SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 9, 2009

Catatan Kimaragang: Kisah Kecil

Salam SAM. Lama tidak menulis. Saya mula berfikir-fikir. Ada banyak kisah yang memupuk tauladan. Kisah kebijaksanaan kecil ini yang walaupun sekadar sebuah kisah, impaknya boleh mengembang menjadi satu daripada tunjang sejarah bangsa-bangsa yang perkasa. Siapa sangka kisah si kecil Hang Nadim yang sekadar mengusulkan idea berbentengkan batang pisang menyelamatkan Singapura dilanggar todak.
Izinkan saya menyentuh sebuah kisah kecil, seorang bijaksana yang berpesan kepada dua orang anaknya. Sebelum itu, jika anda ditanya, "Bagaimanakah caranya menjadi KAYA?" Setiap kita mempunyai menifestasi tersendiri dalam mengetengahkan konsep kaya yakni jika tidakpun kaya harta tapi kaya ilmu, kaya etika, kaya jati diri, kaya budi, kaya akhlak, kaya bahasa, atau kaya sifat insani. Atau persoalannya "Apakah kita memiliki satu ramuan khusus untuk menjadi kaya untuk dikongsikan kepada anak-anak bangsa?". Alkisah Orang tua bijaksana ini meninggalkan harta kekayaan dengan satu pesan kepada dua orang anaknya. "Jika kamu menjadi kaya, lakukan la tiga perkara ini. Pergi kerja JANGAN KENA MATAHARI, MAKAN PUAS-PUAS dan TIDUR PUAS-PUAS". Anak pertama mempunyai cara tersendiri dalam mengaplikasikan nasihat ini. Dengan kekayaan yang ada, sememangnya tidak mempunyai masalah untuk merealisasikan semua pesan tersebut. Apa yang dilakukannya? Nasihat pertama, pergi kerja JANGAN KENA MATAHARI. Dia memikirkan yang grand dalam menjana idea. Untuk mengelakkan daripada terkena matahari, Sepanjang laluannya ke tempat kerja dibina bumbung bagi mengelakkan terik matahari dan hujan. Berjalan la anak muda ini dengan bangga. Tapi kekayaannya semakin menyusut kerana kos pembinaan laluan yang tinggi. Anak muda ini fikir, nasihat pertama ayahnya tidak berguna. 'Mungkin nasihat ke dua MAKAN PUAS-PUAS akan menjadikannya lebih kaya' fikir anak muda ini. Lalu mula la berbelanja dengan makanan yang sedap-sedap. Di mana restoran atau hotel yang menyajikan masakan yangsedap-sedap, di situ anak muda ini berada menikmati hidangan tanpa had. Hasilnya tidak juga kaya-kaya. 'Nasihat ini juga tidak berguna' fikirnya lagi. Nasihat ke tiga adalah usaha terakhirnya untuk menjadi kaya. TIDUR PUAS-PUAS. Maka mula la dia berbelanja menghias biliknya dengan katil berjenama import. Tebal dan menyelesakan. Tidak puas dengan dreamland tukar pula ke jenama lain. Tidur tetap nyenyak tapi kekayaan yang dimilikinya sudah susut dan akhirnya hidup miskin. Anak kedua mempunyai idea lain. Idea sederhana dan konvensional. Dia pergi kerja seawal jam 4-5 pagi. Hari masih gelap. Tanpa banyak merungut dia keluar kerja ketika orang lain masih tidur. Bila sehari suntuk bekerja dengan daya yang bersungguh-sungguh, anak muda ini tidak sedar hari sudah gelap. Dengan keadaan yang sangat lapar dan letih, dia pulang ketika lampu jalan sudah mulai menerangi alam. Setiba di rumah, oleh kerana sangat lapar, nasi yang tinggal pagi tadi (topod) dimakannya bersama ikan masin sepuas-puasnya. Tetap bahagia hatinya. Selesai makan, badannya yang keletihan perlukan rehat yang cukup. Lalu dia menghamparkan bidai, tidak peduli sekalipun di ruang tamu, lalu membaringkan badannya dan tidur la anak muda ini sepuas-puasnya. Inilah yang dilakukan oleh anak muda ini saban hari. Harta kekayaan peninggalan ayahnya tidak terusik sedikit pun malah kesungguhannya dalam mencari rezeki memberikan rahmat berkelimpahan dan menjadi seorang kaya yang sederhana dalam hidupnya. Kisah ini sampai di sini sahaja. Anak muda yang bijak ini meninggalkan kepada kita satu kebiasaan yang sederhana tetapi membawa satu pesan masa depan yang sangat berguna dalam mengaplikasikan attitude. Barangkali kita tidak perlu bercakap mengenai kekayaan semata-mata. Sama ada harta banyak atau tidak memiliki kesenangan hidup, kehidupan tetap satu pemberian yang tidak ternilai di samping cara pembawaan kita menjadi penentu kepada persepsi kehidupan di antara bangsa-bangsa. Memperkasakan bangsa tidak bergantung semata-mata kepada sejauh mana anda berharta. Lebih daripada itu, kekuatan dalam menyemai disiplin atursusun kehidupan yang diurus melalui akal yang dinamik dan membudayakannya dengan hiasan rohani, intelek serta jelas di dalam misi dan visi. Kekuatan akal akan dapat mengubah keterampilan insani, sikap dan tindakan. Suburkan daya fikir kita dengan kerendahan hati di hadapan-Nya dalam menikmati ilmu pengetahuan sambil bersulamkan nasihat para bijaksana dan pesan ibu bapa. Kuasa akal membangun kendiri. Akal yang gagal atau sengaja tidak digunakan sepenuhnya akan menjadi musuh kepada kejayaan menjana kualiti bangsa. Minda yang baik menghasilkan pilihan yang baik. Pilihan yang baik akan menghasilkan kualiti yang merangsang integrasi interpersonal dan logik bermasyarakat. "NO INTELECTUAL PAIN, NO INTELECTUAL GAIN" Oleh itu SAM - kerja jangan kena matahari, makan puas-puas dan tidur la puas-puas. Nescaya kisah kecil ini mengejutkan juga lena bangsa.

13 comments:

Mogoron said...

LM, sepertinya kisah anak pertama itu pernah berlaku di kalangan woyoon-woyoon kita satu masa yang lalu. Apakah kisah anak kedua itu sedang berlaku di Tandek secara khusus ketika ini? Mari kawan-kawan cernakan post si LM ini dengan sebaik-baiknya dan marilah bertindak menurut keupayaan dan kebijaksanaan kita.

Omis mari inot topod dino ki LM nokuro pomah ong tatasin noh ot tilaan pongorinapa.

Little Mike said...

Mogoron,
Sangat setuju.. memang betul2 sedap tu topod walaupn mengunang saja dengan garam.

Harap kisah anak kedua ini karekternya mulai mengalir di dalam nadi Tandek khusus kepada orang2 muda. Anak-anak muda Tandek tidak kurang karisma malah memiliki akal perjuangan yang jelas... Sangatlah mengharap kepada golongan cendekiawan ini bersama-sama dengan warga desa, menyokong segala usaha baik... sebagai the kampung boy saya akan sentiasa menyokong dari, segi tenaga, idea dan pendapat sedaya yg mampu... hanya ini yg saya mampu

SANGURU said...

tulisan yang bagus dan berguna. Membijaksanakan pembaca. teruskan mencoret.

TULUN KIMARAGANG said...

mungkin kisah ini ada pada blog saya?

ison said...

Dalam situasi yang TK maksudkan. Harap2 anak kedua akan segera muncul tepat pada waktunya sebelum harta bapa 'otu'us' (habis sepenuhnya).

Little Mike said...

Setuju tulun kimaragang... nampak di blog ko saja terus ingat kisah ini...

'Bapa' ibarat Tandek.'anak pertama' ibarat orang politik seperti apa yg berlaku sekarang.. 'Anak kedua' diharapkan ialah anak-anak tandek millenium yang prihatin akan tanah tempat lahir..

'Harta' ibarat.....?

ison said...

Amu no rereeton ot harta bo LM. Sagai nengaranan i Kota Marudu om Pitas daerah termiskin pogi nga ogumu tongo 'harta' kawasan tokow naawi, minangai liongo tongo monsimong. (No translation).

Pelangi said...

sungguh menarik cerita ni. betapa besar kesan dari cara pemikiran kita ke dalam kehidupan kita. setiap orang mempunyai cara penyelesaian masalah yang berbeza tetapi tidak semua cara itu mendatangkan penyelesaian..

Little Mike said...

Sanguru,
terima kasih. Saya sekadar berkongsi. yang bijaksana itu 'kisah kecil' ini... Mudah2an, timbul anak ke dua di KM/ TANDEK...

ison,
stuju oku dika. harta kota marudu dan pitas habis kena 'korek' tapi kembung di lain tempat. aset Tandek/KM pun dikasi tapuk monsimong (no translation juga.. hehe) sebab kana timbun samak.

pelangi,
Cerita menarik, pengalaman menarik dan cara penyelesaian pun mesti menarik/baik.. sekalipun tidak semua dapat diselesaikan, tapi harus diusahakan juga supaya selesai biarpn satu-satu atau diselesaikan dengan cara berbeza (think out of box)...

SANGURU said...

itu monsimong memang perlu di "estop" laa tuu...

Little Mike said...

ba... bawa gagamas. Gumamas tokow... hehe. hmmm.. alangkah lapangnya dada kalau tingu tandek lapang arena, sehijau rumput yg terjaga elok... pekan kasi cat balik, tu tepi jalan di kawasan kadai kasi cat hitam-putih ka... buka peluang bisnes kasi attrack balik pembeli.. macam buka kedai keperluan dapur, kedai sukan+plak (piala), kedai buku sekolah.. kedai alat tulis... kedai hp... semua ini tmpt2 org suka datang... tu dewan buka untuk bersukan seperti badminton... kasi meriah sikit ba tandek...

atau buka stesen minyak, tarik para pelabur/peniaga luar kalau orang tempatan tidak berminat..

SANGURU said...

sy jua membayangkan begitu. wpn x meriah masam di kk tp enjoy mcm dulu2. bulih jd realiti bah itu. Mudah2an ditakdirkan begitu. usaha juga laa...DAN BERJUANG TERUSSSS...

NONG said...

MANGAI KA DOTONILO LOLOGOTO SANGURU..