SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, March 6, 2009

Sejarah dan Air Mata

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ' Lensa Minda'
Jalan menuju ke asrama, kira-kira 150 meter terletaknya dewan makan. Laluan dipenuhi semak sukar untuk dilalui
Usia kita hampir sama dengan pohon ini. Dahulu, pagi petang kita melewatinya dalam keadaan lapar, dahaga dan tangisan kerana kemiskinan. Di sebelah kanan pohon ini adalah laluan menuju ke asrama Yayasan Sabah, Kota Marudu.
Jalan masuk ke pejabat dan asrama Yayasan Sabah, Kota Marudu
Papan tanda pejabat Yayasan Sabah, Kota Marudu
Anda pernah mendapat bantuan...?
Apa agaknya catatan dalam fail ini ? Mungkinkah wasiat kepada anak-anak saat nazak menjenguk di kala keseorangan ?
Barangkali nama kita masih tercatat dalam sampul surat dan fail ini
Dulu fail ini sulit. Kini terbuka dan bertaburan dipijak kerbau liar
Tangga ke ruang pejabat atas
Mungkin nama kita pernah dipapar di papan putih ini untuk diperjuangkan
Demi anak-anak, ibu bapa kita pernah merayu dan menangis di sini
Ruang pejabat, kerusi dan meja tinggal bisu
Mercu tanda perjuangan
Bangunan ini pernah menjadi wira kepada pelajar miskin. Hari ini, dia dibiar mati keseorangan. Tiada pembelaan, sedang dulu, air mata dan cita-cita pelajar diperjuangkannya. Wahai anak-anak yang pernah kudodoi dan kukesat air matanya, kenapa aku dibiarkan ?

7 comments:

ison said...

Tempat ini bukan tempat yang asing bagi bapa kami dulu. Sewaktu dia mengurus biasiswa/pinjaman untuk abang kami, mogoron, tempat ini sudah menjadi ibarat rumah keduanya. Air mata dan keringat seorang bapa tertumpah entah berapa banyak di sini.

Sayang entah berapa ribu kali sayang, tempat ini kini hanya menjadi 'istana' ular, tikus, lipas dan segala macam binatang yang suka 'menetap' di sini.

YAYASAN SABAH, satu nama yang gah satu ketika dahulu. Kini ia semakin menjadi bahan jenaka di kedai2 kopi. Lihat saja 'pemandangan' yang sdra Naz paparkan di sini. Sungguh menyedihkan dan bahkan amat memalukan!

Nota: Siapakah yang bersalah?

ILLIE said...

Sebagai salah seorang daripada penghuni asrama Yayasan Sabah KM...saya betul2 sedih melihat tempat keramat ini menjadi sedemikian rupa.Ketika kami di arah untuk meninggalkan kawasan ini..saya sudah menyangka,mungkin sesuatu akan berlaku dan memang benar..lihat saja pada gambar anda mengetahui jawapannya.

Saya difahamkan tidak wujud lagi pentadbiran YS KM sekarang dan semua diletakkan dalam 1 kawasan pentadbiran iaitu Zon PBU.
Mungkin YBHG. Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil B. Datu Haji Jamalul selaku Pengarah Yayasan Sabah mungkin mengetahui sebab2 mengapa Yayasan Sabah KM tidak lagi berfungsi.

Kerajaan negeri harus bertanggungjawab dalam masalah ini.

How Are You? said...

I think there's no quotation to repair or demolish this building. Contractors are waiting..Good job Mr.

Nazri Aldusuni said...

Yayasan Sabah Kota Marudu tidak harus d lupa, Terima kasih YSKM.

Little Mike said...

Banyak kerja yang perlu difikir-fikirkan dan perlu dibuat... Mana pihak yg berkaitan?

NONG said...

LM..mungkin pihak yang berkaitan hanyut dibawa arus dunia yang terlalu DERAS..:)

SANGURU said...

Harap YSKM tidak dimusnahkan. apa salah dipinjamkan bangunan utk kegiatan para ngo, belia, pstn dll. adehhhh sayang bah itu. nostalgia..