SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, March 27, 2009

KETUA PENGARANG SAM MENANG!

"Saya bukan tidak pandai ceramah,
tapi lebih suka berkerja"
KENINGAU, 26 MAC 2009: Salam SAM! Sudah menjadi satu budaya di dalam Keluarga SAM untuk berkongsi suka dan duka. Kalau boleh ketawa bersama dan menangis bersama. Saling bantu-membantu sekadar yang mampu, menasihati dan mengangkat mereka yang sepatutnya diangkat. Ironinya, kalau ada ahli Keluarga SAM yang lama menyepi... abang-abang dalam SAM ini pasti akan SMS mencari, hehe. Sehubungan itu, bagi pihak SAM saya ingin mengalungkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah di atas kemenangan Ketua Pengarang SAM, Sanguru & kumpulannya di dalam Pertandingan Debat Ala Parlimen sempena dengan Hari Guru Peringkat Negeri/Kebangsaan. Menurut sumber, beliau dan kumpulannya mewakili zon Pantai Barat Utara (PBU). Saya sebagai bekas debater salah sebuah IPTA, mengakui bahawa bukan mudah untuk sampai ke peringkat akhir dan pelbagai tekanan dan cabaran yang terpaksa dihadapi.
Bagi mereka yang belum pernah menyertai Debat Ala Parlimen ini, izinkan saya berkongsi sedikit maklumat. Saya tidak tahu sekarang, tapi dulu kaedah perjalanan debat jenis ini adalah seperti di Parlimen Malaysia. Ada Yang Dipertua, ada barisan kerajaan (3 orang diketuai oleh Perdana Menteri), ada barisan pembangkang (3 orang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang) dan ada sidang dewan. Sumber menyebut, setiap kali cabutan undi kumpulan beliau asyik dapat posisi pembangkang, hehe. Oleh kerana ini adalah pertandingan, semestilah ada barisan hakim/juri. Seperti biasa, pihak kerajaan akan membawa usul dan akan dibangkang oleh pihak pembangkang di sepanjang perbahasan. Yang mencabarnya, usul dan posisi (samada kerajaan/pembangkang) itu diketahui 30 minit sebelum pertandingan melalui cabutan undi. Bayangkan, dalam masa 30 minit! Di situlah tekanan, rintihan dan pelbagai provokasi datang sehingga pernah ada yang pengsan, ha ha ha! Seperti mana di Parlimen, sememangnya ada sesi celahan (yang memaksa kita menjawab spontan) dan penggulungan serta setiap pembahas diberikan masa beberapa minit setiap seorang. Pihak mana yang berjaya meyakinkan hujah mereka kepada panel hakim/juri, maka mereka dikira pemenang (lebih kurang macam di mahkamahlah).
Mencabarkan? Tapi, bagi mereka yang sudah terlatih samada secara langsung atau tidak langsung di dalam bidang pengucapan, biasanya tidak akan menghadapi halangan yang besar. Bukan mengampu, tapi siapa yang tidak kenal Cikgu Androd Sadian. Seorang penulis, kartunis, guru pakar fizik, Penolong Kanan, Pengerusi Gabungan NGO Sabah dan lain-lain lagi. Pada hemat saya, bidang debat ini mungkin `makanan` beliau. Apapun, apa yang penting di sini adalah bumi Marudu berasa amat bertuah kerana mempunyai `permata` seperti ini. Permata-permata seperti inilah yang harus ditonjolkan sebagai penyinar kegelapan perjuangan bangsa. Besar harapan kita agar kilauan permata yang dipancarkan beliau bisa menggilap permata-permata lain agar turut sama berkilau seperti beliau. Akhir kata, tahniah sekali lagi. Teruskan berkilau dan bersinar... Sehingga sampai ke destinasimu yang sebenar! SAM berbangga denganmu sepertimana SAM berbangga dengan kejayaan adik-adik/abang-abangmu dalam SAM yang lain. Sekian, terima kasih.

9 comments:

ison said...

Mamantun po biano;

Kaca berkilau menyakitkan mata,
Permata berkilau menyedapkan rasa,
Jikalau mencari segengam harta,
Gilaplah permata di dalam dada.

Tahniah! Buat sanguru dan team.

ison said...

'segenggam'

Anonymous said...

FUUUYOOOO.... SABAS & TAHNIAH KIO CIGU. SAMA SAM JUALAH. CUBAKAH KAMU SANARAIKAN 10 PEMIDATO PALING TERHEBAT DI KM. TULISKA DULU BOSSS.

MOHD. SUFFIAN SAMAT
pianmohd@hotmail.com

Umar al-Longobi said...

sdr. mohd. suffian,

tq atas komen dan kunjungan. susah tau mau kasih senarai tu. kalau ada pertandingan tertutup km bolehlah. kalau main senarai saja, nanti ramai yg mangaus tu, hehe.

RumbiaMasolog said...

Tahniah Sang Guru.. Semoga akan terus mengharumkan nama KM...

Umar al-Longobi said...

daapo pinsan ison, yoku nga waro e sabat kabarasan.

Boros di taki daton
Ong andang ko osiou
Aratu Id loutan
Sumilliu ko dot pulou

nunuka korotion diti?

JMimie Mabin said...

SAM sgt berbangga dan bertuah kerana mempunyai seorg nakhoda kapal yg sangat berkaliber, berwibawa dan berketrampilan spt Sanguru. Tahniah Sanguru & rakan2!
Teruskan perjuangan!

ILLIE said...

Tahniah kepada tekong & team!!...
sekalipun berdebat dengan ahli2 politik,saya rasa tekong boleh "makan".Ciri-ciri seperti ini lah yang kita mahu dari pemimpin kita.Pemimpin yang fikirannya berfungsi.

Kekalkan kegemilangan ini!!

SANGURU said...

Terima kasih semua. Kawan-kawan saya bah yang hebat itu : cikgu charles kuminding dan Cikgu Sivakumar Krishnan....