SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, February 23, 2009

YB2 YANG 'TERSAYANG'

Signboard Besar di pekan KM yang memuatkan gambar YB2 kita.
Sumber Foto: Nazri al-Dusuni, wartawan SAM.
ACS, 23 Februari 2009: Beberapa hari ini saya meneliti beberapa laman blog rakan2 dan juga membaca surat2 khabar tempatan untuk mendapatkan beberapa informasi terkini. Seperti biasa saya akan membuat analisa berdasarkan ‘teropong’ ’dari kaca mataku’. Saya fokuskan kepada pemimpin masyarakat di daerah kita, Kota Marudu. YB2 yang kita ’sayangi’. Apakah ’tangisan’ rakyat di daerah KM masih belum cukup jelas kedengaran? Memang ada banyak suara yang menentang, tetapi hakikatnya lebih ramai yang masih ’sayang’ kepada YB2 ini. Sebab itulah mereka masih menang dalam piliharaya. Persoalannya, adakah mereka benar2 membela nasib rakyat di Kota Marudu, tanpa mengambil kira samada mereka telah mengundi ataupun tidak. Adakah mereka benar2 menjadi pemimpin yang 'menjiwai' rakyat KM? Melihat kepada kedaifan hidup penduduk di daerah KM yang sudah sekian lama tidak banyak berubah, saya kira para pemimpin kita masih berada di bawah par minimum standard sebagai pemimpin yang berjaya membawa pembangunan kepada kawasan yang mereka wakili. Suka untuk saya sentiasa ingatkan di sini bahawa saya bukan pro kerajaan atau pembangkang. Saya pro kepada pemimpin yang benar2 membela nasib rakyat. Tak perlulah sesiapa pun berkata bahawa hanya parti atau pemimpin tertentu yang mampu membawa kemajuan kepada Sabah, dan lebih specifik lagi KM. Kata2 seperti itu sudah biasa didengar oleh rakyat sejak dari zaman USNO, BERJAYA, PBS, dan sampailah sekarang. Rakyat tidak kisah dengan semua ungkapan itu. Apa yang mereka kisah ialah, adakah nasib mereka terbela atau tidak? Melihat kepada kapasiti YB MP kita sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, saya berpendapat lebih banyak yang beliau boleh lakukan selain daripada hanya sekali-sekala berlegar di kawasan KM dan menjadikan KM sebagai salah satu pilot project untuk hi-fi wireless service, computer training and cyber-net browsing secara percuma, kononnya untuk mengubah minda rakyat luar bandar. Projek ini sangat baik, tetapi kelompok sasarannya terlalu kecil, silap dan saya kira tidak membawa banyak perubahan positif yang kita kehendaki. Kenapa tidak, contohnya, membawa pelabur2 untuk melabur memajukan pekan KM, pekan Tandek, dan pekan Matunggong? Dicanangkan sebanyak RM2b akan dilaburkan oleh Ideal Prestige Sdn. Bhd. bagi projek 5-bintang ’new heart of KK’, yang sudah pasti akan menambahkan ’kesesakan’ di KK. Sementara itu, kawasan2 sejauh 70-100km selepas KK terus mundur. Tidak pun sebanyak itu jika dengan pengaruh YB kita dapat membawa pelabur untuk melabur beberapa juta ringgit sahaja, sudah tentu wajah KM, Tandek, dan Matunggong jauh lebih ’elok’ berbanding yang ada sekarang ini.

Pemimpin berjiwa rakyat? Dari kiri: ADUN Matunggong, ADUN Tandek, DO KM.

Sumber Foto: Nong, wartawan SAM.

Banyak tempat2 yang menarik di KM, kenapa tidak ADUN2 kita guna kapasiti mereka untuk memajukan kawasan ini untuk industri pelancongan? Dunia semakin panas, tetapi pemimpin2 kita masih 'kesejukan' dan seperti tidak kisah sangat apabila ada petualang2 luar yang mencabuli hutan rimba dan tanah2 penduduk KM? Kenapa membiarkan anak2 Marudu tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya kerana kekurangan prasarana? Senarai persoalan terlalu panjang untuk dihabiskan... Bagi saya secara peribadi, sebenarnya tidaklah penting sangat samada YB2 di KM ni orang tempatan KM ataupun tidak. Orang tempatan sendiri pun yang naik kalau tidak melakukan tugas seperti yang sepatutnya, sama saja. Orang luar KM pun jika mereka membela nasib rakyat KM, apa salahnya. Lagipun bumi ini hak dan milik kita bersama. Cuma saya masih merindukan para pemimpin di daerah ini benar2 membela nasib rakyatnya. Telus, tulus, dan ikhlas ’dari kaca mataku’ ini.

10 comments:

RumbiaMasolog said...

Tahniah Dr... sya sgt2 setuju dgn artikel ini.. Daerah kita sebenarnya sangat kaya dengan hasil bumi dan tempat2 yg menarik. Namun kerasukan dan ketamakan sesetangah org mengakibatkan daerah kita yg sepatutnya menjadi tumpuan org kerana kekayaan ekonominya kini menjadi manis di telinga sahaja tetapi sakit di mata (mcm Karamsing pula). Banjir besar yg berlaku baru2 ini seharusnya menjadi pengajaran penting tentang bahaya kesan pembalakan dan pembukaan hutan yg tidak terkawal. Oleh itu bukan pembangunan dan kemajuan yg datang kepada daerah kita tetapi bencana yg melanda.....jadi apa tindakan pemimpin kita?... dan juga apa tindakan kita?

ILLIE said...

Artikel macam inilah yang kita nanti-nantikan.Saya sangat mengharap agar YB2 di KM dapat membaca artikel ini..kalau susah sangat masuk blog..kita boleh usahakan untuk memasukkan artikel ini di akhbar tempatan...tahniah kepada rakan kita sdr. Dr.Ison meskipun beliau sibuk dengan tugas harian tetapi masih ada ruang waktu untuk artikel yang cukup baik ini.

ison said...

Thanks terhadap komen2 yang very supportive. Artikel ini sebenarnya adalah pernyataan dalam bentuk ayat terhadap paparan gambar2 di sekitar pekan KM yang sdra. Naz postkan sebelum ini. Cuma, saya tertanya2 juga adakah 'mereka' benar2 mendengar 'suara2' ini? I hope so.

Umar al-Longobi said...

syabas dr!

paparan dan kupasan yg mantap dan berkesan. sypun sebenarnya x kisah siapa yg menjadi pemimpin. yg penting pemimpin itu amanah dan mempunyai kekuatan utk memajukan kws yg diwakilinya. tapi, setakat ini belum ada perubahan yg ketara. Sekurang2nya, status `miskin` utk KM itu boleh dihilangkan. ini prioritinya. perlu cakna tentang keperluan KM. kita tidak sama dgn tempat2 lain yang sudah jauh ke hadapan. apa yg kita mahukan tidak banyak. jalan kasi bagus, bekalan air bersih, elektrik, sekolah, pusat-pusat kesihatan dan sedikit bantuan kpd fakir miskin, petani dan peniaga kecil. ini, jalan pun tidak `setel`. apamacam...?

SANGURU said...

setuju. Sy yakin sang penulis ikhlas...teruskan melihat lewat kaca mata keadilan dan keilhlasan.

Little Mike said...

a very good articles... politik parti perkara ke dua... Siapa pemimpin yang tau memimpin, memajukan kawasan, amanah, dan segala macam resepi kepimpinan berpolitik yang BAIK dan MENGUNTUNGKAN rakyat.. ITU PERKARA UTAMA....

ison said...

Thanks kawan2. Bukan niat saya sebenarnya untuk merendahkan kewibawaan pemimpin yang ada sekarang. Cuma berapa lama dan berapa banyak sudah pemimpin silih bergati, tetapi KM begini juga.

Ada perubahan tetapi terlalu sedikit sehingga tidak berpadanan dengan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai 'wakil rakyat'. Lebih2 lagi sekarang kerana YB kita sudah pun menjadi menteri persekutuan. Itulah sebabnya saya berani katakan di bawah par.

Sila baca artikel terbaru dan komen2 dalam blog http://morionexpress.blogspot.com/ (Mickey's Coner) mengenai isu yang berkaitan untuk renungan kita bersama.

Ukur lilit bumi adalah lebih kurang 40,008km. Kelajuan kura2 berjalan ialah kira2 0.2m/jam. Jika kura2 boleh hidup selama 30 tahun dan terus berjalan lurus. Selama 30 tahun itu, dengan mengabaikan faktor halangan dan masa untuk makan, tidur, dan beranak-pinak, sang kura2 sudah mengelilingi bumi sebanyak 52.56kali.

Tapi sejauh manakah sudah 'perjalanan' kemajuan KM? Cuba kawan2 fikir baik2, tidak betulkah saya katakan pembangunan di KM lebih lembab dari kura2 dalam tempoh 30 tahun ini?

Think about it! ;)

SANGURU said...

lama sudah kucakap secara direct sama org yg berkenaan. Paling2 aku diblack list. Hmm...aku akhirnya memilih cara lain bersuara. X pernah aku berhenti memikirkan nasib negeribangsaku. Aku memendekkan bicara tapi memanjangkan usaha, akal dan kembara. "2 x aku mencintaimu" kali ke-3? Aluuunaaa...

RumbiaMasolog said...

Suatu masa nanti pasti berlaku Perubahan yang kita nanti-nantikan dan impi-impikan.. yang penting..kita jangan pernah putus asa dan harapan... Bersatu Kita Teguh... prisip yg tidak pernah gagal....

FL Feinier said...
This comment has been removed by the author.