SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, March 29, 2009

CERPEN: Di Warung Pak Ngah.

Aku tak tahu... tiba-tiba emosiku kurang tenteram ketika itu. Serabut. Mungkin itulah perkataan yang paling tepat menggambarkannya. Ya... memang, gigiku baru sembuh semalam. Denyutan peritnya itu masih terasa. Ditambah dengan gonggongan anjing kesayangan jiran. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku tembak anjing itu dengan senapang patah peninggalan moyangku. "Zul, jangan lupa tau. Malam nanti hantar mak ke rumah makcik Bedah kamu tu...". Tiba-tiba ibu memecahkan suasana khayalku. Aku sedikit melilau, he he he. "Baik mak... InsyaAllah." Sahutku ringkas. Aku memang seorang anak yang agak pendiam. Aku lebih suka diam, melihat gelagat orang dan berfikir. Bosan. Kenapa agaknya ya.....?
Arghhh! Tanpa melengahkan masa aku sambar kunci motosikal kapcai EX5 Hondaku. Aku hidupkan enjin. Tapi, di pertengahan jalan terpacul persoalan... ke mana destinasiku. Inilah akibatnya kalau jiwa kalut. Sampai lupa merancang sebelum melangkah. Ahhh, ayat skima pula. Okey... aku nak pergi ke warung Pak Ngah. Warung itu cukup terkenal dengan teh tarik dan roti kosongnya yang amat lazat. Lanskap cantik, tepi sungai. Anak gadisnya yang sedang bercuti turut menjadi tarikan pelanggan. Siti namanya. Siti pelajar perubatan di UKM. Siti merupakan antara gadis tercantik di kampung serta baik pula tutur dan lakunya. Tapi, aku ke situ bukan kerana itu. Aku mahu mengusai pintalan kekalutan jiwa dan fikiranku.
"Assalamu`alaikum Zul! duduklah.....". Seperti biasa Pak Ngah akan menyapah aku terlebih dahulu. Mesra, begitulah adanya. Tidak hairanlah pelanggan hari itu pun ramai. "Wa`alaikumsalam..." Balasku pendek (biasalah control macho depan anak daranya, he he he). Aku bernasib baik pada petang itu kerana, hanya satu tempat duduk lagi yang tinggal. Di sudut sebelah kanan menghadap dapur dan sungai. "Pak Ngah... minta teh tarik dan roti kosong satu.". "Okey... siap!" jerit Pak Ngah dari dapur dengan nada berseloroh denganku. Kelakar betul, biasalah Pak Ngah ini ada kacukan darah mamak sedikit.
Aku paling kiri kanan, para pelanggan yang lain sedang rancak berborak. Tentang politik, lumrah alam pada ketika ini. Iklim politik negara pun suram saja mutakhir ini. Sambil menunggu pesananku sampai, aku sempat melemparkan pandanganku ke sungai yang jernih. Deruan arusnya masih jelas kedengaran. Airnya bersih dan berkilau-kilau terkena pancaran mentari yang semakin senja. Kebetulan angin pun bertiup lembut dan dingin pada petang itu. Ditambah dengan lagu "Ada Cinta" nyanyian Acha Septriasa dan Irwanshah sedang dimainkan di warung Pak Ngah. Huh! Jiwang juga Pak Ngah ni rupanya, bisik hati kecilku. Aku pun tumpang jiwang sekaki. Paling tidak, lagu itu boleh menjadi terapi kekusutanku.
"Man... kamu tau tak, ramai yang tidak puas hati dengan kemenangan AJK JKKK di kampung kita ni. Mereka tu perasuah. Setiap seorang anak-anak muda disuapnya. RM 35.00 seorang." Sekonyong-konyong aku terdengar suara yang agak kuat sedikit di belakangku. Apabila aku toleh, rupanya ada tiga orang pemuda yang sekampung denganku juga. Aku kenal mereka, tapi tidak rapat. Yang berkopiah putih itu namanya Arman, orang panggil Man. Yang berbaju biru pudar pula Fahmi. Manakala yang memakai baju kemeja bergambar Dr. Sheikh Muszaphar (Angkasawan negara) sedang berdiri di samping roket pula Wong. "... Ia ke? Memang, keturunan mereka tu keturunan bapa rasuah. Mentang-mentanglah anak hartawan semua dia kebas. Nasib baiklah si Siti manis ni dia tak berani kacau." Jawab Fahmi yang sedikit geram.
Amboi-amboi... sempat juga mereka mengusik Siti yang sedang menghantar pesanan aku tadi. Kenapa aku seakan-akan marah dengan mereka? Cis... datang pula penyakit kejiwaanku. Sememangnya, aku pernah menyimpan perasaan kepada Siti. Tapi, aku malu untuk meluahkan. Sehingga kini. Siapalah aku ni... seorang pencinta alam yang hanya tahu berseni. Tidak dapat aku bayangkan, apa kata Pak Ngah jikalau aku menyampaikan hasrat meminang anaknya. ".... hei! Zul, awak ingat seni awak tu boleh memberi makan anak aku? Boleh membeli pakai anak aku? Boleh menjamin masa depan anak aku?". Mungkin itulah pekikan yang bakal aku terima. Takut. Sebab itu sehingga hari ini, aku masih bagai pungguk rindukan bulan.
"You tau tak, bukan AJK JKKK saja. Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, dan Bendahari semua pakai duit tau." Wong yang diam memanjang macam kerang busuk tadi, tiba-tiba menyampuk. "Betul ke......!". Arman dan Fahmi terkejut beruk mendengarnya...
Bersambung...

2 comments:

How Are You? said...

Biasalah..

Umar al-Longobi said...

HAY,

yang biasa tu yang mesti tidak kasih biasa. :-)