Biasiswa Kementerian Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Jepun (Monbukagaku-sho)
Setiap tahun, akan ada peperiksaan di Malaysia dan hampir di seluruh dunia untuk mendapatkan biasiswa ini. Soalannya ialah di peringkat A-Level atau diploma, dan persaingannya sangat sengit. Oleh itu, seseorang perlulah bersedia dari awal untuk merebut biasiswa ini.
Biasiswa JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan banyak program untuk ke Jepun. Antaranya ialah:-
- Ambang Asuhan Jepun (AAJ) : Kursus persediaan di Universiti Malaya selama dua tahun, di mana tahun pertama ialah pendidikan asas kejuruteraan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, dan pelajaran Bahasa Jepun, serta pelajaran dalam Bahasa Jepun sepenuhnya pada tahun kedua. Pelajar akan dihantar ke Jepun pada tahun ketiga dan akan mendaftar di kebanyakannya universiti awam di Jepun bermula tahun pertama. 10 pelajar terbaik setiap tahun akan mendapat biasiswa Monbukagasho, bukan daripada JPA.
- Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun (PPKTJ) : Kursus persediaan untuk ke kolej-kolej teknikal di seluruh Jepun (peringkat diploma) selama dua tahun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Jalan Semarak. Pelajar akan belajar selama dua tahun di UTM dan tiga tahun lagi di kolej teknikal di Jepun (tahun 3, 4, 5). Selepas tamat di kolej teknikal dan memperolehi diploma, pelajar yang berhasrat menyambung pelajaran di universiti adalah dikehendaki memohon semula biasiswa kepada JPA, dan JPA biasanya hanya meluluskan biasiswa untuk bidang-bidang kritikal sahaja. Pelajar juga boleh menyambung pelajaran ke universiti dengan biayaan sendiri. Bagaimanapun, perlu diingat, yuran di universiti di sini agak mahal dan peperiksaan kemasukan ke universiti-universiti berbeza tahap kesukarannya mengikut taraf unversiti tersebut.
- Program guru untuk melatih guru-guru bahasa Jepun (yang saya tidak tahu mendalam)
- Program untuk pegawai kerajaan (juga saya tidak tahu mendalam)
Biasiswa Yayasan Pelajaran MARA (YPM)
YPM juga mengeluarkan biasiswa di bawah projek dasar pandang ke timur. Kerajaan Malaysia meminjam wang daripada Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh pemulangan yang panjang untuk membiayai pendidikan ke Jepun. Wang ini diuruskan oleh Unit Dana, Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Program yang dijalankan oleh YPM ialah Program Ijazah Berkembar Jepun (JAD). Sewaktu kontrak pertama 1993-1997, program ini dikenali sebagai JMC (Pusat Matrikulasi Jepun), yang mana pelajar akan belajar asas kejuruteraan dan bahasa Jepun selama dua tahun di Malaysia sebelum mendaftar empat tahun di universiti di Jepun. Bermula kontrak kedua (1999-2005), ia dikenali sebagai JAD iaitu dua tahun di Malaysia (tahun asas dan tahun pertama universiti) dan tiga tahun di Jepun (bermula tahun dua hingga tahun empat). Kontrak ketiga kini telah bermula di Unisel, tetapi masa belajar di Jepun telah dipendekkan iaitu tiga tahun di Malaysia dan dua tahun di Jepun. Terdapat lebih kurang 20 universiti konsortium yang bersetuju mengambil pelajar-pelajar ini jika lulus peperiksaan dan temuduga, dan kebanyakan universiti ini ialah universiti swasta yang mana yuran pengajiannya jauh lebih mahal daripada universiti awam. Terdapat juga beberapa universiti awam yang merupakan ahli konsortium. Bidang yang dibenarkan di JAD ini biasanya hanyalah kejuruteraan.
Biasiswa PETRONAS
Pelajar di bawah tajaan PETRONAS biasanya mengambil masa agak lama menamatkan pengajian, kerana mereka terpaksa bermula dari Sekolah Bahasa Jepun di Jepun, kemudian terpaksa mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti (yang sememangnya sukar) sama seperti pelajar Jepun lain. Bagaimanapun, pelajar-pelajar ini biasanya sangat berdikari. Bidang yang dibenarkan oleh Petrnoas biasanya lebih luas, meliputi kejuruteraan, sains, ekonomi dan pengurusan.
Begitulah sedikit sebanyak beberapa biasiswa untuk ke Jepun. Yang penting ialah semasa memohon dan temuduga. Pelajar perlulah pandai menonjolkan diri supaya dipilih menerima biasiswa ini.
Semoga suatu hari nanti,ramai pelajar dari Kota Marudu yang berani untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.

5 comments:
Satu informasi yang boleh menjadi pilihan untuk adik-adik lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran ke peringakat yang lebih tinggi.
" Suke desu. Domo arigato gozaimasu " (ngaam kelo owo bro)
Congrats bro ille.
itulah bilang urang itu utak urang jipun ini paling pengait suka bikin kasi kuat jumbatan atau bangunan. mungkin betul mungkin karut. haha.. tp, faktanya adl jepun maju. sy setuju supaya ada org kita yg mendalami cara pengurusan eko dan cara berfikir org sana. well done bro!
tahniah.. maklumat yg sgt baik.. mgkn tiba masanya kerajaan atau badan swasta yg lain menawarkan biasiswa dalam Pengurusan dan Pemikiran Orang Jepun... bah.. kanil mari la kita apply...hehehe..
saya salah seorang yang mengikuti program diploma di kolej teknikal.boleh bertanya lanjut kepada saya jika mahu tahu lebih lanjut.saya masih menuntut di Fukushima National College of Technology di tahun keempat.
---- > boleh berikan id yhoo ...banyak yang saya nak bertanya berkaitan PPTKJ ..
Post a Comment