SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, March 13, 2009

SECAWAN KOPI....

HADIAH PALING ISTIMEWA
Oleh: Tekong SAM
Pekan Goshen, Restoran Khamsiah, 13.03.2009: Bukan rahsia lagi. Hari ini hari jadi ke-39 saya. Jumaat yang berkat dan saya juga lahir hari Jumaat. Kali ini saya menerima hadiah sangat istimewa. Hadiah daripada seorang "pelajar tua" yang saya bantu bersekolah semula. "Pelajar tua" itu berjaya lulus dalam SPM ( 2 kredit, 4 lulus) walaupun hanya belajar di tingkatan 4 dan 5, tanpa melalui tingkatan 1-3. Sdr/i terkejut? Ya...agak mengejutkan.
Ceritanya begini. Pada bulan febuari 2007, seorang "sumandak" (khaterin Abul) datang ke pejabat saya. Mula-mula saya fikir dia guru baru atau pelatih maktab atau kakak pelajar, tahu-tahu dia mahu belajar semula! Umurnya ketika itu sudah +17 tahun. Dipendekkan cerita, setelah melalui beberapa prosedur dan atas "sedikit" bantuan saya, "sumandak" itu berjaya belajar semula terus ke tingkatan 4 di SMK Tandek. Tindakan saya memang amat kontrovesi. Sejak hari itulah semakin ramai budak cicir jumpa minta tolong saya dan alhamdulilah setakat ini semua tidak saya kecewakan. Cuma saya kecewa kerana ada pihak tertentu yang kurang senang...saya tak salahkan mereka...
Saya begitu gembira hari ini. Kejayaannya pasti akan menutup segala kritikan. Tahniah khaterin, jika anda gagal, saya akan diperlekeh sepanjang kerjaya saya sebagai sanguru...ops GURU....
(Nota: Dikesempatan ini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang mengingati. Maaf, entry ini kurang sedap sebab saya kelam kabut taip. Restoran mau tutup...hehe...)

2 comments:

Nazri Aldusuni said...

luar biasa ...

Little Mike said...

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Di mana ada usaha di situ ada kejayaan..