SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, March 11, 2009

SECAWAN KOPI...

Oleh: Tekong SAM
(Hijau: warna kulit jagung)
SAM memang dah mula popular. Jumlah pembaca dah lebih 2000 orang. Ada seorang kawan saya dari seberang (Semenajung Malaysia) sangat minat baca SAM. Cuma beliau ada beri komen yang pada hemat saya sangat menarik. Kata beliau; " Korang, khususnya "orang besar" di Kota Marudu, janganlah ikut rasmi JAGUNG. "Pakaian" lawa berlapis-lapis tapi...keluar "BULU"...
Benarlah apa gurauan si kawan. "Baju lawa" tidak cukup. Kelulusan tinggi sampi Phd tak guna kalau memperbodohkan orang lain, apa lagi bangsa sendiri. Kekayaan diri juga tak ada maknanya jika tidak mampu mengembirakan orang lain, khususnya orang susah. Pangkat tinggi jua apa gunanya jika hanya menindas sesama manusia. Wajah yang tampan/lawa pun apalah ertinya jika...HATI BUSUK...
DAN APALAH ERTIYA MONUMEN JAGUNG KALAU HAKIKAATNYA MARUDU BUKAN PENGELUAR JAGUNG (ATAU PRODUK BERASASKAN JAGUNG)....

2 comments:

Little Mike said...

Stuju dengan SANGURU.
kerja, perspektif, misi dan visi akan dinilai pada hari pertama lagi seseorang itu bergelar pemimpin rakyat. Orang kampung juga tahu bercakap mengenai kriteria. Pemimpin yang intelek juga sepatutnya lebih tahu dari segi reaksi karisma dan idea.

SANGURU said...

jangan ikut rasmi "jagung" itu, bilang si kawan. Bilang orang tua2, ikutlah rasmi "padi"...