SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, February 28, 2009

TAMU KM : Apa yang ada???????

Nenas tempatan....manis Si Inan sedang mengupas untuk mendapatkan umbut Buah Tarap...pasti menyelerakan Raja segala buah, Buah Durian..... Si Kecil dengan jualannya

8 comments:

ILLIE said...

Alangkah lebih bagus kalu dibuat 1 bangunan khas untuk para peniaga..supaya kelihatan lebih teratur..contohnya buat tempat khas bagi mereka yang jual sayur2an..buah2an..kain..barang kraftangan..binatang2 hidup..sia rasa zaman sekarang tidak perlu ada lagi peniaga yg jual di siring jalan..kalu hujan sudah tentu mereka tidak dapat berjualan.

Tidak kah YB2 kesihan melihat para peniaga kampung ini? Atau YB2 tidak pernah pergi tamu?

Tolonglah YB-YB..SAM merayu agar para peniaga2 tamu ini dibela nasip mereka.

TOMPINAI said...

sdr. illie,

Mgkin sdr bole posting gambar yang dapat membezakan suasana gerai2 di jepun dan di km. Rasanya ada jugakan tempat2 jual sayur.

Kita harap YB kita dapat berbuat sesuatu. Kalau berjual tepi jalan ni..macam tidak sesuai sudah ba..YB, kasi sedialah ba satu ruangan khusus yang beratap dan juga tersusun. Sedap juga mata memandang. Nama YB juga yang disebut nanti..

Little Mike said...

dalam kepala saya sudah terbayang satu konsep pasar tani yang boleh menjadi satu lagi mercu tanda KM.. itu di kepala rakyat biasa. Dalam kepala orang politik kita?

Pelangi said...

saya rajin pigi tamu, kebanyakkan tempat tamu memang kelihatan macam ni, peniaga kena usaha sendiri untuk bawa peralatan mereka seperti payung,meja atau sekadar lapis saja itu simin lepas tu ampai jualan. kalau peniaga yang mampu, mungkin tiada masalah tapi ada peniaga yang ikut kenderaan awam saja pigi berjualan, sudah tentu bawa barang untuk dijual secara kecil-kecilan. kalau cuaca baik tidak apa, tetapi menjadi masalah kalau hujan turun.

Ada juga saya nampak tempat tamu yang agak teratur, disediakan gerai khas untuk tamu sahaja, ada meja tampat letak barang, atap untuk berlindung, tempat duduk, nampak lebih kemas dan teratur, sedap mata memandang. kalau di KM boleh buat macam tu atau lebih baik dari itu alangkah bagusnya..

NONG said...

Batul tu pelangi..
'mereka2' ni yang banyak berjalan ke tempat orang lain patut dapat inspirasi untuk mengindahkan tempat sendiri. Tapi..semacam mereka tiada minat ke arah itu. Yang saya perhatikan, mereka lebih suka mempamerkan kemampuan dalam kuasa beli dan kemewahan mereka..

SANGURU said...

...terharu saya kerana saya pernah ikut berjualan di tamu tandek masa budak-budak...pernah merasa susah bahkan amat susah....

ILLIE said...

tompinai..nanti sia ada masa pigi tamu sini..sia tangkap gambar..mungkin terlalu berbeza tetapi sekurang-kurangnya kita akan dapat 1 pengajaran yg berguna...

FL Feinier said...

Erm... betul juga tu.. tapi, satu perkara lagi...ada banyak ruang kosong sana di pasar yg bangunan warna hijau tu, tapi teda pula orang p sewa, menjual sana..skit ja org....

apapun, mang siok lah bah juga p tamu ni.. sya pun suka p tamu... pastu, , betul jg tu, bagus juga kalau ada bangunan...tapi, kalau ada bangunan, confirm lah ada sewa kan.. so, rasanya, peniaga2 kampung mesti tidak mampu bayar sewa dgn hasil untung yg sedikit...

So, sya pun tidak pasti lah macam mana...