SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, March 5, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
Salam hormat, salam sayang. Hmm, rindu membaca entry dan menulis tapi apa daya selama beberapa hari talian betul-betul meragam. Tapi setiap hari, saya tetap mengunjungi kedai kopi, minum kopi, sembang dengan rakan biasa, bukannya menteri...
Pasal kedai kopi. Beberapa hari lepas, saya singah minum di kedai kopi (restoran) Suria di pekan Tandek walaupun tidak haus untuk menemui orang-orang Tandek sambil melihat panurama harian di pekan sunyi itu. Benarlah dan jelaslah lensa oleh sdr. Rohzan M., dan tepatlah ulasan para pembaca tentang Pekan Tandek yang "hidup segan, mati tak mahu"...dan seperti gurauan Nong dalam tulisan beliau "Minyak Wangi Ajaib"...selalunya saya juga "disajikan" oleh aroma tidak menyenangkan yang berpunca dari najis lembu yang berkeliaran di pekan Tandek...Parit-parit besar di sekitar pekan Tandek pula, kadang-kadang masih boleh ditemui "koruk" bersaiz besar dan jalak. Barangkali sdr Ming boleh cuba-cuba "survey" dan "test power" di sana...
Berbalik kepada "kesunyian" pekan Tandek, kalau kita ikhlas berfkir kerana ikhlas untuk membangunkan atau "meramaikan" sesuatu kawasan misalnya pekan Tandek, memang ada banyak ilham akan terfikir sebagaimana yang diusulkan oleh beberapa orang "Permata Tandek". Sayangnya, "orang kerdil" tidak boleh disalahkan jika hanya mampu "mengangkat beban yang kecil" atau hanya mampu berkata atau menulis, kerana beban yang besar sharusnya digalas oleh "orang besar", apa lagi kalau itu memang TUGAS, KEWAJIPAN dan SUMBER REZEKINYA...

3 comments:

NONG said...

Salam Sanguru..
Woi kangku kie. Setiap kali buat kemunculan, pasti tidak rugi membaca entry Sanguru kerana penuh dengan kiasan indah mempersona namun cukup 'berbisa'.
Ketika berjalan sendirian di tamu Tandek tadi, saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya yang Bukan lagi bercampur aduk tapi sudah bercampur baur 'tahap dewa'( istilah c LtM Muss). Rindu pula dengan celotehnya.
Namun saya pasti Sanguru punya cara tersendiri. Jadi apa pun cara itu kami sentiasa memberikan sokngan dan kerjasama..

ming2elly said...

bagi saya, memang selalu melepak di parit2 sana, ( jangan salah paham k, sya melepak casting sana ) kalau sanguru ada nampak kurita sya sana parking siring2 tu ( hilux putih ) memang sya sedang casting sana. malah ikan jalak yang saya dapat baru2 ini di sana mencapai saiz 1 kg! cuba lihat entry post sya yang lepas... malah buli dikatak kotor juga lah beberapa bahagian parit tersebut, tapi tidak semua, cuma yg depan klinik tu ada kotor sikit... tapi populasi ikan di parit depan klinik tu agak kurang, yang selalu ada tu yang di seberang tamu tu dan di sebelah SMK tempat sanguru tu... harap alam sekitar turut diambil perhatian oleh pihak2 berkuasa yang terlibat...

Little Mike said...

Seperti BIASA, SANGURU padat dengan aksi-aksi satira dan sinikal yang berbisa dan berguna untuk direnung-renungkan.. Tidak rugi malah bertuah SAM bertekongkan TUAN. :)

Yang ini la saya boleh katakan BEBANGGA ya BERTUAH pun yaa... hehe