SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, March 22, 2009

SALAM DARI PERANTAU ( BCT Japan 2nd Meeting) 13 March 2009

Lama suda inda kasi taru entri baru sini SAM..bukan singaja bah tapi sibuk sikit hehehe... Mungkin pembaca SAM sudah mengetahui mengenai BCT Japan daripada entri lama saya.Kepada mereka yang belum mengetahui,BCT ialah sebuah badan NPO di Jepun yang berfungsi untuk menyelamat hidupan hutan di Borneo khasnya di Sabah.Saya telahpun diterima sebagai salah seorang ahli badan ini.Pada 13hb Mac yang lalu saya telah menghadiri mesyuarat rasmi BCT dan telah mengetahui secara detail peranan utama badan NPO ini. Sebelum mesyuarat bermula,saya di suruh untuk memperkenalkan diri kepada ahli-ahli BCT lain dan saya memberitahu kepada mereka yang saya berasal dari Sabah.Pada masa yang sama saya mewakili seluruh rakyat Sabah,rasa terima kasih,haru dan kagum dengan usaha murni BCT demi melindungi hutan,sungai dan hidupan2 liar di Sabah.Mereka agak terkejut bila mengetahui ada orang Sabah dalam persatuan itu.Saya di tanya berbagai bagai soalan mengenai Sabah kerana sebahagian daripada ahli2 BCT ini tidak pernah berkunjung di Sabah. Pada kesempatan ini saya bertanya kepada ketua BCT,mengapa mereka menubuhkan BCT dan memfokuskan kegiatan BCT kepada Sabah? Saya diberi taklimat ringkas tujuan mereka menubuhkan BCT.Sebenarnya BCT bernaung pada sebuah syarikat pembuat pencuci alat2 dapur juga pembekal bahan2 makanan yang dibuat daripada kelapa sawit.Kelapa sawit ini hampir keseluruhannya diimport dari Sabah.Kerana atas rasa sedar,kegiatan penanaman kelapa sawit secara berleluasa di Sabah mengakibatkan pencemaran alam sekitar yang agak teruk dan sekali gus akan membahayakan aktiviti hidupan hutan yang terkawal seperti orang utan dan gajah borneo,maka itu mereka menubuhkan BCT.Pada awalnya mereka memberi maklumat kepada orang2 Jepun mengenai kegiatan penanaman kelapa sawit di Sabah dan mengenai hidupan2 hutan Sabah yang semakin terancam.Ketika ini setiap produk keluaran syarikat SARAYA Co.LTD akan terpampang logo BCT dan penerangan,setiap pembelian produk, 1% akan disalurkan pada BCT Japan untuk melindungi binatang2 hutan di Sabah. Saya difahamkan BCT Japan telahpun memulakan 1 projek di Sabah iaitu pembinaan jambatan gantung bagi kemudahan orang utan untuk melintas sungai.Projek ini semakin hampir siap di Kinabatangan.BCT merangka banyak projek untuk Sabah dan mereka sedang dalam perbincangan.BCT Japan juga telah menghantar beberapa ahli2nya untuk ke Sabah (STUDY TOUR) yang bertujuan mendedahkan ahli2 BCT mengenai keadaan hutan di Sabah. Di akhir mesyuarat,saya telah memberi tahu kepada ahli2 BCT Japan,daerah saya KOTA MARUDU juga adalah salah satu daerah di Sabah yang agak aktif dalam penanaman dan pengeluaran kelapa sawit.Saya agak terkejut bila mereka mengatakan tidak mengetahui daerah Kota Marudu juga mempunyai kawasan penanaman dan pengeluar kelapa sawit.Agak mustahil kalau individu2 di Sabah tidak memberi maklumat penuh kepada syarikat ini atau syarikat ini hanya mengimport kelapa sawit dari kawasan Sandakan dan Kinabatangan.Ketua syarikat ini mengatakan kepada saya,kelapa sawit di import dari Sabah,bermakna kelapa sawit dari Kota Marudu juga memberi sumbangan kepada syarikat ini. Kalau benar syarikat ini tidak tahu kewujudan penanaman kelapa sawit di Kota Marudu atau individu2 penting di Sabah tidak memberi maklumat tepat,saya akan "bersuara"..sekurang-kurangnya kelapa sawit dari Kota Marudu diberi perhatian.Kerana BCT ini juga mempunyai cawangan di Sabah yang ditunjangi oleh individu2 yang ada nama dan kedudukan. Saya sertakan carta oranisasi BCT di Sabah: Board of Trustees: Chairman Tan Sri Richard Allan Lind Former Sabah State Secretary, Malaysia Secretary Mr. Laurentius Nayan Ambu Director, Sabah Wildlife Department, Malaysia Treasurer Mr Yusuke Saraya President, Saraya Corporation, Tokyo, Japan Trustee Dato’ Seri Dr Salleh Mohd Nor Executive Director, TropBio Research Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Malaysia Trustee Datuk Patrick Mahedi Andau Former Director, Sabah Wildlife Department, Malaysia Chief Executive Officer Cyril Pinso Tan Chief Operating Officer Dr. Toshinori Tsubouchi Sabah Wildlife Department, Sabah, Malaysia Executive Secretary Irene Jintoni Program Coordinator Angel Majanggil Project Manager (Outreach) Ms. Patricia Mobilik Penasihat BCT Datuk Sam Mannan Director, Forestry Department, Sabah, Malaysia Datuk Eric Juin Director, Environment Protection Department, Sabah, Malaysia Datuk Haji Ag. Sahak Haji Ag. Salleh Director, Veterinary Services and Animal Husbandry, Sabah, Malaysia Dr. Isabelle Lackman-Ancrenaz Kinabatangan Orang-Utan Conservation Project – HUTAN, Sabah, Malaysia Mr M. C. Ismail Salam Director, Department of Agriculture, Sabah, Malaysia BCT Japan partners: Sabah Wildlife Department, Sabah, MalaysiaSabah Forestry Department, Sabah, Malaysia Sabah Parks, Sabah, Malaysia Bornean Biodiversity & Ecosystems Conservation (BBEC)HUTAN, Sabah, Malaysia Malaysian Palm Oil Council (MPOC)

5 comments:

azirulgcarl said...

wow..Tahniah!! Harap2 teruskan usaha ni. Promot Kota Marudu di Japan tu mmg baik sekali.

ming2elly said...

illie,

tolong bagi tau juga ni BCT, ikan2 yang ada dalam kawasan tanaman sawit ini juga terancam, terutama ikan native kita. malah air di dalam parit2 yang ada dalam kelapa sawit turut tercemar akibat aktivit pekerja yang mencuci tong pam racun di dalam saluran tu...

dan jika boleh, adakah mereka buli praktikkan mesra alam untuk saluran perparitan mereka di ladang2 kelapa sawit?

saya selalu catch & release di kawasan kelapa sawit juga...

ison said...

Hmm... banyak info yang macam terselindung atau sengaja diselindungkan oleh pihak2 tertentu di sini.

Semoga usaha murni ini akan dapat menyelamatkan 'bumi' kita daripada terus menjadi korban kerakusan manusia tertentu.

Teruskan perjuangan...

RumbiaMasolog said...

1st:
sungguh berbangga saudar ille berada dlm badan tersebut. Semoga dapat memberikan input dalam memperkenalkan lagi kota marudu khususnya dan Sabah amnya di mata orang luar.

2nd:
usaha yang sgt murni. kalau hutan dapat dipulihara dan dijaga dgn baik sudah tentu sungai2 kita tidak akan mati. Dan klu sungai2 ini tidak mati bukan sahaja kita boleh bermandi-manda atau melaksanakan aktiviti harian kita di sungai tetapi juga boleh melihat kembali ikan2 rancak berenang yg sudah semakin pupus skrg.

3rd:
Hutan yg terjaga dan tidak lg dirosakkan atas nama pembangunan akan mengembalikan juga hidupan liar yg kian pupus. Oleh itu dimasa akan datang pun anak2 kita akan berpeluang melihat hidupan liar ini di hutan kita sendiri.

4th:
Bila hutan terjaga maka kita boleh mengawal global warming walaupun kesannya mungkin tidak banyak. Namun jika usaha ini diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa dan ramai yg mengikutnya maka tidak mustahil dunia akan kembali ter'senyum'.

lastly:
Marilah kita ramai2 menyokong usaha ini....

Little Mike said...

jaga hutan kita, bumi akan berjasa kembali kepada kita....

Teruskan usaha illie...