SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 23, 2009

LONGKANG PERLU SEGERA DIBAIKI

KOTA MARUDU: Semalam (Ahad, 23 Mac 2009), saya bersama isteri dan anak2 balik melawat keluarga di kampung. Kami singgah di kedai More Change sekejap untuk membeli beberapa keperluan dapur. Hanya isteri saya dan anak sulung kami yang masuk kedai, sementara saya dan anak bungsu kami menunggu dalam kereta.
Sementara mata saya menyelinap suasana sekitar pekan Kota Marudu, mata saya terhenti pada keadaan longkang berdekatan dengan kereta yang saya bawa. Saya turun dari kereta dan sempat mengambil gambar menggunakan HP Sony Ericsson W890i.
Melihat keadaan longkang tersebut, rasanya sudah agak lama ia dalam keadaan begitu. Saya memikirkan keadaan tersebut perlu diambil tindakan segera sebab keadaan2 yang mungkin boleh terjadi akibat keadaan longkang tersebut adalah seperti berikut;
1. 'Kemudahan' orang untuk buang sampah.
2. Membahayakan orang ramai, terutamanya kanak2 kalau termasuk dalam longkang tersebut.
3. Penutup simen yang patah dan sampah2 di atasnya bakal menutup laluan air longkang, dan seterusnya menyebabkan pembiakan kuman, nyamuk dan segala sekutu mereka.
4. Kalau hujan lebat, kamu kira air longkang akan mengalir ke mana?
5. Tayar kereta kalau termasuk dalam lubang tu, macam mana?
6. Sekurang2nya pun tak sedaplah mata memandang. Tempat yang menjadi tumpuan orang lagi tu.
Saya bukannya nak menyibuk sangat, tapi kepada mereka yang berkenaan tu, takkanlah simen dua biji penutup longkang tu pun tak boleh bikin? Berapa sen saja peruntukan yang kena guna untuk baiki penutup longkang tu berbanding kerosakan yang bakal berlaku akibat keadaan longkang tersebut. Takkanlah dalam 365 hari, satu hari pun tidak ada masa untuk baiki longkang tersebut. Masa untuk minum kopi banyak pula? Berjam2 di kedai kopi. Rujuk artikel ini untuk mengetahui Fungsi2 Majlis Daerah.

10 comments:

Umar al-Longobi said...

diharapkan yg berkenaan dapat mengambil tindakan sepatutnya. berfungsilah sptmana adanya. rakyat KM semakin celik. mereka pasti akan menilai..

Little Mike said...

bagi saya artikel ini bukan memandai-mandai tetapi lebih kepada asas iaitu PRIHATIN. Perkara kecil begini selalu tidka orang nampak sebab jadi 'kebiasaan' tapi kebiasaan itulah yang selalu melalaikan tugas...

Perkara kecil musibah besar. Harap ada tindakan segera.

ming2elly said...

good comment, saya akan cuba usahakan pembaikan ini melalui syarikat saya bekerja nanti...

saya suda pernah minta budget untuk penutup parit ini, cuma dapat sebilangan sahaja peruntukan untuk penutup parit, yang telah dilaksanakan oleh konsesi syarikat kami, jalan cempaka, jalan korongkom & jalan marudu. cuma belum dapat tampung untuk menutup kesemua parit yang masih belum mempunyai penutup. yang ison gambar ni, actually baru2 juga suda dibaiki tu, saya sendiri ada melihat orang bekerja untuk memasang semula, dan yang gambar tu memang yang baru punya! mungkin ada dalam 2 bulan baru siap tu.

dan kerja itu bukan dilakukan oleh syarikat kami, tetapi kemungkinan peruntukan dari pejabat daerah sendiri. bos saya pun ada tanya tentang perkara itu, saya juga berharap agar proposal saya di masa depan akan diberikan dari JKR untuk membaik pulih penutup yang rosak...

ison said...

Hehe... ming, saya rasa dorang telampau mau untung bah tu. Kalau saya tingu betul2 tu simen penutup longkang tu, macam tidak cukup simen ja tu. Tulang besi dia pun tidak kuat. Bajet sana sini, last2 patah balik tu penutup.

Inilah sikap kontraktor yang pentingkan diri sendiri. Asal siap, tdk risau ttg keselamatan orang lain. Lebih baik dorang bagi ja kontrak/peruntukan tu sama kamu utk bikin balik tu ming.

ming2elly said...

actually sya pun suda tinguk cara diorang buat tu hari, memang dalam hati sya suda teka memang patah balik dalam jangka masa terdekat tu. itu peruntukan dari MCDC, tia tau siapa la kontraktor tu... asal siap saja tu kerja sya tinguk...

ILLIE said...

inilah masalah kalu kontraktor yang lebih mementingkan "poket"daripada kualiti kerja..macam projek kasi tar jalan masuk kg Tingkalanon..2x diurang buat..1st time tu kontraktor buat cincai..nama sija jalan tar tapi nipis sija..sakali banjir datang..nah sumua hangkang.

2nd time dapat peruntukan lagi..baru puas hati.kontraktor yg dapat tu projek buat butul2 kerja dia..tar pun tebal..baru2 banjir melanda kg tapi jalan dia masih ok.

kontraktor2 tempatan patut diberi bimbingan yg cukup.susah juga kalu talampau cari untung sija tapi kualiti kerja..sumua kunsikang.

azirulgcarl said...

adess...kasih baik tu cepat2..hehehehe...

ming2elly said...

yang jalan masuk kg tingkalanon tu under maintenance PKM. diorang buat yang kali kedua tu sya rasa adalah fund dari flood disaster, state punya. yang dalam sikit mau limpas sungai tu, itu tar yang nipis tu adalah 1 jenis jalan berturap yang dipanggil " PROBASE "

diorang akan buat dulu tu road base dia, then compact cukup2, kemudian kasi spray tu minyak hitam, tu minyak hitam ada 2 jenis tu, kena campur dulu baru spray, lepas tu, ditaburkan dengan chipping untuk membuatkan jalan tu keras dari permukaan nya...

ataupun yang memang tu aspalt ko cakap tu illie...?

SRIXON said...

saudara tdk sentuh pun itu peniaga PATI sepeti Bugis/Pakistan/India di Kota Marudu!

ison said...

Kadadapo kabo Srixon. Orikatan i ilo titinoo. Subai amu magaago tobo. Soro seso pembulayon. Intuanan, milom obubusan. (Just best described in native tongue). Hee...