SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, March 9, 2009

'SETITIS DARAH SEJUTA HARAPAN'

KOTA MARUDU: Pertubuhan Kominiti Penderma Darah Malaysia (Komuniti Perdarah) peringkat daerah Kota Marudu (KM) akhirnya berjaya ditubuhkan dan telah mengadakan mesyuarat rasminya yang pertama pada hari Ahad yang lalu (kelmarin, 08 Mac 2009) bertempat di Dewan Sri Posisang, Hospital Kota Marudu. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Androd Sadian, dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Pertubuhan Komuniti Perdarah Malaysia, En. Pandan Sigar bersama isteri, dan setiausaha agung pertubuhan En. Firdaus@Petrus Abdullah. Komuniti Perdarah merupakan satu pertubuhan sukarela (non-profit organization) yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menderma darah dan juga untuk menghargai mereka yang telah berkorban 'menumpah'kan darah demi menyelamatkan nyawa orang lain. Pertubuhan ini bekerjasama erat dengan pihak hospital dan pihak berkuasa tempatan bagi melicinkan usaha2 kempen derma darah yang bakal diadakan. Penaung pertubuhan ini di peringkat KM ialah Pegawai Daerah sendiri. Sesuatu yang unik untuk dinyatakan di sini ialah Komuniti Perdarah KM merupakan cabang dari pertubuhan induk yang pertama di Malaysia. Suatu langkah yang dianggap berani dan proaktif oleh penggiat2 NGO KM. Langkah ini dianggap sejajar dengan status daerah KM yang menduduki senarai teratas sebagai daerah yang mencatatkan jumlah pesakit talasemia paling ramai di Malaysia. Hospital daerah KM juga telah menjadi salah satu pusat saringan darah di Malaysia.

Dari Kiri: Pn. Rapiah Supu, Dr. Nellson Maisin, En. Androd Sadian, En. Pandan Sigar, En. Reggy Ugang (separuh badan).

Antara ketetapan2 yang dicapai dalam mesyuarat tersebut ialah usaha mengenalpasti bilangan dan nama2 penderma darah di KM, kempen 1 rumah 1 penderma, dan rangka aktiviti2 ke arah meningkatkan komitmen orang ramai untuk menderma darah dengan sukarela. Sehubugan dengan itu satu mesyuarat induk Kominiti Perdarah Kebangsaan akan diadakan pada 21 Mac 2009, dan akan turut dihadiri oleh wakil2 daripada Komuniti Perdarah KM. Pada masa ini orang ramai adalah digalakkan untuk menganggotai Komuniti Perdarah ini dengan yuran kemasukan sebanyak RM50 dan yuran tahunan sebanyak RM15 sahaja. Jumlah ini tidaklah terlalu besar jika dibandingkan dengan pahala yang Tuhan beri atas pengorbanan penderma darah yang tak ternilai harganya. Sesungguhnya 'Setitis Darah' memberi 'Sejuta Harapan'. Nota: Untuk menjadi ahli dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Tekong SAM, atau saya sendiri. Ponsikou toinsanan dokoyu tompinai (Dusun Antarabangsa).

6 comments:

Little Mike said...

Tahniah atas penubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia peringkat Kota Marudu. Sesungguhnya langkah ini murni. Setitis darah itu adalah juga nyawa kepada yang memerlukannya.

Semoga dengan penubuhan ini akan menyedarkan orang ramai akan keperluan menderma darah bagi tujuan membantu mereka yang memerlukan.

Setitis darah sejuta harapan.

NONG said...

Bagus juga ini tau mau jadi ahli...
Macam Tompinai(Sawo saya) tu, pendermah darah itu yu..

SANGURU said...

nong, laki bini lah jadi ahli.

AragangTandik said...

Tahniah, satu langkah yang murni. Baik dibalas baik - Hukum Karma?

NONG said...

Sanguru..ba,nanti urus kemasukan kami ah.hehee

SANGURU said...

Bah, nanti isi borang. Para penderma seharusnya jadi ahli supaya ahli-ahli boleh dihargai dan diatur untuk dapat anugerah. Ada cara boleh dikasi anugerah bilang Tuan Yang Dipertua kita.