SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, March 31, 2009

Channa Striata...

let the photo describe it today... ;o)

Tamu Kota Marudu 2

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com Lensa SAM
Bah fikirkan ...
ARKIB : 20/03/2009

Urus niaga lebih mudah- Utusan Malaysia

Dr.Maximus Ongkili bertanya sesuatu kepada peniaga pasar tani, Elizabeth John (duduk) yang mendaftar perniagaan dengan FAMA Sabah pada majlis ramah mesra bersama Rakyat dan Pelancaran e-Geofamer@ Fama Inovasi ICT Dalam Pertanian di pasar tani, Kota Marudu, baru-baru ini.

KETIKA penulis bertanya tentang keupayaan peniaga pasar tani di Kota Marudu bagaimana mengendali komputer, ramai yang menggelengkan kepala tanda masih belum tahu menggunakan peralatan itu.

Ditanya lanjut sama ada mereka ada memiliki komputer, jawapan yang sama diberikan.

Bagaimanapun, di sebalik kekurangan itu, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka untuk sama-sama terlibat dalam program e-pasartani dan e-GeoFarmer yang diperkenalkan oleh FAMA.

Malah, mereka yakin dengan menyertai program tersebut nasib mereka boleh berubah.

Oleh itu, mereka tidak mengambil masa panjang membuat keputusan mendaftar menyertai kedua-dua program yang bertujuan meningkatkan keupayaan pemasaran petani dan peniaga produk pertanian di seluruh negara.

''Tidak ada kemahiran tidak boleh dijadikan halangan. Kita mesti mula melangkah. Bergerak ke depan. Soal bagaimana saya akan menggunakan teknologi itu akan kita selesai kemudian, dari semasa ke semasa.

''Mungkin selepas ini saya akan pandai. Ada peluang belajar dan sebagainya," kata Jailon Anding, 43,

Seperti, peniaga pasar tani dan petani diseluruh negara, Jamian juga ingin melihat ikan yang hanya dipasarkan di pasar sekitar pekan ini, Pitas dan Tandek, menembusi pasaran luar.

''Masalah saya, ada ketikanya sumber ikan terlalu banyak sehingga melebihi permintaan penduduk setempat. Masa ini kita amat memerlukan pasaran luar," katanya.

Oleh itu, beliau percaya sistem e-pasartani, e-geoFarmer serta khidmat pesanan ringkas mampu menyelesaikan masalah itu.

''Saya harap pelaksanaannya akan berjalan seperti di rancang," katanya.

Peniaga sayur-sayuran, Jaitah Galimau, 32, berkata, peniaga yang tidak tahu mengendalikan komputer masih boleh menyertai sistem ini kerana terdapat banyak cara lain.

''Macam saya, saya boleh minta bantuan adik saya. Ramai lagi boleh membantu. Itu bukan masalah. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih," katanya.

Menurutnya, sistem tersebut amat penting kepada dia dan petani yang tinggal di pedalaman.

''Saya akan usahakan untuk memenuhi permintaan pelanggan, termasuk dari luar Sabah jika ada yang berminat mendapatkan bekalan dari kebun saya.

''Malah, saya juga boleh mengetahui harga pasaran produk pertanian dan mengetahui produk yang turut ditawarkan pekebun lain," katanya.

Penjual ikan masin, Lili Matajim, 50, yakin perkhidmatan e-GeoFarmer@Fama berupaya memperluaskan pasarannya, terutama apabila bekalan sukar diperoleh pada musim tengkujuh.

"Saya mengambil bekalan borong dari Kampung Andarason, Kudat dan Kampung Kanibungon, Pitas setiap minggu.

"Mudah-mudahan perniagaan saya semakin baik selepas ini kerana pelanggan tidak perlu datang ke tapak jualan untuk mengetahui produk saya," katanya.

Antara hasil jualannya, ikan batu, ikan bilis, putih, ikan layar yang dibungkus berasingan serta membolehkan Lili meraih pendapatan kasar RM3,000 sebulan. - HAMDEN RAMLI

Monday, March 30, 2009

Jalak Marudu Lagi !

jumpa lagi...
jalak ni strike bila saya nampak ada rise...
saiz dalam 500 - 600 gram saja...
jalak kecil ni, saya lepaskan dengan segera..
spot ke-2 petang tadi...
kecil saja, hampir sama saiz dengan gewang saya...
Hari ni, saya cuba casting di 2 spot berbeza. spot pertama agak menyedihkan bila saya lihat ada ikan mati & terapung di air, mungkin akibat TUBA ataupun kualiti air akibat pencucian tong racun di spot berkenaan. Tapi syukur masih ada hasil di sebelah bahagian spot tersebut. Hasil ke-2 muncul ketika cast saya yang ke-3 di spot ke-2... hasilnya jalak kecil saja, tapi cukup memuaskan bila masih ada ikan di sana. saya segera lepaskan jalak kecil itu agar ianya dapat membesar lagi!

CERPEN: Batang Di Antara 2 Bukit.

Sambungan...
Perbualan ketiga-tiga anak muda tadi masih rancak walau Pak Ngah sudah melemparkan jelingan maut kepada mereka. Mungkin dalam hatinya berbisik, "... apalah mereka bertiga ni, tidak faham-faham. Kalau minuman dah habis dihirup, makanan dah selesai dimamah... pulanglah. Orang lain pun nak makan juga. Aku meniaga, kamu ingat ini medan lepak mak bapak kamu punya kah!". He he he... aku cuba menaakul dengan sedikit ilmu mantik yang aku belajar lima tahun dulu. Tapi, Nabi SAW ada berpesan supaya jangan berprasangka buruk kepada sesiapa kerana itu bicara yang paling bohong.
"... kamu mesti hati-hati sebelum membuat tuduhan. Kamu pasti ke? Jika dipanggil ke muka pengadilan, bisakah kamu mengemukakan bukti?". Fahmi cuba menunjukkan keterbukaan mindanya. "Ala... saya yakinlah. 100 %, kalau mahu bukti saya boleh tunjukkan. Budak-budak tu, kalau kita pandai pujuk mereka akan mengaku telah disogok." Arman menambah. "Ya... I sokong". Bingkas Wong dengan penuh bersemangat. " Hei... Arman, ayam dah berkokok masih belum bangkit lagi ke?". Jeritan manja Pak Ngah membuatkan mereka bertiga cepat-cepat menghabiskan sisa-sisa teh tarik yang masih berbaki. Selepas membuat bayaran, mereka beredar dan orang lain pula mengantikan tempat mereka.
Semasa aku menghirup seteguk lagi teh tarikku, mataku tepat terpandang ke arah Siti yang sedang duduk membaca majalah Misteri. Wajahnya sungguh ayu dan menawan. Ekor keningnya melentik semulajadi tanpa cukuran. Hidungnya tinggi mewarisi kemancungan Pak Ngah. Lesung pipitnya itu memang menjadi senjata utama wajahnya. Bibir dan dagunya manis dan lembut. Terpancar melangit sifat-sifat keibuan dan kewanitaannya. "Miowwwwww...!" Ya Allah! kucing melompat dari bumbung warung Pak Ngah, terkejut aku. Aksi kucing tadi merentap lamunanku. Nasib baik bukan Pak Ngah... kalau dia, habislah aku dikerjakannya kerana memandang lama-lama anak daranya. Tapi, aku cuma terpandang kan... sekali pandang itukan tidak berdosa. Hatiku berbicara cuba membenarkan tindakanku tadi, he he he. Alangkah bertuahnya siapa yang dapat memperisterikannya nanti. Mungkinkah aku...
" Bertemu kembali. Penamaan calon telah selesai dilaksanakan di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air...". Tiba-tiba mataku meluru ke arah TV yang Pak Ngah sediakan untuk tontonan pelanggan. Berita terkini. Belum habis aku mencerna polemik yang ditimbulkan oleh tiga orang anak muda tadi, datang pula isu baru. Walaupun aku ini bukannya barua politik, sebagai warganegara yang berfikiran waras mahu atau tidak, aku mesti ambil tahu tentang sepak terajang siasah negara. Berdasarkan berita tadi, pilihanraya kecil itu diadakan disebabkan kematian dan perletakan jawatan. Dalam fikir singkatku, lebih baik mati atau berundur saja wakil-wakil rakyat yang mengabaikan kawasan yang diwakilinya. Aku tidak bermaksud mereka yang baru meninggal atau berundur itu mengabaikan kawasan mereka. Yang aku maksudkan adalah mana-mana kawasan Parlimen atau DUN seluruh negara yang diwakili oleh perogol amanah rakyat bertopengkan wajah malaikat ini. Aku yakin, rakyat akan untung kerana pelbagai peruntukan dan pembangunan akan datang. Di samping pemimpin yang goblok dan berantakan akan ditukar dengan pemimpin yang lebih baik.
"Abang Zul... dah nak bayar ke?". Lembut saja suara itu... Bila ku toleh ke kanan rupanya Siti. Tanganku terangkat tanpa sengaja dek khusyuk dengan perdebatan mindaku sebentar tadi. Alang-alang tangan dah terangkat dan Siti pun dah bertanya, aku pun hulurkan sekeping wang kertas RM 5.00. Gundah gulanaku tentang isu "Batang di antara dua bukit" tadi terputus sebentar dengan kehadiran Siti. Terubat juga rinduku mendengar suaranya. Siti mengembalikan baki wangku tadi dengan senyuman. Ia membuatkan perasaanku bergoncang dan denyut nadiku bertambah dahsyat. Tapi, aku mesti menjaga kejantananku. Abang-abang seniorku di sekolah dulu, pernah mengingatkan aku... jika ingin memiliki sesuatu terutamanya bakal isteri, jangan samasekali tunjukkan yang kita itu kemaruk sangat dengan dia. He he he... ada-ada saja.
Bertitik-tolak daripada berita itu juga, yang menariknya dan yang membuatkan pemerhati totok politik tanahair amat teruja adalah di kawasan Bukit Selambau. Sampai 15 pencalonan! Maknanya, pertandingan akan melibatkan 15 penjuru pada 7 April ini. Berbondong-bondonglah puak-puak ini berkempen. Kenapa sampai 15 pencalonan? Aduh... kusutku yang ku bawa dari rumah masih belum terusai. Fikir lain pula menerjah...
Bersambung...

Sunday, March 29, 2009

CERPEN: Di Warung Pak Ngah.

Aku tak tahu... tiba-tiba emosiku kurang tenteram ketika itu. Serabut. Mungkin itulah perkataan yang paling tepat menggambarkannya. Ya... memang, gigiku baru sembuh semalam. Denyutan peritnya itu masih terasa. Ditambah dengan gonggongan anjing kesayangan jiran. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku tembak anjing itu dengan senapang patah peninggalan moyangku. "Zul, jangan lupa tau. Malam nanti hantar mak ke rumah makcik Bedah kamu tu...". Tiba-tiba ibu memecahkan suasana khayalku. Aku sedikit melilau, he he he. "Baik mak... InsyaAllah." Sahutku ringkas. Aku memang seorang anak yang agak pendiam. Aku lebih suka diam, melihat gelagat orang dan berfikir. Bosan. Kenapa agaknya ya.....?
Arghhh! Tanpa melengahkan masa aku sambar kunci motosikal kapcai EX5 Hondaku. Aku hidupkan enjin. Tapi, di pertengahan jalan terpacul persoalan... ke mana destinasiku. Inilah akibatnya kalau jiwa kalut. Sampai lupa merancang sebelum melangkah. Ahhh, ayat skima pula. Okey... aku nak pergi ke warung Pak Ngah. Warung itu cukup terkenal dengan teh tarik dan roti kosongnya yang amat lazat. Lanskap cantik, tepi sungai. Anak gadisnya yang sedang bercuti turut menjadi tarikan pelanggan. Siti namanya. Siti pelajar perubatan di UKM. Siti merupakan antara gadis tercantik di kampung serta baik pula tutur dan lakunya. Tapi, aku ke situ bukan kerana itu. Aku mahu mengusai pintalan kekalutan jiwa dan fikiranku.
"Assalamu`alaikum Zul! duduklah.....". Seperti biasa Pak Ngah akan menyapah aku terlebih dahulu. Mesra, begitulah adanya. Tidak hairanlah pelanggan hari itu pun ramai. "Wa`alaikumsalam..." Balasku pendek (biasalah control macho depan anak daranya, he he he). Aku bernasib baik pada petang itu kerana, hanya satu tempat duduk lagi yang tinggal. Di sudut sebelah kanan menghadap dapur dan sungai. "Pak Ngah... minta teh tarik dan roti kosong satu.". "Okey... siap!" jerit Pak Ngah dari dapur dengan nada berseloroh denganku. Kelakar betul, biasalah Pak Ngah ini ada kacukan darah mamak sedikit.
Aku paling kiri kanan, para pelanggan yang lain sedang rancak berborak. Tentang politik, lumrah alam pada ketika ini. Iklim politik negara pun suram saja mutakhir ini. Sambil menunggu pesananku sampai, aku sempat melemparkan pandanganku ke sungai yang jernih. Deruan arusnya masih jelas kedengaran. Airnya bersih dan berkilau-kilau terkena pancaran mentari yang semakin senja. Kebetulan angin pun bertiup lembut dan dingin pada petang itu. Ditambah dengan lagu "Ada Cinta" nyanyian Acha Septriasa dan Irwanshah sedang dimainkan di warung Pak Ngah. Huh! Jiwang juga Pak Ngah ni rupanya, bisik hati kecilku. Aku pun tumpang jiwang sekaki. Paling tidak, lagu itu boleh menjadi terapi kekusutanku.
"Man... kamu tau tak, ramai yang tidak puas hati dengan kemenangan AJK JKKK di kampung kita ni. Mereka tu perasuah. Setiap seorang anak-anak muda disuapnya. RM 35.00 seorang." Sekonyong-konyong aku terdengar suara yang agak kuat sedikit di belakangku. Apabila aku toleh, rupanya ada tiga orang pemuda yang sekampung denganku juga. Aku kenal mereka, tapi tidak rapat. Yang berkopiah putih itu namanya Arman, orang panggil Man. Yang berbaju biru pudar pula Fahmi. Manakala yang memakai baju kemeja bergambar Dr. Sheikh Muszaphar (Angkasawan negara) sedang berdiri di samping roket pula Wong. "... Ia ke? Memang, keturunan mereka tu keturunan bapa rasuah. Mentang-mentanglah anak hartawan semua dia kebas. Nasib baiklah si Siti manis ni dia tak berani kacau." Jawab Fahmi yang sedikit geram.
Amboi-amboi... sempat juga mereka mengusik Siti yang sedang menghantar pesanan aku tadi. Kenapa aku seakan-akan marah dengan mereka? Cis... datang pula penyakit kejiwaanku. Sememangnya, aku pernah menyimpan perasaan kepada Siti. Tapi, aku malu untuk meluahkan. Sehingga kini. Siapalah aku ni... seorang pencinta alam yang hanya tahu berseni. Tidak dapat aku bayangkan, apa kata Pak Ngah jikalau aku menyampaikan hasrat meminang anaknya. ".... hei! Zul, awak ingat seni awak tu boleh memberi makan anak aku? Boleh membeli pakai anak aku? Boleh menjamin masa depan anak aku?". Mungkin itulah pekikan yang bakal aku terima. Takut. Sebab itu sehingga hari ini, aku masih bagai pungguk rindukan bulan.
"You tau tak, bukan AJK JKKK saja. Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari semua pakai duit tau." Wong yang diam memanjang macam kerang busuk tadi, tiba-tiba menyampuk. "Betul ke......!". Arman dan Fahmi terkejut beruk mendengarnya...
Bersambung...

Kg. Longob, N. 5 Tandek, Sabah.

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com Lensa SAM Sebelum ini lensa SAM memaparkan Kg. Salimandut di N.5 Tandek, Kota Marudu, Sabah sebagai tatapan MINDA para pengunjung. Kali ini, Kg. Longob pula menjadi fokus lensa SAM. Undi kampung ini adalah antara penyumbang kemenangan BN di Sabah. Para pemimpin BN, jangan biarkan suara kampung ini tanpa sahutan...
Inilah satu-satunya tanda mercu Kg. Longob ( Dewan Masyarakat )
Rumah panjang ini dibina ketika zaman BERJAYA
Jalan utama di tengah-tengah Kg. Longob
Gerai timbul tenggelam ...
Jambatan Kg. Longob. Jika anda berdiri di sini, anda akan melihat Kg. Longob keseluruhannya
Simpang Surinit
Tempat letak papan tanda inilah sempadan antara Kg. Salimandut dan Kg. Longob

IYEN ABAR-ABAR LAAT?

Salam setemu lagi kiti banga dinakan samada diom SAM atau minggo2 jo. Salam sekilo ta dinakan editor SAM bau dinakan Mogoron. Sekaang tu mitu aku ta UMS Labuan. Sementara un kesempatan ko' kemudahan internet streamix mitu tu, endo' ku kesempatan ni naip ta blog tu. Sejak kebelakangan tu iko bana abar2 laat yang tekaleh ti. Elau tu sejarah pilihan raya ta Malaysia pertandingan 15 penjuru ta DUN Belud Selambau. Sukup iko ingin jadi pemimpin atau ngasau2 jo kerejoan ni. Hehe... Bah! Debuie' un kempen "Earth Hour" mempatai lampi yang nyia' ginuno ta' ruma ti. Banga dinakan2 semimon pien? Un pan kah kam mempatai lampu debuie jam 8.30 songom eh? Dunia tu to'o no te'. Nyia' beta lagi akan kiamat no tu. Kuasa Tuhan nyia' kiti ngerati. Kun fa ya kun bara' ni andang bana2 jadi sob. Jadi, serita abar2 laat pasal PM bau ti tu pien? Iko yang ingin Pak Lah tarus jadi PM. Najib ngini? Raat kah iyo? Hehe.. Yang pasti Pak Jib tetap pan jadi PM 2 aribulan april tu. Harapan agar Pak Jib mimpin Malaysia tu palap2. Iyen abar blog SAM? Iyen perubahan ta blog tu? Sungguhpan nyia iko perubahan laman segi bentuk grafik ni tapi entry2 laman editor ni mantap. Semimon editor ni educated kuling. Bah, peterusan bi jo usaha bi ngebela masyarakat KM tu khususni. Semoga SAM jadi wadah pembimbing ta' banga jomo2 KM. Semoga kiti semimon maju jaya...

Asadaian Osuwaban Monitik Kulintangan

Kinoruangan kow kikiawi noreetan mari dot romantik kabarasan ot titikan kulintangan lalanu dot pinakang. Nakalaga i Tobpine SRIXON sid walai di Mogoron Kimaragang tu mokianu dot boros pasal dit pinibabarasan daalo sid iso ot mitingan dot aku elaan ong sera. It boros dialo sid Mogoron Kimaragang irad diti "salam sejahtera semua, pada mesyuarat induk pesta kaamatan baru2 ini saya telah mencadangkan pada sidang agar satu pukulan kulintangan dari suku kaum kimaragang diadakan non-stop 24 jam dan dimasukkan ke dalam Malaysian Books Of Record, sila bagi komen dan sokongan dan sila berhubung kepada mantan yb albert adun sebagai pengerusi KDCA daerah KM". Tinomod ku noh ni post ku siti ilo tu oluwas ot soliw siti pituturanan. Okodok gima soliw id di Mogoron Kimaragang. Iti noh dogon dot simbar, aso karaatan dino cadangan di SRIXON. Nga kowosian ong it rineet titikan kulintangan lanu dot pinakang sino dino momoros dot Woyoon om randawi, Kowiliyo okoi poh, Impurasai sianai, Bandau nokobunsit, Naralas lomponungon Tunturu mangagarit Ompoopodon olumisan, Bandau id pogintangan. Amuso boh tarati mokirayow dot abagos om kasa'ap monitik kulintangan gisom asadaian om osuwaban ong kakali aso kosimbanon dat Bandau posorili palaga ad Tandek. Mangai kah dikoo, panaak kow rineet tasanong titikan kulintangan. Mogot ong ensasamadan poh tongo woyoon tokow gisom kembulai ot kosisianan daalo dino. Kotoluadan om kopiwosian dialoi SRIXON tu norikot it kosianan ginawo dialo kumaa sid Dusun Kimaragang. Tupono: Isai-isai sino id Tandek it randawi dot monitik, ong engin kow posokot dot ngaran dikoo sid "Malaysian Book of Record" umbal kow noh boh sumambat di Aman Albert Adun (mantan YB). Nota: Tiada sinopsis kali ini.

Saturday, March 28, 2009

MELANJUTKAN PELAJARAN KE JEPUN

Seorang kenalan dalam maya telah bertanya kepada saya,bagaimana caranya melanjutkan pelajaran ke Jepun.Oleh kerana tujuan saya bukan melanjutkan pelajaran,saya agak tersentak dengan soalan tersebut.Untuk beberapa masa,saya biarkan soalan ini dan saya berusaha untuk mendapat jawapan dan akhirnya saya telah menemui seorang warga Malaysia yang memangnya tahu selok belok cara-cara untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.Saya telahpun memberi jawapan tersebut kepada kenalan maya.Maka itu saya mengambil kesempatan ini untuk menulis dalam SAM,manalah tahu ada warga Kota Marudu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun terutama sekali bagi mereka yang masih bersekolah.
Tanggungan Sendiri
Ada dua pembahagian yang besar tentang pembiayaan belajar di Jepun ini. Yang pertama ialah biaya sendiri, iaitu ditanggung oleh ibu bapa masing-masing, dan yang kedua ialah biasiswa. Mari kita pergi kepada pembiayaan pertama iaitu tanggungan sendiri. Apabila belajar di bawah tanggungan ibu bapa, maka bidang pilihan amatlah luas, daripada sains, falsafah, sejarah, ekonomi, bahasa, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya. Cuma seperti juga di negara-negara lain, kos pendidikan berbeza mengikut bidang. Bidang sains dan teknikal memakan kos yang besar sedangkan bidang lain agak rendah kosnya.
Bidang yang paling baik peluang pasarannya di Jepun sudah tentulah bidang kejuruteraan, kerana Jepun memiliki teknologi yang terkedepan berbanding negara maju yang lain. Bidang kejuruteraan biasanya terbahagi kepada mekanikal, elektrik dan elektronik, kimia, bioteknologi, semikonduktor dan lain-lain. Kejuruteraan ini boleh dipraktikkan di seluruh dunia, tambahan pula kilang Jepun kini wujud di mana sahaja. Untuk bidang ini, pelajar lepasan SPM perlulah memasuki Sekolah Bahasa Jepun (Nihongo Gakko)yang ada hampir di seluruh Jepun selama satu atau dua tahun. Kemudian, pelajar boleh pilih sama ada ingin ke universiti (peringkat ijazah) atau ke kolej teknikal (Koto Senmon Gakko)(bersamaan peringkat diploma). Tidak semestinya masuk universiti, peluang pekerjaan lebih cerah, kerana di unviersiti, pelajar lebih banyak belajar teori berbanding praktikal, sedangkan di kolej teknikal, lebih banyak praktikalnya seperti eksperimen dan sebagainya, menyebabkan banyak syarikat lebih cenderung mengambil pelajar kolej teknikal bekerja. Pelajaran di kolej teknikal ini ialah selama lima tahun, di mana pelajar-pelajar Jepun yang telah tamat sekolah menengah rendah (bersamaan tingkatan tiga, 15 tahun) akan masuk ke kolej dari tahun satu. Pelajar Malaysia lepasan SPM yang telah tamat Sekolah Bahasa Jepun akan terus masuk ke tahun tiga. Selepas tamat tahun lima, pelajar kolej teknikal boleh melanjutkan pelajaran di universiti bermula tahun tiga hingga tahun empat secara kebiasaanya. Pelajar jurusan kejuruteraan di universiti yang berminat melakukan R&D akan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, manakala yang lain akan terus ke alam pekerjaan.
Bagaimanapun, sekiranya ada yang berminat, saya amat menggalakkan supaya mereka mengambil kursus pengurusan, ekonomi, atau pemikiran di Jepun, kerana bagi saya teknologi boleh dibeli, cuma cara berfikir dan cara pengurusan Jepunlah yang menyebabkan mereka mampu menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Cara pengurusan dan pemikiran inilah yang perlu kita belajar daripada Jepun supaya kita dapat menguruskan negara kita dengan lebih baik lagi.
Terdapat beberapa bidang di Jepun yang tidak begitu diiktiraf di Malaysia seperti perubatan dan undang-undang, kerana mungkin sistem Jepun dan Malaysia yang berbeza piawainya, oleh itu, haruslah berhati-hati memilih kursus.
Biasiswa
Terdapat beberapa agensi kerajaan dan swasta yang mengeluarkan biasiswa untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun. Bagaimanapun, biasiswa kerajaan biasanya hanya dikeluarkan untuk bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan dan sains sahaja. Saya senaraikan beberapa yang signifikan.

Biasiswa Kementerian Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Jepun (Monbukagaku-sho)

Setiap tahun, akan ada peperiksaan di Malaysia dan hampir di seluruh dunia untuk mendapatkan biasiswa ini. Soalannya ialah di peringkat A-Level atau diploma, dan persaingannya sangat sengit. Oleh itu, seseorang perlulah bersedia dari awal untuk merebut biasiswa ini.

Biasiswa JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan banyak program untuk ke Jepun. Antaranya ialah:-

  • Ambang Asuhan Jepun (AAJ) : Kursus persediaan di Universiti Malaya selama dua tahun, di mana tahun pertama ialah pendidikan asas kejuruteraan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, dan pelajaran Bahasa Jepun, serta pelajaran dalam Bahasa Jepun sepenuhnya pada tahun kedua. Pelajar akan dihantar ke Jepun pada tahun ketiga dan akan mendaftar di kebanyakannya universiti awam di Jepun bermula tahun pertama. 10 pelajar terbaik setiap tahun akan mendapat biasiswa Monbukagasho, bukan daripada JPA.
  • Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun (PPKTJ) : Kursus persediaan untuk ke kolej-kolej teknikal di seluruh Jepun (peringkat diploma) selama dua tahun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Jalan Semarak. Pelajar akan belajar selama dua tahun di UTM dan tiga tahun lagi di kolej teknikal di Jepun (tahun 3, 4, 5). Selepas tamat di kolej teknikal dan memperolehi diploma, pelajar yang berhasrat menyambung pelajaran di universiti adalah dikehendaki memohon semula biasiswa kepada JPA, dan JPA biasanya hanya meluluskan biasiswa untuk bidang-bidang kritikal sahaja. Pelajar juga boleh menyambung pelajaran ke universiti dengan biayaan sendiri. Bagaimanapun, perlu diingat, yuran di universiti di sini agak mahal dan peperiksaan kemasukan ke universiti-universiti berbeza tahap kesukarannya mengikut taraf unversiti tersebut.
  • Program guru untuk melatih guru-guru bahasa Jepun (yang saya tidak tahu mendalam)
  • Program untuk pegawai kerajaan (juga saya tidak tahu mendalam)

Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

YPM juga mengeluarkan biasiswa di bawah projek dasar pandang ke timur. Kerajaan Malaysia meminjam wang daripada Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh pemulangan yang panjang untuk membiayai pendidikan ke Jepun. Wang ini diuruskan oleh Unit Dana, Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Program yang dijalankan oleh YPM ialah Program Ijazah Berkembar Jepun (JAD). Sewaktu kontrak pertama 1993-1997, program ini dikenali sebagai JMC (Pusat Matrikulasi Jepun), yang mana pelajar akan belajar asas kejuruteraan dan bahasa Jepun selama dua tahun di Malaysia sebelum mendaftar empat tahun di universiti di Jepun. Bermula kontrak kedua (1999-2005), ia dikenali sebagai JAD iaitu dua tahun di Malaysia (tahun asas dan tahun pertama universiti) dan tiga tahun di Jepun (bermula tahun dua hingga tahun empat). Kontrak ketiga kini telah bermula di Unisel, tetapi masa belajar di Jepun telah dipendekkan iaitu tiga tahun di Malaysia dan dua tahun di Jepun. Terdapat lebih kurang 20 universiti konsortium yang bersetuju mengambil pelajar-pelajar ini jika lulus peperiksaan dan temuduga, dan kebanyakan universiti ini ialah universiti swasta yang mana yuran pengajiannya jauh lebih mahal daripada universiti awam. Terdapat juga beberapa universiti awam yang merupakan ahli konsortium. Bidang yang dibenarkan di JAD ini biasanya hanyalah kejuruteraan.

Biasiswa PETRONAS

Pelajar di bawah tajaan PETRONAS biasanya mengambil masa agak lama menamatkan pengajian, kerana mereka terpaksa bermula dari Sekolah Bahasa Jepun di Jepun, kemudian terpaksa mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti (yang sememangnya sukar) sama seperti pelajar Jepun lain. Bagaimanapun, pelajar-pelajar ini biasanya sangat berdikari. Bidang yang dibenarkan oleh Petrnoas biasanya lebih luas, meliputi kejuruteraan, sains, ekonomi dan pengurusan.

Begitulah sedikit sebanyak beberapa biasiswa untuk ke Jepun. Yang penting ialah semasa memohon dan temuduga. Pelajar perlulah pandai menonjolkan diri supaya dipilih menerima biasiswa ini.

Semoga suatu hari nanti,ramai pelajar dari Kota Marudu yang berani untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Friday, March 27, 2009

Tamu Akal

http://nazri-suaramualaf.blogspot.co " Coretan Nabalu "

Lama tidak menghantar hasil teropongan dari Nabalu. Kabus tebal di Gunung Kinabalu antara penyebab ‘keterlamaan’ ini. Selain itu, teropong sedang di naiktaraf ke peringkat yang lebih tinggi. Berlaku juga rundingan panjang untuk mengembalikan gembala naga kei tempat asalnya…Hehehe…

Sebenarnya, setelah diasak dengan pelbagai ulasan berhubung keratan akhbar Utusan Malaysia yang saya poskan di ruangan SAM, saya menyimpulkan bahawa, sebahagian warga Kota Marudu belum bersedia menerima perubahan berfikir dalam arus perdana. Juga agak ketara, sifat kedaerahan yang menebal dalam diri. Meski sifat ini sesuatu yang wajar, namun dalam dunia tanpa batasan atau diistilahkan juga sebagai dunia di hujung jari , rasanya sifat ini tidak begitu relevan untuk dipertahankan.

Barangkali, dua telinga kita boleh ditutup seketika untuk tidak mendengar dan menghiraukan suara-suara dari pelbagai sudut dunia dengan pelbagai nada dan bahasanya. Tapi, berapa lama kita mampu memekakkan telinga ? mampukah kita pejam mata kita semata-mata menghalangnya dari melihat warna-warna perubahan dunia ? saya pasti kita akan jawab ‘ tidak ‘. Mahu atau tidak, kita terpaksa juga membenarkan perubahan dunia mengetuk dan masuk ke pintu rumah kita.

Kalau Pesta Jagung diadakan setiap tahun di daerah Kota Marudu, kenapa tidak kita adakan pesta fikiran atau tamu akal? Pelbagai aliran fikiran pasti bakal dihidang di gerai-gerai muzakarah. Pasti akan lahir fikiran besar bertaraf global atau paling tidakpun bertaraf daerah. Sudah sampai waktunya pemikiran kekampungan dinaiktaraf kalau mahu berdaya saing. Pun begitu, sistem tapisan jangan ditinggalkan supaya, sampah-sampah kotoran dapat diasing dan dikitar semula menjadi sesuatu yang lebih berguna dan tidak memudaratkan. Sepertilah kumbahan najis yang memerlukan perawatan sebelum dialirkan semula ke sungai agar sungai yang menjadi sumber utama makhluk hidup terpelihara..

Perdebatan tidak harus ditolak secara total. Berhikmah itu, ada tempatnya. Hikmah tidak pernah tumbuh di dataran najis dan najis tidak pernah berhikmah pada udara segar. Najis tetap najis. Busuk bila terhidu oleh hidung. Kesimpulannya, sudah sampai waktunya aliran pemikiran pelbagai peringkat ini disatukan di sebuah kilang yang kita namakan ‘ kilang aqli ‘. Dengan wujudnya keupayaan ini, maka tidak mustahil pemikiran ini bakal dieksport ke luar negara. Lihat saja pemblog Tompipiris. Beliau yang asalnya dari kampung melangkah keluar dari kepompongnya. Kini beliau menjadi sebahagian daripada masyarakat Jepun dengan jalan ikatan perkahwinan. Langkah yang beliau ambil dilihat oleh orang kampung sebagai mengundang risiko satu ketika dulu. Syabas dan tahniah kepada Tompipiris kerana berjaya membuka fikiran umum. Sikap orang Jepun, budaya orang Jepun, pemikiran orang Jepun bertaraf dunia. Kenapa mereka berjaya? Apa rahsia kejayaan mereka, sehingga kita diajak pandang ke Timur?

Kejayaan orang jepun bertitik tolak dari pengalaman slepas negera mereka di bom, maka mereka tidak lagi menoleh ke belakang merentih menangis dengan perstiwa kehancuran negera mereka, tapi mereka terus belari ke depan membangun semula tamadun bangsa mereka, hasilnya jepun antara negara boleh menentukan dasar dunia.

Singapura di langgar todak, seorang budak mencetuskan pemikiran besar agar di dirikan batang-batang pisang di sepenjang tebing pantai, hasilnya singapura selamat dari seranggan ikan-ikan todak. Kerana busuknya hati pemerintah maka budak yang tidak berdosa di hukum, atas alasan budak itu bahaya kepada kerajaan. Perstiwa ini tidak harus ada dalam masyarakat kita, sepatutnya mereka ini di beri ruang dan tempat untuk membengunkan tamadun bangsa …..

KETUA PENGARANG SAM MENANG!

"Saya bukan tidak pandai ceramah,
tapi lebih suka berkerja"
KENINGAU, 26 MAC 2009: Salam SAM! Sudah menjadi satu budaya di dalam Keluarga SAM untuk berkongsi suka dan duka. Kalau boleh ketawa bersama dan menangis bersama. Saling bantu-membantu sekadar yang mampu, menasihati dan mengangkat mereka yang sepatutnya diangkat. Ironinya, kalau ada ahli Keluarga SAM yang lama menyepi... abang-abang dalam SAM ini pasti akan SMS mencari, hehe. Sehubungan itu, bagi pihak SAM saya ingin mengalungkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah di atas kemenangan Ketua Pengarang SAM, Sanguru & kumpulannya di dalam Pertandingan Debat Ala Parlimen sempena dengan Hari Guru Peringkat Negeri/Kebangsaan. Menurut sumber, beliau dan kumpulannya mewakili zon Pantai Barat Utara (PBU). Saya sebagai bekas debater salah sebuah IPTA, mengakui bahawa bukan mudah untuk sampai ke peringkat akhir dan pelbagai tekanan dan cabaran yang terpaksa dihadapi.
Bagi mereka yang belum pernah menyertai Debat Ala Parlimen ini, izinkan saya berkongsi sedikit maklumat. Saya tidak tahu sekarang, tapi dulu kaedah perjalanan debat jenis ini adalah seperti di Parlimen Malaysia. Ada Yang Dipertua, ada barisan kerajaan (3 orang diketuai oleh Perdana Menteri), ada barisan pembangkang (3 orang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) dan ada sidang dewan. Sumber menyebut, setiap kali cabutan undi kumpulan beliau asyik dapat posisi pembangkang, hehe. Oleh kerana ini adalah pertandingan, semestilah ada barisan hakim/juri. Seperti biasa, pihak kerajaan akan membawa usul dan akan dibangkang oleh pihak pembangkang di sepanjang perbahasan. Yang mencabarnya, usul dan posisi (samada kerajaan/pembangkang) itu diketahui 30 minit sebelum pertandingan melalui cabutan undi. Bayangkan, dalam masa 30 minit! Di situlah tekanan, rintihan dan pelbagai provokasi datang sehingga pernah ada yang pengsan, ha ha ha! Seperti mana di Parlimen, sememangnya ada sesi celahan (yang memaksa kita menjawab spontan) dan penggulungan serta setiap pembahas diberikan masa beberapa minit setiap seorang. Pihak mana yang berjaya meyakinkan hujah mereka kepada panel hakim/juri, maka mereka dikira pemenang (lebih kurang macam di mahkamahlah).
Mencabarkan? Tapi, bagi mereka yang sudah terlatih samada secara langsung atau tidak langsung di dalam bidang pengucapan, biasanya tidak akan menghadapi halangan yang besar. Bukan mengampu, tapi siapa yang tidak kenal Cikgu Androd Sadian. Seorang penulis, kartunis, guru pakar fizik, Penolong Kanan, Pengerusi Gabungan NGO Sabah dan lain-lain lagi. Pada hemat saya, bidang debat ini mungkin `makanan` beliau. Apapun, apa yang penting di sini adalah bumi Marudu berasa amat bertuah kerana mempunyai `permata` seperti ini. Permata-permata seperti inilah yang harus ditonjolkan sebagai penyinar kegelapan perjuangan bangsa. Besar harapan kita agar kilauan permata yang dipancarkan beliau bisa menggilap permata-permata lain agar turut sama berkilau seperti beliau. Akhir kata, tahniah sekali lagi. Teruskan berkilau dan bersinar... Sehingga sampai ke destinasimu yang sebenar! SAM berbangga denganmu sepertimana SAM berbangga dengan kejayaan adik-adik/abang-abangmu dalam SAM yang lain. Sekian, terima kasih.

Thursday, March 26, 2009

Spot jalak yang beransur pulih.

Tangkap & Lepas.
Saiz yang agak kasar juga hari ni, lebih kurang 500 gram - 600 gram.
gewang yang HOT di spot ini,
BOMBER BUSHWHACKER SPINNEBAIT ! Hari ni, saya mencuba lagi di spot kelmarin. tetapi kali ini saya mencuba dari sebelah atas, iaitu hulu parit ini. dan dengan menggunakan gewang yang HOT di spot ini, saya cuba cast di kawasan hulu tersebut. cast yang ke 3 suda menjelmakan 1 sambaran yang miss saja. kemudian saya beranjak ke bawah sedikit, dan kali ini strike yang agak kasar cuba melarikan gewang saya, juga terlepas sebelum dapat hook dengan baik. saya sabar dan melihat sekitar spot tersebut, saya beranjak lagi ke bawah sedikit. kali ini, ketika kali ke 2 gewang saya melintasi kawasan tebing yang berumpai, tiba2 sang jalak terkam! dan kali ini terkaman yang kukuh terus dapat menghasilkan tangkapan ini. ianya lebih kurang dalam berat 500 gram - 600 gram saja. tapi saiz yang cukup besar bagi sesuatu spot seperti ini. selepas tangkap gambar, saya lepaskan semula jalak ini ke spot itu. dengan harapan saya akan dapat cast lagi jalak ini ketika ianya telah membesar lagi.