SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 2, 2009

PEKAN TANDEK..Hidup Segan Mati Tak Mahu

Sumber Gambar : Rozan Muralang http://muralang76jr.blogspot.com

Dewan Serbaguna Ibarat 'RUMAH BERHANTU'
Tandas Dewan yang begitu uzur dan menakutkan dengan hutan belukar yang tumbuh meliar.

Bekas pasar tempat menjual sayur kini tinggal tunggul. Entah ke mana melayangnya bumbung segala.

Rumput panjang menyaingi bangunan

Deretan kedai yang sunyi dan gersang
Ditambah lagi dengan longgokan sampah yang mencacatkan pandangan. Bertali arus keadaan yang menimpa Pekan Tandek ini. Betul-betul SADIS..

SAM begitu terpanggil untuk menyuarakan nasib Pekan Tandek ini. Big thanks to Rozan Muralang kerana membenarkan copy & paste gambar ini dari blog beliau untuk santapan mata, minda dan hati kita semua. Sudah puluhan tahun telah berlalu, keadaan Pekan Tandek tidak jauh berubah, malah semakin TERUK tak terusai. Lihat saja pada gambar2 di atas. Ini bukan gambar yang diambil tahun lalu atau beberapa bulan yang lalu. Ini gambar terkini wajah Pekan Tandek. KENAPA harus berkeadaan begini? Kita sudah lebih 50 tahun merdeka, tetapi Pekan Tandek masih dibelenggu oleh jajahan 'keterbiaran'. Lalu kita sebagai anak watan Tandek harus menunding jari pada siapa? Salahkah kita bila kita bangkit keluar menyeru dan menyuarakan agar kita dibawa keluar dari jajahan ini?

Nota: Posting ini bukan bertujuan untuk menghentam pihak berwajib tak tentu fasal. Sekurang2nya lihat. Buka mata melihat realiti sebenar pekan Tandekku sayang...

12 comments:

Mogoron said...

Kotoluadan dialoi pinsan Rozan diti gambar. Akoi i kopitutun dialo nga kotutun okui banar di Aman Muralang mari.

Ilo no boh ong osianan tokow poh dat Tandek, tingan tokow noh monginlanji dat Tandek.

Nong, pangajaru noh oboh, nunu poh ot indadan tokow.

Little Mike said...

Pekan Tandek mcm kena 'shut down' pula... mcm teda orang. Pekan misteri.. kalau gambar ini diambil pada hari-hari biasa... pintu kadai betutup mcm nie,mcm teda orang buat bisnes... adeee... mcm nyawa2 ikan pula ni tandek... mangkali masa tamu saja yg 'meriah'...

ison said...

Ades, o'meriah' no mari di mula owo LM. Kee'ad tokow bo kokito diti Tandek tokow. Osupot, orunsab, oyongow, owutong, oringing, oyobpis, om osolot ot pomuabaan diomogun diti owo.

Nong, oturon dikoo ki. Tumampu oku i. Mogot ong waro po tongo reporter tiya dino. Posiaron po daton iti Tandek biano. Nunu ma kamaamalu. Oleed tokow no nomoomoluan ong ino po kiroon.

Tupono: Koromow oku kokito om mongingitung diti Tandek. Iyonon poomingkasaan daton di mula dara ilo...

Umar al-Longobi said...

sebenarnya isu kemalapan pekan tandek ini adalah `bola gantung` utk pembangkang. apa tunggu lagi pembangkang sekalian. war2kan isu ini, bagi cadangan bagaimana memajukan dan bongkar segala kebobrokan. mana sudah si Najis Rojak (yg selalu tukar2 nama) tu hehe... mongukarab poh kah gaman.

NONG said...

Mogorons..
Mokojaru dati 'yaalo' ad News Sabah Times atau Daily Express nono diti..:) Songkuro ka wo kalaad mengadakan gotong royong perdana ad Pekan Tandek. Mongoi oku e banar yoku bo..

LMike..
Betul apa ko cakap tu. Macam pekan yang kena serang zombie pula Pekan Tandek ini LMike. Memang HIDUP SEGAN MATI TAK MAU...adui..aduii

Anonymous said...

betul2 hidup segan mati tidak mahu ini.. Beberapa tahuan yang lalu, saya pernah dengar juga ura-ura yang pejabat adun akan ditempatkan di pekan tandek tapi samapi sekarang masih juga menumpang dengan pejabat parlimen di pekan kota marudu.Ini konon janji 'DIA' kalau masi lagi adun di sini..janji lagi. begitu juga janji seorang pemimpin kemajuan rakyat. kalau dia dilantik, dia akan buka pejabatnya di PEKAN TANDEK... sekali dah kena lantik..minta maaf. masih jga di tempat lama...

Satu lagi..setiap kali apa2 aktiviti yang melibatkan DUN Tandek, semua dibuat diPekan KM. Kenapa tak dibuat di Pekan Tandek.. Tumpang nama sajakah? Kalau Parlimen tak apalah kalau di Pekan KM.

Jadi sekarang semua sudah lihat...mana sudah orang2 yang mengaku sebagai pejuang kemunculan warga Tandek..bertindaklah..buat sesuatu yang mampu membuka mata 'MEREKA-MEREKA INI', Mereka yang tau minta puji saja tapi tidak pandai puji tempat sendiri...

Tanak Gouton said...

Kesian ini pekan saya tengok. Semacam terkena 'sumpahan' pula. ibarat 'KOMA', separuh hidup separuh mati..memang bijak c pengentry meletakkan tajuk HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU.

NOTA : Saya CABAR ini SAM (Suara Anak Marudu) membuka/mempelopori langkah pertama buat gotong royong untuk Pekan Tandek. Saya akan berikan kerjasama memanggil orang ramai untuk turut serta..

ILLIE said...

Saya harap MP Kota Marudu buat 'paperwork' dan rajin bersuara apabila pembentangan Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib tidak lama lagi..mana tau pekan Tandek dapat ampit sikit2 habuan..

Kepada YB N.5 Tandek,Puan Anita Baranting..cuba2 lah faham sikit keadaan sikarang..Setiap hari orang semakin bertambah, setiap hari kampung semakin bertambah luas, keperluan prasarana semakin bertambah besar..rakyat tidak akan bertanya apakah kerajaan cukup wang atau tidak, yang rakyat mahu ialah bila ada projek untuk pembangunan di Tandek dan sebagainya..Jika tidak sanggup mendengar keluhan dan kehendak rakyat Tandek yang tidak berhenti-henti ini, next election inda payahlah jadi calun di kawasan N.5 Tandek..senang cerita kan..bagi peluang bagi mereka yang betul2 ikhlas untuk membawa seberapa banyak pembangunan dan kemajuan kepada rakyat di Tandek khasnya.

Little Mike said...

Kalau bukan kita dipisah2kan oleh kerjaya dan tempat... Saya rasa SAM lebih awal mengorak langkah terbaik..

Apa pn, tekong sedang berhubung dengan ajk pekan tandek untuk memberikan mereka pandangan sesuai berkenaan situasi pekan tandek sekarang..

SAM.. sahut cabaran Tanak Gouton! Saya tahun ini lagi berada di rantau orang. Kemudian saya akan 'menjadi orang' tandek sepenuh masa...

ada juga ba sakup, sangkul, gagamas sana di rumah.. bila2 masa sya mo pakai itu... hehe

NONG said...

LM..
Baa...kita mulakan langkah pertama kita nanti. Saya dengar juga ko akan menetap di kampung sudah nanti kan.Bulan April ka kalau inda silap.Dari sepupu kita bo sya tau ni..heheheee.
Persatuan Belia dari kampung saya akan saya bawa 'masa' itu nanti...

SANGURU said...

sebenarnya, ada usaha untuk meramaikan tandek dengan mewajibkan pesakit luar mendapatkan rawatan di klinik besar tandek. Tapi...taukah anda kenapa arahan itu tidak jadi kenytaan? Cuba siasat sendiri....ANDA PASTI GERIGITAN kalau tau mengapa.

"Ramai" itu penting, khususnya kepada peniaga. Jika pendapatan sedikit, berbaloikah membayar segala macam cukai kepada pihak berkuatkuasa tempatan?

Dan...jika tidak ramai, siapakah yang akan membeli hasil pertanian orang2 bukit???

Tidak terfkirkah "beliau" tentang perkara ini, atau sibuk memikirkan "diri beliau".
(Hmm...maaf, saya agak keras kali ini. Lampau lama sudah "rasa" ini terpendam, dan membara setiap hari...).

How Are You? said...

Ba nanti dalam tahun ni kalau saya ada masa, saya buat program gotong royong..malas sia mo bising bising salahkan semua orang..

Nong, utuskan terima kasih untuk semua sukarela mcm you..hehe