SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, March 13, 2009

NOMBOR BERTUAH

ACS: Salam damai kepada semua pembaca SAM. Lewat pagi tadi saya mendapat SMS dari seorang sahabat yang juga merupakan saudara dekat saya. Kandungan SMS tersebut menuntut agar saya memasukkan artikel ini pada hari ini juga. Izinkan saya bercerita secara santai saja. Saya berikan tajuk artikel ini, 'nombor bertuah'.
Saya bukanlah seorang yang suka percaya kepada perkara2 mistik. Saya tidak taksub kepada maksud2 di sebalik sesuatu nombor, hari, bulan, ataupun tahun. Namun pada hakikatnya memang ada orang yang kita dapati selalu saja bertuah dan ada juga orang yang selalu malang. Contohnya ada orang yang tiap2 kali ada acara cabutan tiket bertuah, selalu saja menang walaupun beli satu tiket saja, berbanding dengan orang lain yang beli berpuluh2 tiket, tapi tidak ada satu pun yang menyangkut. Orang itu memang bertuah pada waktu itu. Saya menggunakan nombor handphone peribadi dari Celcom Network. Tiga nombor pertamanya ialah nombor talian bebas tol, manakala tiga lagi nombor terakhirnya ialah 339. Nombor di tengah2 ialah 9. Nombor telefon rumah saya juga berakhir dengan 339, dan nombor telefon/fax ACS juga berakhir dengan 339. Apa yang significant sangat dengan nombor2 ni? Saya tamat pengajian perubatan pada bulan 3 2002 dan konvokesyen pada 3 hb Ogos 2002 sempena Konvokesyen UKM yang ke-23. Sebelum saya resign dari government service, saya telah bekerja di 3 buah hospital di 3 daerah yang berbeza. Rumah saya di Tuaran juga di lot no. 3, dan saya merupakan pembeli ke-3 yang siap menyelesaikan urusan jual beli rumah dari pemaju di taman perumahan tersebut. Pada tahun ini saya akan genap berumur 33 tahun. Ada 9 cabaran untuk Malaysia mencapai wawasan 2020. Sehingga tahun 2010, kita sekarang masih berada dalam Rancangan Malaysia yang ke-9. Pada PRU ke-12 yang lalu, 5 buah negeri dimenangi oleh pembangkang. Hanya 9 buah negeri yang dimenangi oleh BN (ini bukan bermaksud saya orang kuat BN). KM pula, harap2 tidaklah menunggu sampai 9 tahun baru boleh maju sekurang2nya setanding dengan daerah lain yang lebih maju. SAM pula setakat ini, sudah melepasi usia 2 bulan dan melangkah masuk ke usia 3 bulan. Pada hari ini 13-03-2009 (339), merupakan tarikh keramat kepada mereka yang genap usianya 39 tahun. Apa yang lebih manis, ada seseorang seperti itu di dalam SAM. Peribadi itu sangat penting kerana tanpa beliau, SAM seperti sekolah tanpa pengetua, seperti kelas tanpa ketua kelas, dan seperti adik-beradik tanpa taiko. Di kesempatan ini, marilah kita sama2 ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-39 buat Tekong kita, Sanguru. Minta maaflah tuan, kita semua ni berjauhan. Susah mau buat majlis hari jadi. Kita nanyi sajalah lagu Happy Birthday dan potong kek di alam maya. Nunga, Hee... Nota: Setiap orang sebenarnya bertuah. Hanya perlukan hati yang penuh kesyukuran untuk menyedari dan menghargai tuah masing2. God Bless all of us.

9 comments:

AIRMAS said...

Salam An, 'Allah Selamatkan Kamu 3X ....."(Nyanyi macam dlm filem Labu Labi he he he) Selamat Hari Lahir ke-39 - Semoga panjang umur dan murah rezeki dan sehat2 selalu. - Kak Liau

NONG said...

NUNGA...
HAPPY BIRTHDAY TO SANGURU.
Moga panjang umur dan terus dimurahkan rezeki..Tuhan memberkai..

Little Mike said...

selamat hari lahir
selamat hari lahir
selamat hari lahir sanguruuu...
selamat hari lahirrrr...

aku menyanyi seorang diri dari KL. Selamat ulang tahun ke 39- Sanguru. Semoga terus diberkati dan dimurahkan rezeki...

Mogoron said...

Ai Tekong, abis juga kau soogi gam itu tapui lilin?

Inda mari ki agagaan kalau 39 la tapui lilin di kasi soogi.

Selamat panjang umur untuk terus menabur bakti.

SANGURU said...

nunga! ondos kuno koondom dogo. hehe. waro e' bala'ai. Torima kasih togugumu.
Ada juga bah, bini kasi raih. Kek dll. Anak2 pun ada bikin kad ucapan yang mengharukan. Saya konsikan disini:
"...slmt hari jadi ayah. saya sayang ayah. ayah tidak pernah mengecewakan saya...".
Terus terang, "nokoromou" oku yuuu...
TERIMA KASIH SEGALANYA.

Nazri Aldusuni said...

alamak sy ktngalan bas .... slmt dunia n akhirat utk tikung

JMimie Mabin said...

happy belated birthday tikung...minta maaf nakalambat mongucap..iti streamyx tobeti minangalung dogon. baru dpt akses internet hari ni.

Semoga panjang umur dan terus diberkatiNya.

RumbiaMasolog said...

Happy Belated birthday Sanguru... semoga termakbul apa yg diharapkan, diimpi-impikan, direncanakan dan diperjuangkan.

KaniL said...

To Sanguru....

Happy belated birthday from kanil and family.

Semoga dimurahkan rezeki, panjang umur, bahagia dan ceria selalu.

Salam Ceria Selalu...