SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 30, 2009

CERPEN: Batang Di Antara 2 Bukit.

Sambungan...
Perbualan ketiga-tiga anak muda tadi masih rancak walau Pak Ngah sudah melemparkan jelingan maut kepada mereka. Mungkin dalam hatinya berbisik, "... apalah mereka bertiga ni, tidak faham-faham. Kalau minuman dah habis dihirup, makanan dah selesai dimamah... pulanglah. Orang lain pun nak makan juga. Aku meniaga, kamu ingat ini medan lepak mak bapak kamu punya kah!". He he he... aku cuba menaakul dengan sedikit ilmu mantik yang aku belajar lima tahun dulu. Tapi, Nabi SAW ada berpesan supaya jangan berprasangka buruk kepada sesiapa kerana itu bicara yang paling bohong.
"... kamu mesti hati-hati sebelum membuat tuduhan. Kamu pasti ke? Jika dipanggil ke muka pengadilan, bisakah kamu mengemukakan bukti?". Fahmi cuba menunjukkan keterbukaan mindanya. "Ala... saya yakinlah. 100 %, kalau mahu bukti saya boleh tunjukkan. Budak-budak tu, kalau kita pandai pujuk mereka akan mengaku telah disogok." Arman menambah. "Ya... I sokong". Bingkas Wong dengan penuh bersemangat. " Hei... Arman, ayam dah berkokok masih belum bangkit lagi ke?". Jeritan manja Pak Ngah membuatkan mereka bertiga cepat-cepat menghabiskan sisa-sisa teh tarik yang masih berbaki. Selepas membuat bayaran, mereka beredar dan orang lain pula mengantikan tempat mereka.
Semasa aku menghirup seteguk lagi teh tarikku, mataku tepat terpandang ke arah Siti yang sedang duduk membaca majalah Misteri. Wajahnya sungguh ayu dan menawan. Ekor keningnya melentik semulajadi tanpa cukuran. Hidungnya tinggi mewarisi kemancungan Pak Ngah. Lesung pipitnya itu memang menjadi senjata utama wajahnya. Bibir dan dagunya manis dan lembut. Terpancar melangit sifat-sifat keibuan dan kewanitaannya. "Miowwwwww...!" Ya Allah! kucing melompat dari bumbung warung Pak Ngah, terkejut aku. Aksi kucing tadi merentap lamunanku. Nasib baik bukan Pak Ngah... kalau dia, habislah aku dikerjakannya kerana memandang lama-lama anak daranya. Tapi, aku cuma terpandang kan... sekali pandang itukan tidak berdosa. Hatiku berbicara cuba membenarkan tindakanku tadi, he he he. Alangkah bertuahnya siapa yang dapat memperisterikannya nanti. Mungkinkah aku...
" Bertemu kembali. Penamaan calon telah selesai dilaksanakan di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air...". Tiba-tiba mataku meluru ke arah TV yang Pak Ngah sediakan untuk tontonan pelanggan. Berita terkini. Belum habis aku mencerna polemik yang ditimbulkan oleh tiga orang anak muda tadi, datang pula isu baru. Walaupun aku ini bukannya barua politik, sebagai warganegara yang berfikiran waras mahu atau tidak, aku mesti ambil tahu tentang sepak terajang siasah negara. Berdasarkan berita tadi, pilihanraya kecil itu diadakan disebabkan kematian dan perletakan jawatan. Dalam fikir singkatku, lebih baik mati atau berundur saja wakil-wakil rakyat yang mengabaikan kawasan yang diwakilinya. Aku tidak bermaksud mereka yang baru meninggal atau berundur itu mengabaikan kawasan mereka. Yang aku maksudkan adalah mana-mana kawasan Parlimen atau DUN seluruh negara yang diwakili oleh perogol amanah rakyat bertopengkan wajah malaikat ini. Aku yakin, rakyat akan untung kerana pelbagai peruntukan dan pembangunan akan datang. Di samping pemimpin yang goblok dan berantakan akan ditukar dengan pemimpin yang lebih baik.
"Abang Zul... dah nak bayar ke?". Lembut saja suara itu... Bila ku toleh ke kanan rupanya Siti. Tanganku terangkat tanpa sengaja dek khusyuk dengan perdebatan mindaku sebentar tadi. Alang-alang tangan dah terangkat dan Siti pun dah bertanya, aku pun hulurkan sekeping wang kertas RM 5.00. Gundah gulanaku tentang isu "Batang di antara dua bukit" tadi terputus sebentar dengan kehadiran Siti. Terubat juga rinduku mendengar suaranya. Siti mengembalikan baki wangku tadi dengan senyuman. Ia membuatkan perasaanku bergoncang dan denyut nadiku bertambah dahsyat. Tapi, aku mesti menjaga kejantananku. Abang-abang seniorku di sekolah dulu, pernah mengingatkan aku... jika ingin memiliki sesuatu terutamanya bakal isteri, jangan samasekali tunjukkan yang kita itu kemaruk sangat dengan dia. He he he... ada-ada saja.
Bertitik-tolak daripada berita itu juga, yang menariknya dan yang membuatkan pemerhati totok politik tanahair amat teruja adalah di kawasan Bukit Selambau. Sampai 15 pencalonan! Maknanya, pertandingan akan melibatkan 15 penjuru pada 7 April ini. Berbondong-bondonglah puak-puak ini berkempen. Kenapa sampai 15 pencalonan? Aduh... kusutku yang ku bawa dari rumah masih belum terusai. Fikir lain pula menerjah...
Bersambung...

No comments: