SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 16, 2009

MENGAPA KANDAS DI TENGAH JALAN?

Pesan Awal: Kepada semua pembaca SAM, tolong sampaikan pesan ini kepada para ibubapa dan pelajar2 sekolah kita.
ACS: Terlebih dahulu saya bagi pihak SAM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar khususnya dari daerah KM yang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Tentu kegembiraan dan tawa ria mengiringi kejayaan mereka yang lulus dengan baik. Tetapi jangan alpa kerana perjalanan anda masih jauh. Kepada mereka yang gagal mendapat keputusan yang diharapkan pula, terpaksa saya katakan memang agak malang bagi anda. Walaupun kesempatan untuk mengulang masih ada, tetapi perjalanan sudah agak terbantut. Itu pun juga bukan satu jaminan bahawa keputusan yang lebih baik akan diperolehi. Pun demikian saya masih mendorong untuk teruskan perjuangan dan selamat maju jaya untuk anda sekalin.
Catatan pelajar di daerah KM, khususnya di Tandek yang tercicir sekolah dan kandas dalam peperiksaan SPM bukanlah satu cerita misteri. Ia juga bukan satu cerita yang direka-reka. Hakikatnya memang ramai pelajar yang tercicir dan kandas dalam peperiksaan. Pandangan 'dari kaca mataku' kali ini mengintai khusus kepada SPM kerana ia merupakan standard umum pelajaran di Malaysia (Sijil Pelajaran Malaysia). SPM juga menentukan hala tuju pelajar, samada terpaksa berhenti sekolah, sambung ke STPM, atau melajutkan pelajaran dalam bidang yang mereka kehendaki di IPTA/S.
Berdasarkan maklumat dari 'sanguru', antara jawapan favourite kenapa pelajar2 sekolah kita tercicir dan kandas dalam SPM ialah; 1. Tidak ada duit belanja, 2. Jauh ke sekolah, 3. Tidak ada motivasi. Pada pendapat saya, TIDAK ADA MOTIVASI ialah penyebab utamanya. Tidak ada duit dan jauh ke sekolah hanyalah antara penyebab utama hilang motivasi.
Kalau tidak ada duit belanja dijadikan alasan, bagaimana dengan kita yang terdahulu ini. Dulu waktu kita masih pelajar sekolah pun tidak ada duit juga. Tapi tidak tercicir dan bahkan mampu berjaya dalam SPM. Kalau hendak dikatakan jarak rumah dari sekolah sangat jauh, ramai juga mereka yang berjalan jauh untuk ke sekolah, tapi sanggup juga ke sekolah dan berjaya. Kenapa tiada duit dan jarak boleh mematikan semangat anak2 kita untuk ke sekolah dan berjaya?
Memang tidak dapat dinafikan wang memainkan peranan yang sangat penting, tetapi ia tidak lebih penting berbanding semangat untuk belajar dan berjaya. Saya masih ingat ketika kami adik-beradik masih bergelar pelajar sekolah. Ayah kami tidak jemu2 berkata, "Tidak ada duit pun kamu pergi saja sekolah. Apa boleh buat kalau kamu sampai dihalau balik dari sekolah kerana tidak ada duit belanja. Kami tidak ada harta untuk kamu selain nasihat untuk belajar bersungguh2 sehingga kamu berjaya dan berkerjaya sendiri. " Sepengetahuan saya, tidak ada seorang guru pun yang pernah menghalau kami balik dari sekolah kerana tiada duit belanja.
Dulu kita sanggup berjalan kaki ke sekolah. Bagi yang ada basikal, berbasikallah. Kadang2 basikal rosak di tengah jalan, terpaksa berjalan kaki juga sambil menyorong basikal. Saya masih ingat ketika itu jalan tidak berturap. Ketika musim kemarau, penuh habuk seluruh badan. Ketika hujan, dengan buku2 sekali basah. Pernah juga meredah banjir sampai ke paras dada. Mujur tidak hanyut. Begitu sukarpun kita pergi ke sekolah juga. Kita berjaya juga.
Apa sudah jadi dengan semangat seperti itu dalam diri anak2 kita masa kini? Hey! Ibubapa dan pelajar2 sekolah, kamu sudah tahu peribahasa ini; Kejayaan tidak akan datang bergolek, juga tidak datang dengan melayang. Kejayaan itu seperti piala yang sedang menanti di hujung trek perlumbaan. Hanya kepada mereka yang berlari bersungguh2 sehingga menjadi juara yang bakal menperolehinya. Jangan harap malam ini kamu tidur, bangun esok pagi terus berada di universiti atau terus ada busut emas di tepi katil! Mesti belajar bersungguh2. Mesti berusaha. Itu sebabnya Moto sekolah SMK Tandek ialah 'Setia Gigih Jaya'. Itu Sebabnya moto SMK KM ialah 'Kejayaan Pasti Tercapai'. Sebabnya ialah hanya mereka yang SETIA berusaha dengan GIGIH sahaja yang PASTI akan MENCAPAI KEJAYAAN!
Sebenarnya ketika saya postkan artikel ini, airmata saya menitis. Menitis mengenangkan betapa susah payahnya kami memperoleh kejayaan yang walaupun tidak seberapa pada hari ini, tetapi sangat disyukuri. Tapi itu tidak mengapa kerana kami/kita sudah melaluinya. Apa yang lebih menyedihkan saya ialah ibubapa dan anak2 kita hari ini yang berkata bahawa mereka tercicir sekolah dan kandas sebab tidak ada duit dan jauh ke sekolah. Apa semua ni?
Wahai ibubapa dan pelajar2 sekolah di DAERAH KOTA MARUDU, usahlah memberi alasan lagi. Jika anda benar2 ingin berjaya, berusahalah. Jika memang kita jujur dalam perjuangan, jika memang kita menginginkan kejayaan yang sejati, jika kita mahu mengubah 'cop diri' sebagai daerah yang termiskin, tidak ada perkataan lain yang dapat saya katakan, selain daripada seruan untuk BERUSAHALAH! Percayalah, Tuhan tidak akan membiarkan usaha anda sia2.
Pesan akhir: Cop daerah termiskin sebenarnya bukan merujuk kepada daerah ini sendiri tetapi taraf hidup penduduk di dalamnya. Perubahan yang paling berkesan sebenarnya bermula dari diri sendiri. Biarlah, kalau YB tidak pedulikan nasib rakyat di KM pun. Bukan YB yang cari makanan dan menyuapnya ke dalam mulut kita tiap2 hari.

23 comments:

TOMPINAI said...

tahniah dengan artikel ini. Kata orang dimana ada kemahuan disitu ada usaha. Kalau nak cerita semua masalah yang menjadi penghalang untuk berjaya memang banyak tetapi hanya seorang saja yang bole buat keputusan iaitu diri sendiri. Dan dalam usaha untuk mengeluarkan KM dari rangkingnya, mulakan melalui pendidikan. Itulah asasnya. Biarkan 'mereka' dengan dunia 'mereka'.

KaniL said...

Satu nasihat yang amat bernilai.

Semoga menjadi panduan kearah kesedaran dan motivasi dari dalam diri sendiri kepada adik2 kita yang masih belajar khususnya.

Teruskan warga SAM, membuka minda dan memberi sumber inspirasi yang segar kepada semua....

Little Mike said...

Tahniah Doc kerana menulis artikel berinspirasi.. Semoga anak-anak marudu mendapat manafaat daripada keikhlasan makna di sebalik entri ini.

Dari perspektif lain, biar la saya katakan kegagalan memberikan kita bentuk cabaran baru. Sama ada anda bangun kembali atau lemas terus dengan kejatuhan. Ingat la juga, kejayaan tidak diukur kepada pencapaian semata-mata tetapi sejauh mana anda mau bangun setiap kali jatuh.

Usaha itu adalah tangga kejayaan.

Fernanda Ferreira said...

Hello,
I don't know to whom I should address to, as I can see many names.
Apparently this Blog is shared by several young gentlemen who like fishing???!!! Is that so??? Correct me if I'm wrong, please.

Well, I can see some familiar faces and names, like Little Mike...
Anyway, thank you so much for becoming my followers. I am growing fonder and fonder of your country and culture, which by the way, I always have been fascinated.

Warm regards,
Fernanda

-m.i.r.a.c.l.e- said...

Dr Nellson Miasin dan pembaca budiman semua,
Satu entry yang sangat berguna.

Memetik pesan akhir dr, "Perubahan yang paling berkesan sebenarnya bermula dari diri sendiri. Biarlah, kalau YB tidak pedulikan nasib rakyat di KM pun. Bukan YB yang cari makanan dan menyuapnya ke dalam mulut kita tiap2 hari." saya sangat bersetuju dengan pesan ini.

Saya juga melalui zaman sukar suatu masa dulu. namun berkat keazaman diri, kekentalan perjuangan, kini aku di sini... ketika itu,saya adalah lambang "kemiskinan dan kedaifan" sejagat dan menjadi bahan umpatan rakan2. tapi saya tidak pernah jadikan kemiskinan itu sebagai penghalang kepada saya untuk memajukan diri.dalam diri saya, saya tanamkan satu tekad 'akan ku pastikan suatu hari nanti rakan2ku tidak dapat menandingi kehebatanku!' ewah!

sekian untuk renungan bersama.

RumbiaMasolog said...

(2nd time suda send ni..tadi komen banyak2 tp tidak buli send sb Internet DC. So ini percubaan kedua la..)

TAHNIAH Dr... betul2 artikel mcm ni yg sya tunggu2. Luahan rasa hati dari sorg yg mengalami kesusahan dan keperitan hidup dari kecil dan kemudian menjelmakan kesusahan dan keperitan hidup itu kepada suatu bentuk kejayaan yg belum pernah dicapai oleh anak bangsa sendiri sebelumnya.
Individu yg mencipta sejarah dan memecah tradisi sebagai org Dusun Kimaragan yg pertama (betulkan klu sya silap) berjaya menjadi seorang Doktor Perubatan. Dan kini memiliki klinik sendiri (bisnesman). Seorang yg boleh dijadikan Idol dan role model kepada anak2 bangsa yang baru.

Apa yang diluahkan Dr ini harus kita jadikan iktibar dan panduan dalam kita membenutuk anak bangsa kita agar lebih mengejar kejayaan daripada 'kesenangan'. Lebih berdikari dan berwawasan. Jangan jadikan kesusahan sebagai satu batu sandungan tetapi biarlah menjadi batu loncatan untuk memangkin semangat dan iltizam untuk berjaya.
Utk merubah kehidupan ini tiada orang lain yg dapat membantu, ibubapa kita tidak, abang kakak kita tidak apa lagi YB sudah tentu tidak. Tetapi yg boleh mengubah hanya diri kita sendiri. Dilulangi DIRI SENDIRI. Cuma yang menjadi cabaran bagaimana kita boleh memperolehi kekuatan, keazaman dan motivasi seperti yg dimiliki oleh orang2 seperti Dr ini?

Seperti Dr ckp Tiada Motivasi merupakan punca utama kenapa ramai anak bangsa kita tercicir ketika ini. Suatu ketika dulu dari tahun 1990-1993 saya bersekolah di SMK Tandek, terus terang sya tidak pasti apa tujuan utama sya bersekolah, pada masa itu yg sya tahu ke sekolah hanya untuk melarikan diri dari kerja2 di kg, berjumpa dgn kawan dan dapat mengikuti aktiviti2 yg menyoronokkan. Belajar pun kerana menuntut kehendak Ibubapa, merasa hebat klu mendapat markah yg tertinggi dan mengharap mendapat hadiah pada tiap2 kali ada penyampaian hadiah di sekolah. Jauh sekali memiliki impian dan wawasan untuk menjadi seorang yg berjaya. Pada masa itu pengaruh kawan2 sgt kuat dan sya bertuah kerana berkawan dgn kawan2 yg betul.

Tapi semua itu berubah setelah sya berpindah ke SMK Menggatal (kini dikenali SMK Bandaraya) di ibukota. Saya memasuki kelas aliran Sains kerana di SMK Tandek pada ketika itu belum ada kelas Aliran Sains. Di sini saya bersama Rizal Masingkan (Mech. Engineer, UK), Fancy Sami (Int. Forestry but now a teacher) dan Stanly Anggar (Civil Eng, UTM) semuanya bekas pelajar SMK Tandek beroleh pengalaman baru.
Saya tidak tau kawan2 yg lain tp bagi sya disinilah sya dibuka minda ttg tujuan ke sekolah. Dengan program motivasi yg berbagai seperti, melawat UKM kampus Sabah (skrg tutup sudah), Mendengar cerama tentang 'Science Alive' oleh Prof. dari UK, Melawat pameran science oleh Shell, mendengar ceramah2 dan pengalaman dari orang2 yg berjaya, menghadiri kem motivasi dan banyak lagi. Semua ini telah membuka mata saya betapa pentingnya pendidikan dan betapa luasnya dunia ilmu ini.

Subjek yg paling saya ketinggalan sebelum berpindah ke sekolah ini ialah English. Trus terangkan saya katakan sya la yg plg lemah atr semua 28 di kelas sya pada masa itu. Tetapi pendekatan yg cikgu BI berikan pada masa itu telah menukarkan sya dari buta kepada rabun BI pd msa yg singkt. Walaupun skadar lulus sewaktu SPM tp sya gembira juga sb sejak mula bersekolah inilah subjek yg sya tidak pernah lulus. Dan ini membuka mata sya lg untuk menukar suatu perkara yg mustahil kepada yg tidak mustahil.

Saya percaya program motivasi sudah ada di sekolah2 kita di KM cuma cara pendekatan yg perlu dipelbagaikan. Tumpuan haruslah diberikan kepada pelajar2 yg diketogerikan lemah, kurang pemahaman ttg pendidikan dan yg merasa pendidikan ini tidak penting. Dan kebanyakan dripada mereka ini hanyut dibawah arus pengaruh rakan sebaya dan keseronokan sementera. Mungkin kalau kita dpt mendekati mereka ini dan memberi bimbingan dgn cara yg mereka boleh terima dan fahami sya percaya mereka juga boleh berjaya.

Mungkin sudah tiba masanya kita 'timbulkan' orang2 yg berjaya dikalangan kita seperti Dr. Neslon sendiri. Seorang anak Tandek yg pertama (perbetulkan klu sya silap) berjaya menjadi seorang doktor perubatan. Mungkin Sang guru boleh menjemput beliau untuk memberi cerama motivasi kepada sekolah2 kita di KM kerana sya percaya pelajar2 di sekolah juga memerlukan idola yg boleh menjadi sumber inspirasi mereka. Saya percaya kehidupan Dr yg dari susah sehingga berjaya boleh membakar semangat pelajar2 kita. Sayang sekali kalau pengalaman dan kejayaan Dr kita hanya disimpan begitu sahaja tanpa di kongksikan bersama orang2 kita di KM...

Satu perkara lg, sudah tiba masanya kita menekankan Membaca sebagai sesuatu yg sgt penting dlm diri pelajar2 kita (termasuk la kita ba kan..). Saya pernah terbaca di News Paper, di US setiap kelas ada mini library yg mana penekanan terhadap membaca diutamakan. Para pelajar diwajibkan membaca buku dan setiap kali sebelum kelas bermula selama 15-20mint seorg dmi seorg pelajar akan diminta membuat ringkasan ttg apa yg mereka baca. Dan pelajar2 disana diketegorikan mengikut kelancaran membaca untuk memudahkan pengajaran mereka. Bagaimana dgn sekolah kita? Adakah kita memberikan penekanan terhadap perkara ini? sya pun tidak tahu sb sudah lama sya tidak mengikuti perkembangan sistem persekolahaan kita.

Satu perkara lg ialah Bahasa Inggeris. Sebenarnya amat rugi klu kita tidak menitik beratkan ttg subjek ini. Pengalaman selepas SPM, sya ada dpt tawaran mengikuti twining program dgn salah satu Uni di UK. Surat tu smpi di kg (sya di smk menggatal, lower 6), tp ibubapa sya tidak bg tau sehingga la sya balik kg. Tp tarikh terima tawaran sudah lepas. Alasan dorg satu ja "susah tu Jo, Inggeris kan". Tp sya tidak kesal kerana mmg pada masa itu sya sedri pun tidak yakin dgn BI sya. Cuba klu masa tu BI sya ok sudah tentu merasa sudah study di UK. Oleh itu sya sgt sokong dgn langkah kerajaan dlm pengajaran subjek Math and Science dlm BI. Sebab apa gunanya kita mengajar dlm bahasa melayu sedangkan kita masih mengunakan term math n Sci dlm BI? dan 90% buku2 pn dlm BI. Dan kalau kita kerja di syarikat swasta pun kena guna BI. Even masa sya interview tuk jawatan di FT pun guna BI juga. So sb itu org2 kita banyak yg ketinggalan berbanding
yg pandai ber BI.

Para ibubapa (termasuk sya la ni) marihlah sama2 memberikan didikan yg terbaik untuk anak2 kita. Jangan biarkan mereka klu mereka sudah mula menyimpang dari jalan yg sepatutnya. Didiklah mereka walaupun mungkin mereka akan 'membenci' kita asalkan bila mereka dewasa, mereka berjaya. Saya percaya pada masa itu mereka akan berterima kasih dgn apa yg sudah kita lakukan untuk mereka. Jangan manjakan mereka dgn kesenangan dan wang tp ajarkan la mereka erti kesusahan agar mereka tahu apa tu erti kejayaan.

ison said...

Terima kasih komen kawan2 semua yang sangat membina. Ades... ikau RM nga nokototos ko biano manaak do komen bo. Nga awasi ilo komen nu.

Cuma sedikit pembetulan saja, sebenarnya Dr. perubatan pertama di Tandek ialah Dr. Jenarun Jelip. Saya yang ke-2 (cuma yang pertama buka klinik sendiri ja) dan yang ke-3 Dr. Anita Madina. Semua orang Kimaragang. Mungkin ada juga yang sedang menyusul sekarang, tidak begitu pasti. Di sebelah pekan KM, Dr. Juslee, Dr. Esther, ...dan mungkin ada lagi yang saya tidak tahu.

Tidaklah penting sangat senarai dan gelaran itu. Apa yang paling penting ialah seperti apa yang kita perkatakan di sini, kita mahu anak2 bangsa kita jangan mudah patah semangat.

Orang yang berjaya bukannya orang yang tidak pernah gagal, tetapi menjadikan kegagalan sebagai pemangkin semangat untuk bangkit dan terus berusaha sehingga menemui kejayaan.

Seperti saranan RM, saya percaya ramai di antara kita ni yang siap sedia untuk berkhidmat. Kalau ada penganjur, sudah tentu ramai sukarelawan.

Nota: Mungkin SAM boleh buat inisiatif untuk mengajurkan kem2 motivasi secara percuma kepada anak2 watan kita.

TOMPINAI said...
This comment has been removed by the author.
TOMPINAI said...
This comment has been removed by the author.
TOMPINAI said...

sokong dengan cadangan Dr. SAM mengadakan kem2 motivasi secara percuma.....

How Are You? said...

saya masih teringat lagi guru besar di sk masolog yang bagi saya motivasi bila saya tidak mahu 'repeat' semester dulu. Cikgu Misi Goporoi..Thank you very much.

Pelangi said...

saya rasa mcm ada sesuatu yang menyentuh jiwa dengan post doc ni.. rasa sedih pun ada. Banyak orang jadi susah sebab kurang ilmu, kurang pengetahuan...kurang usaha. setuju sangat dengan semua rakan-rakan disini.. teruskan perjuangan.

FL Feinier said...

Yeps.. saya pun setuju dengan artikel yang DR tulis tu.. Saya pun pernah rasa pengalaman teruk cam tu... Dulu, masa saya SMK, study di SMK.Pingan2 Pitas (sbab parents kerja di Daerah Pitas), saya pun pernah bangun jam 4.00am, untuk bersiap2 p sekolah…. di sebabkan banjir.. jalan berlumpur dalam sampai lutut… kawan2 saya, semua menumpang rumah keluarga yg dekat dengan SMK.. saya lagi ni sorang2 jalan kaki jam 4.30pagi, jalan kaki 7 KM p Sekolah…gelap lagi tu.. saya yg penakut hantu, terus jadi berani suda sampai skrg…mungkin ramai yg tidak percaya, tapi, ini lah yg terjadi.. kisah benar ni, terjadi masa tahun 2000… Geram juga bap zaman millennium bilang, sya rasa macam hidup zaman 70-an saja….. semua ni sebab tu YB BN p tahan tu peruntukan untuk kasi bagus jalan, sbab kampung tempat saya stay tu ramai penyokong PBS (masih lagi masa tu)….lepas tu, semua family saya pindah balik p Masalog…dan akhirnya, saya di beri peluang untuk tinggal di asrama bap teda uda family sya di Pitas….tu pun slepas 3 bulan kot berjalan kaki…
Tinggal saya sorang2 lagi ni di Pitas… lepas habis PMR, baru lah saya pindah p SMK Tandek… masa tu, Cigu Philip lagi yg pengetua.. cara dia mentadbir sekolah, baik sangat… Komen saya, saya rasa, ada beberapa system di sekolah yg patut di ubah suai..sya kurang pasti skrg ni macam mana sebab sudah lama tidak melawat SEMEKTA…tapi, sebelum ubah system, mentality pelajar SEMEKTA juga perlu di kembangkan sikit…sebagai contoh, kemudahan televisyen di Asrama, Makmal computer di sekolah… kalu di beri kebebasan, takut tu guru2 tu, mana tau pelajar pandai buat magic dgn TV/komputer2 , bertukar sampai jadi labu (rosak)….
Pastu, bukan hanya kaunseling atau motivasi saja perlu, tapi, mungkin, pelajar2 nya juga perlu di beri pendedahan terhadap dunia luar… lawatan sambil belajar katakana….pengalaman semacam ini sedikit sebanyak mampu membina internal motivation dalam diri pelajar itu sendiri… ini Cuma pendapat saya lah ar… hehe…thank u..

FL Feinier said...
This comment has been removed by the author.
FL Feinier said...

Ops, o ya, sya pun kurg pasti brapa KM sebenarnya, bap 7Km tu yg bapa sya cakap lah(tapi, macam dekat pula)...tapi, seingat saya, masa perjalanan 2jam juga...6.30pagi baru sampai skolah ni... However, to be honest, …saya bukan lah terlalu bermotivasi p skolah smata2 untuk belajar… TIDAK… memang study tu salah satu factor lah… lain2 faktor termasuk lah mau jumpa kawan2 (mengurat kot…hehe), takut kena demerit… takut ketinggalan pelajaran… tidak mau mengecewakan ibubapa… dan semangat mau pindah p Semekta… sebab, saya tahu, untuk diterima masuk ke SEMEKTA, result saya mesti bagus,.. kalau tidak, sya tidak akan di terima jadi pelajar Baru SEMEKTA…..apapun, focus terhadap pelajaran mesti ada jugalah… satu lagi, semangat setia kawan dan mahu bersaing…..saya masi ingat masa kmi form 6…saya dan kawan2, masing2 berabis belajar… walaupun bersaing sesame sendiri, tapi semangat setia kawan tetap ada… di ruangan ini, saya ambik kesempatan untuk ucap berbanyak terima kasih kepada TUHAN (yg terutama, jangan lupa yg ini)….Guru2 semekta… juga kawan2 saya macam si Bheno dan Jojilih…tanpa si Jojilih dengan si Bheno, rasanya, sya tidak mampu menjejak kaki di U… doranglah kawan yg banyak bantu ajar saya, juga bagi semangat….dan gitu juga dengan kwan2 yg lain…tapi, ini dualah mang guru saya… walaupun dorang tau saya mau saing dorang, tapi dorang tetap sudi ajar, bagi pinjam buku (share2)…. semua lah kawan2 saya batch STPM 2004…mang baik2…thank u so much….so, saya rasa, kalau pelajar2 baca artikel DR Nelson, komen2 yg di beri… rasanya, mang banyak juga yg tersirat boleh di perolehi…
Oleh itu, saya rasa, pelajar2 juga perlu dapat access marudu bloggers dengan mudah… sia2 saja DR. Nelson tulis artikel bermakna tu kalau pelajar2 tidak baca…. Takkan yg sudah kerja saja kot yg mo baca…So, camana tu...???

JMimie Mabin said...

sgt setuju dgn artikel ini..no pain no gain!

SANGURU said...

bagus. Ramai beri komen. 1. Faktor ekonomi. Pelajar bagus mmg bermotivasi, bmana dgn yg lemah. Pendidikan sekarang mahal, kr diprogram jadi mahal. Semacam bisnes pun ada. Kasihan org bukit2...mereka mmg mesti dibantu tingkat sikit ekonomi. 2. Jauh, maksud sy mmg x blh pergi balik. Nak tumpang dgn siapa? Asrama smk tandek amat terhad. Sekolah2 menengah d KM, terbengkalai. Lokasi pun x sesuai gara2 sistem "desogn n build". Sdr/i mgkn tak faham maksid saya. Lain kali sy cerita. 3. Motivasi. Akibat 1 dan 2 di atas, memang menghambat motivasi. Hanya segelintir yg mampu bermotivasi kendiri spt kita. How about yg lain? Ni yg menyedihkan dan amat membimbangkan saya sehingga memberi saranan kpd dr. Nelson utk menulis perkara ini...

SANGURU said...

bagus. Ramai beri komen. 1. Faktor ekonomi. Pelajar bagus mmg bermotivasi, bmana dgn yg lemah. Pendidikan sekarang mahal, kr diprogram jadi mahal. Semacam bisnes pun ada. Kasihan org bukit2...mereka mmg mesti dibantu tingkat sikit ekonomi. 2. Jauh, maksud sy mmg x blh pergi balik. Nak tumpang dgn siapa? Asrama smk tandek amat terhad. Sekolah2 menengah d KM, terbengkalai. Lokasi pun x sesuai gara2 sistem "desogn n build". Sdr/i mgkn tak faham maksid saya. Lain kali sy cerita. 3. Motivasi. Akibat 1 dan 2 di atas, memang menghambat motivasi. Hanya segelintir yg mampu bermotivasi kendiri spt kita. How about yg lain? Ni yg menyedihkan dan amat membimbangkan saya sehingga memberi saranan kpd dr. Nelson utk menulis perkara ini...

ison said...

Kalau nak harapkan YB untuk bina asrama dan tidak pun bagi kenderaan percuma, tapi kasi bagus tu jalan supaya senang budak2 kita ulang alik rumah-sekolah, saya fikir sampai tua budak2 kita pun YB2 kita sekarang ni tak boleh buat begitu. (Harap2 dorang buatlah kalau terbaca tulisan ni). Tapi manalah ada masa dorang tu baca blog kita ni.

Itu sebabnya saya katakan biarlah kalau YB tidak pedulikan masalah rakyat pun. Kita rukut2 idea, semangat dan sedikit harta yang ada. Kita cuba berkempen dengan sesiapa saja sukarelawan/ti yang prihatin supaya kita dapat membantu budak2 kita pergi sekolah.

Kita boleh buat satu memorandum untuk menggesa kerajaan memberi tumpuan terhadap penambahbaikan bangunan dan prasarana sekolah2 di KM. Tugas YB bah ni sepatutnya, tapi tidak apalah kalau dorang tidak kisah dengan masalah sekolah2 di KM. Maklumlah dorang ni ada masalah negara yang perlu diutamakan. Siapalah kita ni rakyat jelata di KM.

Orang2 kampung, kita lawat dan bantu mereka dengan idea bagaimana untuk meningkatkan sedikit ekonomi. (Kita tunggu artikel tentang pertanian yang boleh dikongsikan oleh bro. mogoron nanti).

Kos pendidikan memang mahal. Lebih2 lagi sekarang, tapi sebenarnya bukan juga penghalang untuk berjaya. Dulu, masa SPM, saya tidak ada buku rujukan yang lengkap. Apa yang saya ada pun saya warisi dari abang kakak. Apa saya buat, saya manfaatkan buku teks sepenuhnya. Saya pergi ke perpustakaan. Kalau ada kawan2 yang baik hati, pinjam buku mereka. Sepanjang form 5 tidak ada guru fizik dan kimia yang teratur. Saya belajar sendiri. Rajin jumpa cikgu dan minta ajar.

Last but not least, budak2 kita ni mesti kental semangat macam kita dulu. Sudahlah ibubapa susah, tambah menyusahkan mereka dengan perangai macam2. Ini pun menyusahkan hati saya juga secara peribadi. Mereka lebih suka enjoy dengan perkara lain daripada ingin maju dalam pelajaran. Kita perlu beri mereka motivasi.

Pendek kata, di mana ada kemahuan. Di situ ada jalan. Apa pun masalah, mesti ada jalan bah bilang si Ansal.

RumbiaMasolog said...

Apa kata kita rangka satu program untuk anak2 muda kita di KM?... Program yg boleh membantu mereka untuk berjaya di masa akan datang...

FL Feinier said...

Hehe...sya stuju jg tu dgn pendapat DR.. pastu,sya kurg pasti, sama ada sya yg hilang atau DR yg hilang slama ni (bap tidak pena jumpa)... haha.. tapi, sya baru ingat dan perasan.. masa sya SMK dulu, ada jg kawan2 saya dan guru2 yg sebut2 nama org2 yg berjaya di daerah KM ni (termasuk nama DR lah).. banyak lah tu nama2 yg dorang sebut......tujuan mereka, adalah sebagai pendorong kepada kami, utk kejar org2 yg telah mengecapi kejayaan ni.... pastu, seingat saya, DR. Zairod (Pengarah Hosp KM pun pernah bg ceramah di SEMEKTA dulu, dgn ada lg beberapa org DR, kurg pasti dari mana dan Assoc.Prof dari UMS …..so, saya rasa, bagus juga tu cadangan RM supaya SAM buat program (seminar motivasi kot).. paling bagus dan sesuai saya rasa, pelajar2 tingkatan 6 bawah dan 4 lah...sbab kalu 6 atas dan Form 5, sya rasa lewat sudah... tambahan lagi, masa ni (6 bawah dan 4), konon2, masa untuk Honeymoon bah ni.. kalu dikalangn remaja, mang popular ni istilah ni...dan kurang pasti sama ada SMK KM berminat utk join atau tidak….
Dan, last time, sbenarnya, kmi pernah buat program Jejak Menara Gading 1,2 dan 3..slama 3 tahun berturut2..semua fasilitator mrupakn plajar SMK Tandek yg mendapat tempat di IPTA...dan SANG GURU mrupakn salah sorg yg kmi Jemput jg utk bagi tips teknik blajar.. (JMG 2)...
So, skrg, masa utk SAM kot (selain dari DR, mungkin ada beberapa yg lain lagi)..Dan, ini boleh jadi program luar SAM slain dri post artikel diruang Internet ni..
Pastu, sya minta maaf lah klu sya asyik sebut pasal SMK Tandek ja..apa bole buat, sya x-student Semekta.. so, tak kan lah sya mo cakap pasal SMK KM yg sya kurg arif kan.. seterusnya, sya serahkn kepada pihak SAM...

SANGURU said...

Gud idea buat rangka program tu. Paling tidak motivasi. SAM boleh usahakan. Masuk dalam takwim sam 2009. mudah2an...

joerayn said...

zaman saya dulu..kemeskinan itula motivasi saya. dalam keadaan sekarang pula, budak2 tak terasa sangat kemelut itu, ada pun segelintir sahaja. pengaruh morden ni la yg melalaikan mereka, cth: ada HP, ada internet, ada Astro, mcm2 ada.. pengaruh rakan sebaya, bagi budak2 di bukit2 sana mudah terpengaruh oleh abang2/kakak2 mereka yg makan gaji di bandar..ada pula graduan2 ni yg masih menganggur, @ kerja tak ikut ijazah, yg akhirnya melemahkan lg motivasi murid2 dan ibubapa. biarlah kita berterus-terang kpd murid2 ni bahawa persaingan di luar sana cukup hebat, dan persiapkan mereka dengan kemahiran2 mencari rezeki, dedahkan mereka kpd peluang2 berniaga, pinjaman perniagaan, pinjaman mengurus tanah, kemahiran teknikal..kerna itula saja yg boleh dibuat apabila kandas di SPM. ini juga kerana bila budak2 ni dan moden sangat, mereka dah tahu keadaan di luar sana....[kalau mereka gagal dlm bidang makan gaji, biar mereka bekerja sendiri yg berpendapatan macam makan gaji juga..]