SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, March 3, 2009

Kawasan Selamat Jalak.

port rahsia saya, yang mana telah saya lepaskan beberapa ekor jalak sebelum ini, untuk tujuan pemuliharaan ikan...
jalak ini dilepaskan semula agar populasinya tidak pupus...
hampir habis ditelan katak terbang saya oleh jalak ini...
hasil hari ini, jalak 800 gram sahaja...
Hari ini saya melawat semula ke port rahsia saya. port ini telah saya lepaskan beberapa ekor jalak untuk tujuan pemuliharaan semula. nampaknya usaha saya ini telah memulakan hasil dengan banyak jalak timbul yang saya nampak. tempat ini saya kira agak strategik kerana di dalam air terdapat rumpai yang banyak, ini agak menyukarkan para pemukat untuk mengaut segala hasil ikan sekali gus. ketika tiba di spot ini, airnya masih lagi agak kabut ( keruh ). disebabkan hujan dari minggu lepas. saya mula cast dengan katak terbang saya, kerana keadaan rumpai tidak begitu sesuai untuk gewang yang lain. setelah beberapa cast, gewang saya disambar jalak kecil. melompat-lompat jalak tersebut untuk melarikan diri. akhirnya selepas lompatan ketiga, jalak kecil ini berjaya menewaskan saya. terlepas lagi jalak ni... kemudian saya terus cast lagi dikawasan tersebut, ketika gewang saya berada hampir dengan rumpai, tiba-tiba saya terlihat ombak kecil yang meluru keluar dari rumpai, bbbuuuusssss!!!! jalak ini terus terkam gewang saya. ianya terus cuba memecut untuk melarikan gewang saya, beberapa kali tali sulam saya diheret keluar oleh sang jalak ini, zzeeettt... zzeeettt... ianya terus menarik keluar tali sulam saya... "kuat sangat juga jalak ni..." dalam hati saya... akhirnya setelah hampir seminit barulah saya dapat daratkan jalak ini... besar juga jalak yang menghentam gewang saya... setelah ditimbang dan diambil gambar, jalak ini seberat 800 gram. saya terus melepaskan semula jalak ini ke dalam air. semoga jalak ini dapat terus membesar dan bertambah lagi di spot ini. selepas hasil jalak itu, saya cast sebentar kemudian beranjak pulang. semoga spot ini terus terjaga dengan hasil ikan-ikan nya...

4 comments:

NONG said...

Ming..itu jalak ko macam saiz sedap itu ming.Nanti saya tilik2 dulu di mana ini port rahsia ko ni..hehee

ming2elly said...

saiz sedap kalau bagi saya dalam 500 - 600 gram nong... bah ko tilik2 la mana port rahsia saya ni... kalau ko tau jangan kasi tau orang lain k..

manjaji said...

tompinai bila ko pg memancing lg kasi ikut sy .mo betagar suda pancing sy d rumah.....

ming2elly said...

manjaji... ko stay di mana? ko pun casting juga ka? sya ni pancing / casting guna umpan tiruan saja ni... teda main guna umpan hidup suda. dan tangkapan sya pun jalak ja sekarang ni, tangkap, photo, dan lepas semula untuk preserve ni jalaknya populasi...