SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, March 14, 2009

GPS Tandek

Hi salam sahabat untuk semua, Saya bersekolah di GPS Tandek sekitar penghujung tahun 60an hingga awal 70an.Pengetua sekolah waktu itu adalah almarhum bapa saya sendiri Kee Abdul Jalil.Sebelum beliau ada beberapa orang lain yang menjadi pengetua sekolah di GPS Tandek.Salah seorang dari mereka adalah bapa tua saya sendiri iaitu allahyarham Hj Baudi Unggut @ Fauzi Rahman. Memandangkan beliau adalah abang kepada almarhum ibu saya maka kami memanggilnya bapa tua manakala adik kepada ibu saya pula kami panggil pakcik. Hj Baudi Unggut @ Fauzi Rahman Waktu itu bangunan sekolah GPS Tandek ada empat buah saja,iaitu satu buah bangunan berwarna putih yang merupakan bangunan sekolah terawal di Tandek.Di ikuti dengan dua buah bangunan yang dindingnya hanya separuh,dan sebuah lagi bangunan yang mempunyai dua bilik darjah bersambung.Kesemua bangunan ini dibina tanpa tiang.Beberapa tahun kemudian sebuah bangunan sekolah bertiang dibina lengkap dengan sebuah pejabat dan dua bilik darjah. Keadaan persekitaran sekolah GPS Tandek waktu itu sangat cantik bersih dan di lengkapi landscape yang rapi.Rumput dipadang dipotong rata.Disekeliling sekolah dipenuhi dengan berbagai jenis bunga-bungaan.Begitu cantik dan indah sekali.Siapakah yang membersihkan persekitaran sekolah ini? GPS Tandek ketika itu tidak mempunyai tukang kebun.Keindahan persekitaran sekolah adalah hasil kerjasama guru-guru dan murid-murid yang belajar disana.Sekali dalam seminggu murid -murid diminta membawa parang kesekolah untuk bergotong-royong membersihkan persekitaran sekolah,memotong rumput dipadang dan menanam bunga-bungaan. Kepada yang tidak membawa parang mereka diminta mengutip sampah atau mencabut rumput dicelah pohon-pohon bunga.Tidak ada rungutan dari murid-murid maupun guru-guru apalagi ibubapa.Mungkin kerana murid-murid diminta bekerja seikhlas hati dan tidak wujud paksaan atau diskriminasai.Tidak ada murid yang dipaksa makan rumput seperti yang terjadi dizaman pentadbiran seorang pengetua lain hingga menimbulkan kemarahan orang-orang kampung khususnya ibubapa murid-murid terbabit. Apa yang saya lihat waktu itu semua orang-orang kampung bekerja sama menjayakan misi dan visi GPS Tandek.Ketika bangunan sekolah tidak mencukupi akibat pertambahan bilangan murid orang-orang kampung sanggup menderma untuk membeli peralatan dan bahan binaan untuk membina bilik darjah tambahan. Saya masih ingat lagi pengetua mengumumkan kepada kami sewaktu perhimpunan ...kasitau ibubapa kamu siapa yang mampu menderma berilah derma seikhlasnya, dan kalau tidak mampu menderma wang bolehlah turut sama bergotong-royong membina bangunan sekolah yang kita perlukan.Maka datanglah para ibubapa beramai -ramai kesekolah memberi derma wang seikhlas hati mereka mengikut kemampuan.Ada yang menderma 10 sen,20 sen.Ada yang membawa batang kayu dan ada juga yang membawa atap nipah dan kajang untuk dijadikan bahan binaan bangunan sekolah.Tidak kurang juga yang menawarkan kepakaran membina bangunan yang diperlukan.Tauke-tauke kedai pula turut sama menderma papan dan beruti untuk dijadikan meja dan kerusi. Hasil kerjasama ini maka terbinalah bangunan sementara yang dijadikan bilik darjah tambahan. Gambar ini dirakam sekitar tahun 1970.Kelihatan Cikgu Sina dan Cikgu Mainah bersama guru-guru dan murid-murid lain.Lihatlah betapa bersihnya padang sekolah GPS Tandek ketika itu sehingga mereka boleh duduk diatas rumput. Bukan itu saja, hebatnya kerjasama orang-orang kampung juga jelas kelihatan sewaktu Pengetua Hj Baudi Unggut dipindahkan ke SK Tanjung Batu dan diganti oleh almarhum Kee Abdul Jalil.Satu majlis perpisahan diadakan sebagai menghargai jasa-jasa beliau dan sebagai ucapan selamat jalan dan selamat bertugas di tempat baru.Majlis ini turut sama dijayakan oleh hampir keseluruhan warga Tandek. GPS Tandek juga aktif dalam sukan dimana berbagai peralatan sukan ada disediakan disekolah. Dan salah satu yang menjadi kegemaran ramai murid-murid ialah Rounders.Malah gelanggang Basketball juga turut dibina.Acara sukan tahunan turut diadakan dan diserikan lagi dengan kehadiran ibubapa dan seluruh warga Tandek kerana disamping acara sukan untuk kanak-kanak sekolah,acara sukan rakyat turut diadakan.Lumba kerbau dan tarik tali merupakan acara wajib sukan rakyat.Mungkinkah acara-acara seperti ini mampu dihidupkan semula di pekan Tandek? Kerjasama semua pihak diperlukan untuk menghidupkan semula pekan Tandek yang kian sunyi.

4 comments:

Little Mike said...

sejak saya meninggalkan SK. Tandek pada tahun 1986

saya tidak pernah lagi menjejak kaki di sana, apa lagi melawat2, tingu2 tu sekolah. Sehingga sekarang saya tidak tahu bagaimana perkembangan sekolah tersebut, siapa guru besar dan guru2nya... bagaimana keadaan sekolah itu sekarang...

Nanti la, bila saya cuti bulan jun nanti, saya akan mengambil kesempatan untuk melawat sekolah yang banyak berjasa dalam hidup saya dan kita semua. First time tengok gambar uncle sina masa muda2 dia.. hehe. Pandai bergaya pula dia.

org bertanya? said...

little mike....

agak mengahirankan saya, bagaimana kamu tidak dapat melihat atau mengetahui sekolah asal kamu sedangkan setiap kali kamu pergi keluar dari pekan tandek dan pergi ke pekan kota marudu atau di mana saja, bukankah kamu pasti akan terlimpas di sk tandek juga? semasa kamu limpas di sk tandek itu saya percaya kamu pasti akan ternampak jua sekolah asal kamu. sebab kampung kamu kan tidak jauh dari pekan tandek juga?

smn said...

subhanallah... that's my grandfather!!!!

k u Z a i said...

HJ. Baudi Unggut @ Fauzi Rahman was my grandfater.. am proud of it!