SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, March 10, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
Semalam minum kopi di rumah kawan. Kebetulan anak isteri beliau bercuti di semenanjung, jadi beliau "keseorangan". Memang "best" kalau minum kopi sambil tengok chanel yang ada siar cerita politik sikit. Channel 811 kami sengaja tak tengok sebab masih terasa "kecewa" dek kekalahan Datuk Lee Chong Wei malam kelmarin dalam All England edisi ke-99...
Puas kami tukar-tukar channel, tidak ada yang mengujakan atau menambah kebijaksanaan. Gagasan-gagasan yang dikemukakan semacam hanya retorik, cari nama, publisiti murahan bahkan "lari dari tajuk", mengulang perkara yang sama dari dahulu kala (maklumlah orang lama dahulu kala)....
Yang agak menarik tentang bab kemiskinan bumiputera. Dinyatakan bahawa jurang kemiskinan kembali melebar. Kawan saya dari Terangganu berkata, " apa erti 30% ekuiti bumiputera jika yang pegang kebanyakannya orang yang sama? Dan adakah dengan tercapainya 30% ekuiti itu maka kemiskinan bumiputera/Melayu telah selesai?"
Saya senyum. "Dan bagaimana mencapai 30% itu jika orang yang sama mendapat projek atau memegang ekuiti?", saya bertanya. Si kawan beri respon tapi saya "sensor" di sini sesuai dengan "pantang larang SAM"...
Sayangnya, topik yang begini baik...hanya "buang karan" tengok bila penganalisisnya adalah orang politik yang lebih mendepankan kepentingan politik dan hampir tidak menyatakan strategi dan cara praktik untuk mengeluarkan golongan miskin dari belenggu kemiskian.
Marah sungguh kawan saya. Menyampah dan meluat. Saya berharap dalam hati, semoga orang yang berkenaan di Kota Marudu ini juga tidak "buang karan". Banyak cara boleh bantu orang miskin. Kalau ngam cara, tak mustahil boleh jadi orang kaya. Masalahnya....kadang-kadang, orang kaya/berkuasa takut si miskin jadi kaya, jadi bijak dan berdikari. Hanya kerana risau golongan ini tidak dapat diperkuda, diperbudak dan diperhambakan lagi...
Opsss...hampir saya terlupa satu perkara penting: NAK BANTU ORANG BUTA, JANGAN RAMPAS TONGKATNYA. NAK BANTU ORANG MISKIN, JANGAN.....

4 comments:

ison said...

...RAMPAS HAK MILIK PUSAKA MEREKA (saya tolong saja si sanguru kasi abis tu ayat tu). Paham2 sajalah labu...

Little Mike said...

Orang miskin jangan dirampas lagi kemiskinan mereka yang sudah tidak berharta...

orang mcm ni bukan lagi bercakap 'biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya... diorg yang ikat si luncai dan buang sendiri dengan labu-labu yang ditebuk tikus... '

Nazri Aldusuni said...

rampas bin samun sja apa yg ada dlm periuk mereka ... biar mereka kaya dan biar si jutawan fakir ' sumpa mereka ' alang2... inda pandai sadar. mau d cakap pun perangai mereka inda juga sadar...

SANGURU said...

ADUIIII....dogo (slang orang Ranau).