SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 23, 2009

Coret-Coret Kimaragang: Mini Bajet

Dengan suntikan wang sebanyak RM60b, seluruh Malaysia boleh menikmati kemudahan prasarana berkelas dunia jika secara total sampai kepada sasaran. Daripada RM60b, Sarawak mendapat RM15b, Sabah RM12b manakala selebihnya RM33b untuk negeri-negeri di semananjung. Dan apa jadi dengan RM1b sebelum pilihanraya yang dijanjikan kepada Sabah, Sarawak? Jika sudah disalurkan, ke mana pergi?
RM12b untuk sabah cukup.... cukup..... cukup banyak untuk membangunkan kemudahan prasarana di seluruh sabah. Kota jangan tambah bangunan untuk mencakar langit. Keluar sekejap dari angan-angan metropolitan. Berikan tumpuan kepada sistem jalanraya, kemudahan dan naiktaraf bangunan sekolah luar bandar dan asimilasi pendidikan, serta pembinaan asrama untuk keperluan pelajar luar bandar, perkhidmatan kesihatan desa, kemudahan jaringan komunikasi, naiktaraf perkhidmatan melalui suntikan teknologi di setiap kawasan pentadbiran daerah yang memudahkan urusan disegerakan. Satu daerah satu lata ilmu untuk menggalakkan orang ramai membaca. Itu saja. Lain jika perlu, bina bangunan yang menempatkan satu pusat pentadbiran. Tingkatkan keupayaan tahap keselamatan seperti balai polis dan balai bomba. Hantar anak muda berpotensi mendalami ilmu ke luar negara atau dalam negara mengikut keperluan spesifikasi masa depan pengurusan. Banyak lagi perkara lain yang boleh difikirkan memberikan faedah total kepada rintihan rakyat selama ini. Jika katakan RM12b itu dibahagikan kepada 43 kawasan pilihanraya, di setiap daerah boleh menikmati kemudahan bertaraf dunia. Syaratnya, gunakan SEPENUHNYA bajet tersebut tanpa melibatkan kepentingan peribadi. Apa la yang akan terjadi kepada RM500k dan RM1j setiap tahun yang diperuntukkan kepada setiap ADUN dan MP? Jangan pula yang ini di'anggap' bonus poket dan tidak digunakan mengikut tujuan asalnya. Rakyat akan tetap bertanya. Minggu depan akan disalurkan ke seluruh Malaysia sejumlah RM60b. Apa reaksi para pemimpin kita terhadap KUASA WANG? Maju agenda rakyat atau maju agenda diri?.. Kita perlu bersiap memerhatikan dan menuntut hak kita sebagai rakyat.

6 comments:

ison said...

Kerajaan sebenarnya banyak duit, tapi tidak 'diterjemahkan' dengan sewajarnya untuk kepentingan rakyat. Padahal semua tu pun duit rakyat juga.

Umar al-Longobi said...

sy setuju.. katakan TIDAK pada KETIRISAN, PENYELEWENGAN DAN KERAKUSAN samada yg telah dirancang atau akibat kerendahan IQ para segelintir pemimpin menguruskannya...

Little Mike said...

ison,
hairan.. banyak duit ketika 'pasang strategi'.... tapi YB kita susah pula majukan rakyat

Umar,
welcome back. lama tidak dengar khabar. Harap sihat sejahtera hendaknya. :) Saya juga setuju agar tidak berlaku KETIRISAN dan PENYELEWENGAN... Duit banyak mata gelap.... hati kena sabar2 untuk mendahulukan rakyat. Kalau sudah majukan rakyat, hati terus kena sabar, majukan negeri. Negeri maju jaya, terus sabar, makmurkan negara. Sehingga semuanya ok, teruskan sabar hati kerana maju macam mana sekalipun, kalau salah guna tetap namanya menyeleweng.

Umar al-Longobi said...

ya LM, sabar itu amat penting. tq... sy sihat juga bah. baru balik dr cuti@out station (2 minggu) dgn `kerja berat`, hehe. btw, harap semua sidang redaksi dan pembaca SAM dlm keadaan sihat adanya.

RumbiaMasolog said...

Ketulusan dan transpirasi sgt penting. Cuba pemimpin BN skrg buat mcm kerajaan Selangor. Buat pengistiharan harta dan di tontoni oleh semua rakyat.. buli kita tau sepa yg paling banyak harta... terutama di YB2 di sabah...

Kemudian setiap sen dari peruntukan itu di terjemahkan kepada pembangunan di mana rakyat dapat melihat sendiri penggunaan dan pengaliran wang tersebut. Bagaimana boleh buat begitu wahai Pemimpin2 BN di Sabah?...

Little Mike said...

ada juga ba tu kena buat pengistiharan harta semua YB tapi tidak didedahkan kepada orang ramai.

Selain pengistiharan harta, lebih bagus kalau dapat dedahkan juga..

1.elaun perjalanan tahunan yang yb2 kita claim. Di mana dorang pergi. Senang buat statistik apa berlaku di tapak lawatan dan berbaloikah claim perjalanan. tuntutan perjalanan tinggi, tapi kawasan lawatan teda ada2 berlaku, salah guna wang juga tu.

2.wang yang digunakan untuk entertain satu2 event... di mana yang lebih banyak dibelanjakan. contohnya untuk pesta kaamatan. Di kawasan kota marudu berapa kena peruntukkan wang dalam menjayakan pesta. jika berpuluh ribu, tapi majlis di kampung lebih banyak dikendalikan oleh orang kampung juga, belanja pn rukut2 urang kampung, ke mana pegi tu wang?