SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 2, 2009

MINYAK WANGI Istimewa

Salam semua... Mungkin posting saya ada kali ini agak berbeza sedikit dan memang BETUL2 lari dari ruangan khas saya dalam SAM ini. Tapi mohon maaf seribu ampun dulu dari semua rakan2 SAM terutama Tekong Sanguru sebab obongol (degil) betul saya mau posting ini cerita. Sebenarnya cerita ini agak lucu juga namun ada pengajaran tersirat yang perlu kita fahami sesuai dengan pemosnya cerita tatee karabau (tahi kerbau) di kaki2 lima kedai Pekan Tandek seperti yang diposting oleh Saudara Tulun Kimaragang (TK) dalam blog beliau http://tulun-kimaragang.blogspot.com/. Begini ceritanya tentang MINYAK WANGI Istimewa ini; Ada seorang mamat masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat 8 sebuah bangunan. Sampai di tingkat 3, masuk seorang gadis cun melecun lalu menyembur minyak wangi ke tubuhnya. "Ini minyak wangi mahal tau, jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," Katanya dengan sombong.
Mamat itu bengang gila. Apabila tiba di tingkat 6, masuk pula seorang Mak Datin, juga menyembur minyak wangi ketubuhnya. "Minyak wangi Vecinza dari Itali berharga RM1000 sebotol tau," kata mak datin lagi angkuh.
Sampai di tingkat 8, pintu lif terbuka dan mamat tadi bersedia untuk keluar dari lif. "Prooooooooooottttt!!!!!.." sebelum mamat itu keluar, sempat juga dia mengeluarkan 'gas aslinya' dalam lif. "Telur rebus kedai mamak, tak mahal cuma 50 sen sebiji ja..." kata mamat itu selamba sambil meninggalkan kedua-dua perempuan yang mula muntah dalam lif.. NOTA: Mari kita renungkan pengajaran dalam cerita ini. Ketawa, ketawa juga aaahhh..:) Sumber : Majalah Rapi

6 comments:

ming2elly said...

sekilas pembacaan saya tentang tu cerita, adalah lebih baik kita jangan suka menunjuk-nunjuk tentang apa yang kita ada dan mampu, sebab orang lain tak mungkin akan senang dengan cara kita... dan jangan la kita pula membalas dengan cara dengki ataupun membenci... sesungguhnya, apa yg kita ada, syukur ianya dari tuhan...

betul ka apa yg saya tafsir ni? sorry kalau tia betul pula...

NONG said...

Setiap individu punya pendapat tersendiri tentang entry di atas. Dan apa yang Ming ulas tu memang ada kebenarannya...:)

TULUN KIMARAGANG said...

hehehe...nasip baik ko inda kasi post pasal beg kulit buaya sama beg sandang berjenama nike sija...

Tanak Gouton said...

Hahahaaa...memang sangat lucu entry ini.Bijak..bijak..
Punya pengertian yang luas dan pelbagai..sekali sekala selitkanlah unsur2 humor dalam posting untuk blog SAM ini supaya orang tidak jemu untuk berkunjung...

azirulgcarl said...

emmm..tidak sopan orang yg buat bunyi prroooott tu...hehehe

tAtA said...

aina kaknong... sa mo order tu minyak wangi tu mamat tu... murah pula..... 50sen sja...mgkn klu beli byk blh dapat less prize tu... hehehehee

pengajaran&tauladan yg tersurat & tersirat sudahpn ada dlm post ni.. terserah pada diri sndri sjalah...

meet again next time.