru.

apa sahaja daripada segala sesuatu pasti ada hikmahnya... ada rahsia yang perlu digali dan diterjemah...

singamaraja said...

Al Hamdulillah !
harap anak Marudu pinter-pinter ya

SANGURU said...

sdr. umar, hp sy 1 tp blh akses internet. LM, gali terusss...
Ninja, ops, singamaraja...harap2 begitulah hendaknya.
PINTER DAN GANTENGGG, gituuuu...