SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, March 6, 2009

Kebaikan "TANGKAP & LEPAS"

ini lah kebaikan " CATCH & RELEASE"
300 - 400 gram saja...
dengan gewang BOMBER BUSHWHACKER!
Setelah hasil memberangsangkan beberapa hari lepas, hari ni saya singgah lagi di port selamat tu, sekejap saja. saya cuba guna gewang BOMBER BUSHWHACKER saya hari ini. dan dengan cast pertama saja ikan jalak ini telah strike! memang satu hasil yang bagus. ikan jalak ini terus dilepaskan semula dengan kadar segera. Ini lah kebaikan amalan " TANGKAP & LEPAS " kerana amalan ini membolehkan kita untuk menjaga stok ikan di sesuatu kawasan. amalan seperti ini juga seperti " TAGAL " tapi amalan Tagal menuai hasil dalam masa beberapa tahun setelah ikan cukup matang. dan jika ada kesempatan saya juga ingin mencuba di kawasan " TAGAL " dengan konsep " TANGKAP & LEPAS " kerana ikan yang saya cast dengan umpan tiruan ini saya lepaskan semula dengan segera dan hanya mengambil gambar serta berat sahaja. Saya juga amat berharap agar pihak berkuasa yang mempunyai hak dalam penjagaan stok ikan ini dapat menolong mempraktikkan amalan tangkap dan lepas di semua kawasan sungai kecil, atau sungai mati ataupun parit besar seperti yang terdapat di Tandek. Diharapkan juga entry saya ini tidak terlalu banyak dengan post ikan jalak, harap maaf dipinta kepada semua warga SAM jika post saya terlalu banyak.

1 comment:

How Are You? said...

Saudara penangkap jalak..terima kasih dengan posting anda. Saya rasa saya pernah makan jalak selepas bersalin dulu. Nasib kawasan Tandek masih banyak jalak, nanti saya sarankan kepada jiran-jiran saya yang tiada duit mau beli lauk supaya cari jalak di sana.