SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, March 3, 2009

Menjejaki jutawan senyap

Bila membaca tulisan Umar al-Longobi tentang jutawan senyap,saya terpanggil untuk membuat entri yang simple ini. Hi, salam semua, Sudah agak lama saya tidak membuat entri di laman blog SAM ini tetapi tidak bermakna saya tidak mengikuti perkembangan blog yang istimewa ini.Bila berkata tentang jutawan senyap pula teringat saya pengalaman berniaga kecil-kecilan di Tandek dan Bandau. Sebenarnya budaya berniaga ini sudah lama bertapak didalam masyarakat kita.Dulu diawal tahun 60an saya melihat orang-orang dusun turun ke Tamu Tandek membawa barang dagangan berupa sayur-sayuran dan buah-buahan.Manakala orang-orang bajau pula membawa pelbagai hasil laut dari ikan segar,lokan hinggalah ikan kering.Dan ada juga yang menjual kuih-muih. Kerana ketiadaan wang mereka bertukar-ganti (Barter Trade) barang dagangan mereka dengan kadar tukaran yang mereka tentukan sendiri berdasarkan keikhlasan hati.Begitu hebat dan indahnya hubungan dagang yang mereka jalinkan.Tidak seperti sekarang dimana ada peniaga yang menipu melalui timbangan dan macam-macam lagi.Tapi Insya Allah orang kita tidak begitu dan dari pengamatan saya orang kita masih seperti dulu. Menurut kata almarhum ibu saya,datuk saya Unggut ( saya rasa beliau adalah datuk anda juga sebab seperti kata sanguru tokou ih tokou) dulu juga seorang peniaga.Beliau menjual binatang ternakan seperti lembu dan kerbau.Selain itu beliau juga menjual kuda yang telah beliau latih sendiri kepada pembesar-pembesar Inggeris sewaktu zaman pemerintahan British Chartered Company dahulu. Biasanya kerbau dan lembu dijual di tamu Kota Belud dimana datuk Unggut akan membawa binatang-binatang ini dengan dibantu beberapa orang pembantu secara berkuda.Mereka akan menunggang kuda beramai-ramai membawa sekumpulan lembu dan kerbau dari Tandek sampailah ke Kota Belud. Manakala kuda pula biasanya akan ditempah oleh para pembesar inggeris dan kuda ini dilatih terlebih dahulu oleh datuk Unggut.Saya sendiri pernah melihat bagaimana datuk Unggut melatih kuda-kuda peliharaannya.Waktu itu saya masih kecil lagi.Ibu membawa saya ke rumah datuk Unggut di Luntuk.Rumah datuk Unggut terletak diatas sebuah bukit.Diatas bukit terdapat satu kawasan lapang dan agak mendatar dimana datuk telah mendirikan kandang kuda dan terdapat sebuah kawasan lapang berbentuk bulatan tempat beliau melatih kuda.Sayangnya saya hanya dibenarkan melihat dari jauh kerana datuk Unggut takut saya disepak kuda sedangkan jauh disudut hati saya teringin sekali menunggang kuda seperti koboi.Hahaha.... Ibu pula sentiasa berusaha mengajar kami dan membudayakan perniagaan didalam diri kami adik beradik.Kami diajar menjual kuih-muih, aiskrim,sayur,buah-buahan,jagung yang telah dikeringkan dan direpuh,tembakau,kopra hinggalah binatang ternakan seperti lembu. Otok menjual kuih di Bandau Saya masih ingat almarhum ibu saya pernah berkata "saya tidak pernah sekolah,saya tidak pandai macam bapa kamu...ini saja yang saya dapat ajar kamu".Sebenarnya tanpa beliau sedari ibu telah menanam modal insan dalam diri kami dan ramai lagi.Dan saya rasa inilah yang perlu dilakukan oleh pihak berwajip terhadap para peniaga jalanan supaya melihat skop perniagaan itu dengan lebih luas lagi. Kata pepatah cina ada mengatakan kalau mau makan 1 bulan, tanamlah tauge.Kalau mau makan 3 bulan, tanam jagung.Kalau mau makan 1 tahun, tanam padi.Tapi kalau mau makan seribu tahun,tanamlah orang.Tanamlah kemahiran dalam diri seseorang itu,beri bimbingan sewajarnya supaya mereka tahu bahawa disekeliling mereka masih banyak peluang yang ada. Ibu dan adik tercinta.Semoga roh ibu ditempatkan bersama para syuhadah. Hingga bertemu lagi dilain entri......salaaaammmmm

5 comments:

Nazri Aldusuni said...

memang btl aki unggut merupakan usahawan n jutawan d zamannya. masi dlm ingatan sya beliau kalau ke salimandut tahun2 70an ... dia dan seluar hitamnya, baju sedikit terbuka butang... mcm 'pandikar'd pinggang ada ' dangol ' aik ada lagi cigar d kpla ... buli tahan ' orodot ' ketika i2 ramai2lah kami tidur d rumah c igang. sbp sanala selalu dia singga tdur kalau ke kg2 sbla talantang om longob .. tmpta aki pondok. d salimandut odu e'naun merupakan karabat aki unggut..ba cuba kta kunu keturunan datuk unggut tulis sejarah aki unggut ni....

Umar al-Longobi said...

sdr. kyro,

tahniah atas entri yg bagus. masa di IPT dulu sy ada seorg kwn berbangsa cina. sy tanya dia, lepas habis belajar ni nak kerja apa? dia jwb, sy tidak mahu makan gaji. sy mahu buka bisnes langsir dan tekstil.

inilah paradigma rakan kita yg berbangsa cina. sy tidak mengatakan makan gaji itu x bagus (sy pun mkn gaji juga, hehe) tapi tidak salah kita pecahkan lagi tradisi org kita. kebanyakan kita ajar anak pun amat monotonous.

ayik2 tanya, "...kalau kau sudah basar mau kerja apa. karani? doriso? pulis?...". apa salah kita tanya, "...nak, bila basar kau mau bisnes apa?" menanam kerangka `jutawan senyap` dari kecil itu amat penting.

Mogoron said...

Salam perkenalan kyro, betul katamu datuk mu itu antara aki saya yang disebut-sebut oleh orangtua saya juga. Cuma tidak pernah nampak dan kenal. Anak-anak dan cucu-cucunya juga saya tidak kenal termasuk kyro sendiri.

Mungkin pernah terserampak di tamu Tandek tapi tidak saling mengenali. Saya pun tidak tahu mahu panggil kau pinsan atau aman. Apapun salam daripada kami sebagai antara waris Si Aki Unggut.

Entry kau ini mengingatkan diri saya sendiri juga. Apabila nampak gambar nostalgia hitam putih abangmu sedang berniaga, saya juga pernah melakukan perkara yang sama di kampung dan di sekolah dulu.

Pernah sekali saya membawa kuih ke sekolah di SK Masolog (masa darjah 4), jualan saya dirampas oleh pengusaha kantin. Saya terpaksa biarkan saja. Tetapi itu tidak mematahkan semangat saya berjual. Setelah bangunan baru siap agak jauh daripada kantin, saya mula lagi membawa jualan, kali itu si inan tidak sudah kacau sebab jauh sudah. Kini masih ada menyelinap di hati saya mahu berniaga. Mudah-mudahan ada jalan kearah itu.

Terima kasih kyro kerana berkongsi legasi kegigihan Aki Unggut dalam bidang perniagaan. Moga ia membangkitkan semangat kepada rakan-rakan pembaca dan kepada kita sebagai warisnya.

azirulgcarl said...

walaupun sy tak sempat kenal dengan Datuk Unggut tu tapi sy ada nampak pic dia...

sy suka baca cerita2 pasal datuk unggut ni...hehe..selalu juga mak sy cerita pasal dia ni pada kami...

SANGURU said...

tulisan sdr sering saya tungu2. Datuk unggut banyak sejarah. 1. peniaga dusun/pribumi pertama di tandek buka kedai dgn usahasama anak sulungnya arwah cikgu Hj. Baudi, mantan pertama MP Tandek. 2. Pemilik senjata api berlesan pertama di Tandek (mungkin juga kota marudu). Hdiah pegawai Inggeris yang bersahabat dengan datuk. 3. Pelatih kuda terkenal terkemuka) dan amat disayangi oleh pegawai/orang Inggeris.
SESUATU YANG PERLU DIKETAHUI DAN DIBANGGAKAN OLEH KITA AGAR IA BOLEH MEMOTIVASIKAN KITA LEBIH MAJU DARIPADA ALLAHYARHAM...Mampukah kita??? atau, sudahkah kita melangkaui kehebatannya???