SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 23, 2009

SECAWAN KOPI....

Oleh: Tekong SAM
"MENCARI SEN SU..."
Tadi malam (sekarang sudah 01:23 am/23.2.09), saya sempat minum kopi di pekan Goshen dengan sahabat baik. Bual punya bual tak sedar mencecah 3 cawan juga tiap sorang. Dr. Nelson mungkin akan menasihatkan: kurangkan budaya minum manis-manis...nanti kena "kencing manis". Susah bah doktor, kalau mau lama-lama di kedai kopi (kerana banyak cerita) kenalah berteman kopi, jika tidak, pemilik restoran akan "jeling-jeling" minta erti...
Topik perbualan kami pelbagai. Yang penting ialah - hala tuju politik Sabah. Sahabat saya risau dengan kebobrokan masakini dan harapan rakyat khususnya golongan muda yang inginkan perubahan positif. Saya ada beberapa idea tentang "dilemma" beliau tetapi tidak boleh dipaparkan di sini.
....(saya terhenti menulis sekejap kerana melihat dokumentri tentang "khufu" (Firuan yang membina piramid agung...). Saya tertarik dengan tulisan pada terowong dalam piramid itu. Tercatit "sen su" iaitu "rakan". (Menurut pendapat penyelidik, pekerja binaan piramid dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Maksudnya, terdapat grup-grup (sen su) dalam membina piramid itu). Saya mendapat idea! kemudian saya segera menyambung artikel ini...
Berbalik kepada cerita kedai kopi tadi, seorang insan biasa bernama "malAKUt" sedang mencari dan mengenalpasti "sen su" (di seluruh ini negeri)...pastinya "sen su" yang tidak mengejar "sen" (wang ringgit), sebaliknya - rakan yang mempunyai "su" yakni "suluh" (bukan "susuk dan bukan orang "sumbung"). Suluh terbaik adalah ilmu, keperibadian/akhlak/iman/takwa, kebijaksanaan dan wawasan. Inilah yang boleh menyuluh JALAN KE HADAPAN sebuah bangsa....

3 comments:

Little Mike said...

semoga pencarian itu akhirnya dapat menamatkan kerisauan yang kita kongsikan di bumi sendiri bersama dengan anak-anak sabahan yg lain....

ison said...

Balik2 order air kosong saja bah tikung. rm0.30 juga tu satu galas kan. hehe...

Ilmu. ya, itu yang terpenting untuk menajdi permulaan dan penuntun segala sesuatu. ;)

Umar al-Longobi said...

setuju! ilmu itu asasnya. utk melahirkan generasi yg berilmu, perlu dicipta budaya menuntut ilmu itu. `budaya` ini perlu diwujud dan diperkasakan. salah satu cara mengukur ketinggian budaya menuntut ilmu di sesuatu tempat adalah dgn melihat sambutan masyarakat terhadap sekolah, perpustakaan dan kedai2 buku yg ada ditempat itu. kalau perpustakaan dijadikan tempat `dating secara halal`, maksudnya kita perlu bekerja keras lagi, hehe!